MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

8 Ogo 2009

Keputusan TS Khalid bukti Islam semakin terancam di Selangor



Oleh Pusaka Ayahanda

Bukan Islam tidak faham atau tidak mahu memahami tentang sensitiviti umat Islam, itu boleh kita terima.

Tetapi kalau pemimpin Islam tidak faham apa itu sensitiviti umat Islam atau buat-buat tak faham kerana takut kehilangan undi, kerana takut kehilangan kuasa, kerana takut kehilangan gaji puluhan ribu, apa lagi yang nak diharapkan dari mereka?

Menteri Besar Selangor dari Pakatan pembangkang, Abdul Khalid Ibrahim nampaknya lebih mementingkan karier politik serta kedudukannya daripada memperjuangkan sensitiviti masyarakat Islam dan maruah Islam itu sendiri.

[MSTAR] 7 Ogos - ...bahawa kerajaan negeri Selangor memutuskan bahawa penjualan minuman keras di negeri itu adalah berpandukan kepada kesedaran penjual sendiri terhadap permintaan pembeli daripada kalangan orang Islam dan remaja.

Jelas beliau, menerusi peraturan sendiri itu, ia turut bermakna penjual tidak perlu menjual minuman keras di premis mereka yang terletak di kawasan yang tidak mendapat permintaan tinggi daripada penduduk setempat.


Oleh itu, katanya, kerajaan negeri tidak akan mengharamkan penjualan minuman keras tetapi sebaliknya akan memberi tempoh sebulan kepada premis terbabit supaya tidak menjual minuman keras kepada masyarakat Islam.

Sebagai permulaan langkah itu dimulakan dengan kawasan Shah Alam untuk melaksanakan "self regulation"...


Di dalam kenyataan di atas, menunjukkan Khalid Ibrahim tidak peka malah tidak langsung memahami kehendak serta sensitiviti masyarakat Islam di negeri Selangor. Apakah penjualan arak yang sememangnya HARAM memerlukan kesedaran daripada penjual serta pembeli semata2 tanpa langkah serta undang2 pencegahan dari kerajaan negeri?

Apakah Khalid selaku Menteri Besar begitu cetek pemahaman tentang Islam hinggakan boleh berfikir, penjual perlu ada kesedaran untuk menjual arak kepada orang Islam dan remaja?

Bukankah penjual itu sendiri dari golongan bukan Islam? Kalau orang Islam pun tak faham pasal Agama, mana mungkin kita mengharap orang bukan Islam mempunyai kesedaran untuk tidak menjual arak di kawasan majoriti orang Islam serta kepada orang Islam dan remaja Islam?

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Rasulullah SAW melaknat mengenai arak, 10 golongan: yang memerahnya, minta diperahkannya, meminumnya, membawanya, minta dihantarnya, menuangkannya, menjualnya, makan harganya, membelinya, minta dibelikannya.” –

(Hadis riwayat Tarmidzi dan Ibn Majah)


Jika cara berfikir Menteri Besar Selangor ini digunapakai, rumah 'urut', pusat judi dan pub akan bertambah serta banyak wujud dikawasan majoriti orang Islam.

Dan kerajaan negeri Pakatan pembangkang tentunya hanya mengharap pengusaha-pengusahanya menyumbangkan duit yang banyak kepada kerajaan negeri dan mereka dibiarkan membuat pertimbangan sendiri samada hendak atau tidak menerima pengunjung dikalangan orang-orang Islam.

Apakah Khalid Ibrahim boleh menjamin pengusaha-pengusaha premis tersebut akan hanya menerima pelanggan bukan Islam dan menggantungkan banner "Arak, judi, rumah urut dll, hanya untuk bukan Islam jika tiada undang2 pencegahan serta peraturan2 ketat dari kerajaan negeri?

Apakah kesedaran dari pengusaha2 itu sendiri seperti kata Khalid cukup sebagai langkah pencegahan ??

Begitu mudah Khalid Ibrahim membuat keputusan sebagai seorang Menteri Besar demi menjaga kepentingan minoriti kafir dan menidakkan sensitiviti majoriti Islam. Demi kepentingan segelintir rakan kafir didalam Pakatan pembangkang, maruah Islam telah Khalid gadaikan.

Kini terbukti, pemimpin melayu dan Islam hanya menjadi "boneka" dan "pak turut" kepada kafir didalam Pakatan pembangkang. Maruah serta kesucian Islam semakin hari semakin " dilacurkan" oleh pemimpin2 melayu/Islam ini hanya kerana kedudukan dan kuasa mereka.

Masyarakat melayu harus menyedari bahawa Agama dan Bangsa semakin tergadai dek kelakuan pemimpin2 melayu/Islam Pakatan pembangkang ini.

Satukan Matlamat, bulatkan Tekad....,

TOLAK PAKATAN PEMBANGKANG DEMI AGAMA, BANGSA DAN NEGARA !!!!

sumber - pusaka ayahanda


3 ulasan:

F.Aswan berkata...

Bukan nak katalah, aleast pakatan rakyat ada jugak bunyi2 dan usaha nak menguatkuasakan bagi mengharamkan penjualan arak pada orang bukan islam . Tapi yang selama ni di perintah tu takda dengar cerita pun nak halal haram jual arak ni ape ceritanta nye? kat sarawak, sabah, dan negeri-negeri lain..? hmm..orang pun pandai menilai jugak.Jangan terlalu prejudis terhadap sesuatu perkara hanya kerana kita taksub kepada satu-satu parti.saya melihat perkara ini dari sudut yang bebas tanpa memihak pada mana-mana.Sekian terima kasih.

Unknown berkata...

jual arak ok lagi. halalkan arak terus lagi OK

Unknown berkata...

bunyik dan usaha mmg itu saja lah yg ada pada pakatan rakyat.

Sana sini ceramah tabur janji, tapi bila tak mampu nak tunaikan mereka salahkan Kerajaan. Tuding jari sana sini.. janji tak kene batang hidung mereka sendiri.

Dulu cakap UMNO tolak hukum hudud tolak hukum Islam. Tapi tang celah mana yg PAS itu hudud? Kenapa PAS tak laksanakan Hudud? adakah PAS menolak ajaran Islam?

Semaayng 2 imam itu ker hudud PAS?
Panggil tuhan itu Gengster itu ke hudud pAS? Halalkan Maki dan carut itu ker hudud PAS?

Skang cakap ader usaha nak haramkan arak.. tapi bila Ulamak Ronnie liu tuh kasi fatwa.. ader ke ape2 tindakan yg diambil? last2 MB selangor sokong jugak si komunis tuh.

cakap saje banyak abuk pun tarak