Semasa bekas Presiden Indonesia, Abdul Rahman Wahid, (Gus Dur )tampil ke depan dalam memberikan sokongan penuh untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim, kita tidak boleh lari daripada membandingkan kedua-dua pemimpin tersebut.
Kedua-dua adalah dihormati oleh rakyat dan pemimpin-pemimpin Islam. Mereka menunjukkan imej beriman; dan akhirnya kedua-dua telah dipecat daripada jawatan masing-masing kerana pertuduhan-pertuduhan rasuah, salahgunakan kuasa dan salahlaku seks mereka.
Anwar dan Gus Dur dihormati dan adalah dianggap sebagai pemimpin-pemimpin Islam moderat. Bagaimanapun, kedua-dua pemimpin ini jatuh daripada kegemilangan kerana sebab-sebab yang hampir sama.
Apabila Anwar berganding dengan UMNO pada 1982, memeranjatkan seluruh negara dan penyokong-penyokongnya kerana dia telah dijangka untuk menyertai PAS, parti Islam fundamentalis.
Selepas menyertai UMNO dia naik dalam karier politiknya dalam langkah yang cepat, daripada Menteri bagi kebudayaan,belia dan sukan pada 1983 dan 10 tahun kemudian sebagai Menteri Kewangan.
Jawatan tersebut membantunya menjadi Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri. Bagaimanapun, apabila dia naik dengan cepat maka kejatuhannya juga berlaku dengan pantas.
Ianya bermula semasa seorang bekas wartawan dengan sebuah buku mengenainya yang mengatakan dia terlibat dalam salahlaku seks. Ini menyebabkan dia bergaduh dengan bekas penasihatnya Tun Dr Mahathir Mohamad, dan membawa kepada penyingkirannya daripada parti itu.
Daripada 1998 sehingga kini, Anwar masih belum dapat untuk menangkis tuduhan-tuduhan itu.
Pada 28 Julai 2008, satu lagi pengakuan dikemukakan dan merosakkan lagi reputasinya yang sudah mula goyah.
Sementara itu Gus Dur telah dipilih sebagai presiden Indonesia pada 1999.
Bagaimanapun dia hanya berkuasa selama dua tahun.
Perlembagaan Indonesia adalah sangat kabur mengenai “dakwaan”, dia telah dituduh melakukan ketidakcekapan dan undang-undang yang tidak menentu.
Kemudian terdapat beberapa tuduhan lain termasuk salahlaku seksual yang belum dapat dibuktikan.
Anwar sebaliknya, telah dipenjara dan masih mencuba untuk membersihkan namanya. Pilihan raya kecil Permatang Pauh adalah satu daripada kaedahnya, untuk menghapuskan tuduhan-tuduhan yang terkini.
Ada lagi yang masih meletakkan amanah mereka dan masa depan negara ini dalam tangannya melantik diri sendiri “Prime-Minister-in-Waiting”, walaupun di sana masih yang mempersoalkan kredibilitinya.
Seorang rakan pernah berkata; Anwar harus terus hidup dan maju. Mengapa berjuang kemudian hilang dalam pertempuran ketika dia harus mengetuai satu kehidupan peribadi yang tenang dan menikmati masanya dengan keluarganya.
“Lebih dia berjuang, lebih kecacatan akan didedahkan. Tinggalkanlah dunia politik kerana jelas masanya tamat,” katanya, menambah bahawa “pak Sheikh, masa anda telah tamat.”
AIDC menterjemah artikel agendadaily. Tulisan asal klik di sini
1 ulasan:
Pemimpin Islam ape pulak? Gus Dur ni bukan kristian ker?
Anwar pulak.. tang mana Islam dia tu? Tang takut nak sumpah dan tak pecaya kuasa tuhan ker?
Catat Ulasan