Pada hari ini, 15hb Ogos 2009, genaplah setahun saya melakukan sumpah laknat di Masjid Wilayah Persekutuan. Tujuan saya melafazkan sumpah tersebut adalah untuk mempertahankan dakwaan saya(kebenaran). Ini kerana selepas sahaja membuat laporan polis, jutaan cacian dilemparkan kepada saya dan keluarga kononnya ia semua fitnah.
Pada mulanya, ia sepatutnya merupakan Muhabalah(kedua2 bersumpah). Idea untuk bermuhabalah ini bukan datang dari pihak saya, ia disarankan sendiri oleh bekas Mufti Perlis Dr Asri dan disokong oleh Tuan Guru Nik Aziz. Boleh rujuk disini, sini, dan sini
Jadi selepas mendengar saranan tersebut, pada 7 July 2008, saya telah mempelawa beliau(DS Anwar) untuk bermuhabalah, buktinya disini . Namun setelah pelbagai dolak-dalih diberi untuk tidak melakukannya, jadi saya terpaksa melakukannya sendiri demi untuk mempertahankan kebenaran.
Walaupun ia menimbulkan pelbagai kontroversi, kecaman, kutukan, fitnah, penipuan dan cacian, saya terima dengan hati terbuka. Namun yang pasti, saya telah melafazkannya. Tertuduh sehingga ke hari ini(sudah setahun) masih berdolak-dalih untuk melakukannya.
Salah satu kekeliruan:
"Sumpah dengan junjung Al Quran untuk tentu kebenaran" -Nik Aziz - 4 Julai 2008
"Sumpah Pegang Quran Tiada Dalam Islam"- Nik Aziz - 16 Ogos 2008
Wallahualam..
Kepada Allah saya berserah..
Yang HAK pasti BERDIRI yang BATIL pasti JATUH!
SAIFUL BUKHARI
sumber - mohdsaifulbukhari
Tiada ulasan:
Catat Ulasan