MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

23 Ogo 2009

Anggota Polis Dikasari Gobalakrishnan Pertimbang Saman

BUKIT MERTAJAM, 23 Ogos (Bernama) -- Anggota polis yang dikasari Anggota Parlimen Padang Serai N. Gobalakrishnan semasa penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir Isnin lepas mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap wakil rakyat berkenaan.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata anggota polis berkenaan akan mengambil tindakan itu secara peribadi.

"Saya difahamkan anggota polis terbabit akan mengambil tindakan undang-undang secara peribadi terhadap Anggota Parlimen berkenaan.

"Beliau (polis) juga seperti orang biasa dan mempunyai hak untuk berbuat demikian. Jadi terpulanglah kepadanya untuk mengambil tindakan berkenaan," katanya kepada pemberita selepas mengadakan kempen dari rumah ke rumah di Bukit Indera Muda di sini Ahad.

Gobalakrishnan ditahan polis bagi membantu siasatan selepas mencetuskan kekecohan di kawasan pusat penamaan calon bagi pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di sini Isnin lepas.

Dalam kejadian itu, seorang anggota polis yang sedang bertugas dikasari semasa cuba meleraikan kejadian yang berlaku kira-kira pukul 11 pagi itu.

Sementara itu, Hishammuddin berkata polis akan menyiasat dakwaan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas, Mohd Radzhi Salleh yang menyatakan tindakan Gobalakrishnan pada hari berkenaan didalangi oleh pihak tertentu.

"Kita akan kumpul maklumat berhubung perkara berkenaan dan akan siasat secara terperinci," katanya yang enggan mengulas lanjut.

Ketika ditanya sama ada Umno akan mempelawa Mohd Radzhi menyertai parti itu, beliau yang juga Naib Presiden Umno berkata perkara itu perlu dibincangkan sebelum sebarang keputusan dibuat.

Katanya Umno juga perlu meneliti latar belakang ADUN berkenaan tetapi jika Mohd Radzhi berhasrat menyertai Umno, parti itu menyambut baik tindakan itu.

"Perkara ini menunjukkan wujud kepincangan dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR), mereka sudah tidak konsisten dan anggota mereka sendiri sudah tidak percaya kepada parti.

"Umno bukan sahaja terbuka kepada ADUN berkenaan malah kepada sesiapa saja yang ingin menyertainya pada bila-bila masa," kata Hishammuddin.

Mohd Radzhi hari ini mengumumkan keputusan keluar parti PKR untuk menjadi wakil rakyat Bebas.

sumber - bernama


Tiada ulasan: