Oleh Pochongmenulis, AIDCclub
Jika Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebuah badan politik, sudah tentu mereka akan mengadakan mesyuarat tergempar di saat sekarang. Akibat fahaman politik, agensi tersebut yang bertangungjawab kepada Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agung telah dihina oleh pihak pembangkang.
Ia berlalu gara-gara tindakan siasatan oleh agensi tersebut kepada golongan politik pembangkang. Demi semangat kawan parti PKR mahupun PAS membela sebaik mungkin tindakan DAP dengan menghina pegawai dan anggota SPRM, seolah SPRM tiada hati dan perasaan.
Walhal hampir majoriti anggota badan tersebut adalah orang Islam, adakah ini membawa maksud cubaan DAP untuk mempelekehkan kerja orang Islam. Jika di Singapura orang bukan Melayu boleh akur arahan tegas pihak berkuasa kerajaan PAP abang DAP disana, mengapa di Malaysia kaum bukan Melayu DAP enggan menurut aturan yang digariskan.
Lee Kuan Yew dalam sesi perbahasan Ikrar negara di Parlimen Singapura baru-baru ini ada menyatakan bahawa pemerintah Singapura akan melayan kaum Melayu Singapura bagaimana kerajaan Malaysia akan melayan orang bukan Melayu di Malaysia. Timbul persoalan kenyataan LKY tersebut, adakah kerajaan Malaysia ada menyekat orang bukan Melayu meraih kekayaan di Malaysia, ataupun mereka dihalang dari berkhidmat di institusi penting kerajaan.
Tentu tidak bukan kerana sehingga harin ini ekonomi Malaysia masih dikuasai bukan Melayu.Dalam sektor perkhidmatan realitinya tidak ada halangan pun bukan Melayu mendapat jawatan di instutusi kerajaan cuma kaum bukan Melayu di Malaysia tidak berminat untuk mengisi jawatan kerajaan kerana dianggap bergaji murah dan tidak mencabar.
Ekoran berlakunya kematian kepada seorang pegawai khas Exco kerajaan negeri Selangor, kini SPRM cuba dibakulsampahkan oleh golongan politik tersebut. Walaupun ada sesi inkues dijalankan untuk menyiasat punca kematian pegawai Khas tersebut, nampak gayanya pihak DAP cuba bermain wayang kerana realitinya peguam Gobind Deo yang merupakan pimpinan DAP dan bertindak mewakili keluarga mangsa cuba membawa teori yang tidak masuk akal apabila meminta kandungan surat layang diteliti oleh pihak koroner.
Secara logik, surat yang tiada tandatangan itu sesiapapun boleh hasilkan dengan niat untuk memalukan agensi tersebut. Kalaulah SPRM parti politik mungkin saman malu boleh dibuat oleh agensi tersebut, tetapi memandangkan ia merupakan agensi kerajaan SPRM kini hanya mampu berdiam diri sahaja menjadi tontonan umum.
Dalam mencari punca kematian ini sepatutnya diketepikan pelbagai spekulasi liar dan surat layang kerana ia sedikit sebanyak akan cuba mengalihkan isu asal yang membawa kematian pegawai khas tersebut.
Kalau kita teliti cara isu surat layang itu dimainkan oleh Peguam Gobind Singh Deo menampakkan ia sudah ada perancangan awal, hari ini pihak Transperacy interNational (TI) pun sudah menyampuk sama meminta ia disiasat pihak berkuasa. Apa motifnya desakan TI tersebut, bukankah badan tersebut juga sebenarnya boleh diragui peranananya di negara membangun, kerana dianggap alat kepada kuasa besar Amerika dan yahudi untuk menguasai dunia.
Dalam masa yang sama SPRM masih mengadakan pelbagai siasatan terhadap orang politik tidak kira ia disebelah kerajaan atau pembangkang, tanpa membezakan jantina dan kaum. Tetapi pihak DAP cuba memburukkan imej SPRM apabila menuduh bahawa pihak berkuasa itu hanya menyoal siasat kaum cina sahaja. Benarkah begitu, atau itu hanya propaganda murahan DAP untuk menutup penyelewengan parti mereka?
Baru-baru ini seorang ahli politik mengatakan cara siasatan DAP adalah ala Gestapo. Ini merupakan kata jahat yang dilemparkan oleh ahli politik tersebut kerana ingin membandingkan cara kerja pihak SPRM dengan tindakan Nazi.
Seperti juga dakwaan Anwar Ibrahim dahulu yang mengatakan cara tindakan polis sama dengan tindakan Mosad Israel. Ini dilakukan untuk melebarkan jurang kebencian kepada pihak berkuasa. Hasilnya persepsi itu berlanjutan sehingga terpaksa ditubuh satu badan untuk mengkaji perkara tersebut. Realitinya ia bukanlah besar sangat masalah tersebut namun persepsi yang diwujudkan pembangkang telag berjaya memperngaruhi minda masyarakat.
Sehingga ke hari ini imej pasukan polis di Malaysia masih dihormati oleh negara luar hasil kecekapan mereka membanteras jenayah dan usaha pencegahan berlakunya keganasan. Cuba bayangkan polis Singapura pun bingung untuk menangkap seorang penganas yang terlepas dari penjaranya walaupun dikatakan mendapat latihan dari pihak Israel dan Amerika. Namun sebaik sahaja memasuki Malaysia pihak polis Malaysia berjaya menjejak penjenayah tersebut.
Menteri Besar Selangor Khalid gagap pula dilaporkan mengeluar surat pekeliling dengan jelas cuba mengajar cara SPRM menjalankan tugas terutamanya apabila anggota parti dan kerajaannya terbabit.
Sungguh lucu arahan surat tersebut, seolah ingin melindungi sesuatu kesalahan anggota pentadbiran kerajaan negeri.
Jika pekeliling itu diterima oleh SPRM, nampaknya selepas ini jika ada kesalahan yang dilakukan oleh rakyat jelata mungkin mereka boleh menangguhkan kerja siasatan kerana ia dilakukan di luar waktu pejabat. Sehebat-hebat kuasa demokrasi dunia Amerika Syarikat pun tidak pernah undang-undang boleh dikrompomi sebegitu rupa.
Jika beginilah tindakan ahli politik terhadap agensi pihak berkuasa, ini menandakan mereka sedikit pun tidak menghormati institusi perlembagaan negara. Secara tidak langung mereka sebenarnya memperlekehkan kedaulatan undang-undang negara. Seharusnya tindakan golongan politik yang cuba mengancam pihak berkuasa seharusnya dikecam dan diambil tindakan mengikut peruntukkan saluran undang-undang sedia ada, sebelum ia merebak memusnahkan negara.
sumber - pochongmenulis
2 ulasan:
pada mereka, BN la paling keji, paling hina..
hakikatnya merekalah paling jijik!
tapi tak mau mengakui kelemahan diri sendiri..
buat ape mengaku? suda kene kantoi pun mesti kaverline lagi.
balut tengkuk, balut kaki, pakai tongkat, duduk atas kosi roda, kene papah pegi sana sini, itu kan semua drama PEMIMPINN PR
kalau pemimpin pun lagu ni.. tatau cek nak habaq pa lagi dah ha
Catat Ulasan