MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

24 Ogo 2009

9 alasan Beng Hock bunuh diri

Oleh NOOR AZMAH IBRAHIM
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 23 Ogos - Persoalan tentang punca kematian Teoh Beng Hock yang jatuh dari tingkat 14 Plaza Masalam, Shah Alam, lebih sebulan lalu hampir terungkai apabila dua pakar patologi sependapat bahawa Setiausaha Politik Exco Selangor itu telah membunuh diri.

Sebagaimana Pakar Perunding Kanan Perubatan Forensik, Dr. Khairul Azman Ibrahim dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang: Pakar Patologi Forensik dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Dr. Prashant Naresh Samberkar turut menolak teori Beng Hock dibunuh atau terjatuh secara tidak sengaja.

Dalam keterangan minggu lalu, Prashant yang melakukan bedah siasat atas permintaan ahli keluarga Beng Hock turut memberi sembilan alasan mengapa beliau berpendapat bahawa saksi kes siasatan berhubung penyalahgunaan peruntukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor itu lebih cenderung membunuh diri;

1. Kesan-kesan kecederaan fizikal dan dalaman yang selari disebabkan jatuh dari tempat tinggi.

2. Kesan kecederaan pada bahagian bawah kanan badan terutama keretakan pada tulang-tulang panjang menunjukkan kesan bertahan atau cuba melindungi (otot-otot dikeraskan semasa jatuh yang menyebabkan keretakan pada tulang-tulang panjang).

3. Kesan koyakan pada bahagian punggung dan bahagian alat kelamin pada seluar yang dipakai Beng Hock berlaku berikutan regangan yang kuat disebabkan kesan impak semasa jatuh.

4. Paras birai tingkap yang melepasi pusat graviti badan manusia serta lantai yang ditutupi permaidani menunjukkan tidak mungkin berlaku kemalangan seperti tergelincir dan terjatuh dari tingkap.

5. Kesan comot pada bahagian tepi tingkap selain kesan garisan birai tingkap sepanjang 3 milimeter pada tapak kasut yang menunjukkan kemungkinan Beng Hock memijak birai tingkap dalam keadaan mencangkung sebelum terjun.

6. Ujian toksikologi yang negatif menunjukkan Beng Hock tidak di bawah pengaruh dadah, ubat-ubatan atau alkohol.

7. Tiada kesan lemas atau gigitan pada lidah yang biasanya berlaku dalam kes-kes pergelutan.

8. Tiada kesan kecederaan akibat mempertahankan diri.

9. Tiada kesan-kesan kecederaan akibat cuba melawan.

''Sebab kematian yang paling ketara dalam kes ini, pada pendapat saya adalah bunuh diri,'' kata Prashant yang berpengalaman 10 tahun dan pernah menjalankan lebih 3,000 bedah siasat.

Bagaimanapun, beliau mengaku tidak berhak untuk mengatakan sama ada Beng Hock mempunyai alasan untuk membunuh diri.

Sementara itu, perkembangan siasatan polis terhadap isi kandungan surat 'misteri' yang dikatakan berkait rapat dengan inkues menyiasat punca kematian Beng Hock dijangka diketahui esok.

Dalam prosiding inkues yang masuk hari ke-13, peguam yang mewakili kerajaan Malaysia, Tan Hock Chuan akan memaklumkan sama ada siasatan terhadap beberapa nama yang disebut di dalam surat itu telah selesai atau sebaliknya.

Sekiranya siasatan sejak Rabu lalu selesai serta terdapat penemuan atau fakta-fakta baru, lazimnya prosiding akan diteruskan dan kemungkinan berlaku penukaran plot.

Mungkin juga persoalan terhadap dua kesan asid deoksiribonukleik (DNA) misteri milik lelaki yang tidak dikenali pada belakang kot dan tali pinggang Beng Hock akan terjawab.

Namun jika siasatan masih memerlukan masa, prosiding akan ditangguh bagi memberi ruang untuk pihak polis melaksanakan tugas mereka dengan sebaik-baiknya.

Beng Hock, 30, Setiausaha Politik kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kampung Baru dan Pengurusan Kilang Haram Selangor, Ean Yong Hian Wah ditemui mati pada 16 Julai lalu di tingkat lima Plaza Masalam di sini.

Kejadian berlaku selepas bekas wartawan Sin Chew Daily itu berada di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di plaza tersebut bagi memberi keterangan sebagai saksi berhubung siasatan penyalahgunaan wang kerajaan negeri Selangor.

Berikutan timbulnya kontroversi, kerajaan telah menubuhkan inkues bagi menyiasat punca kematian Beng Hock serta Suruhanjaya Diraja bagi Mengkaji Peraturan Soal Siasat yang diguna pakai SPRM.

sumber - utusan


Tiada ulasan: