Oleh Medan Info Kita
Hanya menunggu waktu dan ketika yang tepat, waiting for the right time..
Kali ini info diterima dari utara tanahair. Ada rakaman VCD bakal diedarkan tidak lama lagi. VCD ini akan membuktikan betapa bercabangnya lidah makhluk yang bernama Anwar Ibrahim..!!
Rakaman VCD pendek, memamakan masa lima minit dua puluh saat [5;20;00]. Ianya berlaku jam 4.35 petang bertempat di Yayasan Aman, Penanti, Bukit Mertajam pada 8 Januari 2008, sewaktu berlangsungnya Mesyuarat Pembahagian Kerusi Barisan Alternatif [waktu itu belum menang besar, Pembangkang belum lagi menggunakan nama Pakatan Rakyat].
Ketika ini dikatakan waktu yang amat sesuai untuk diedarkan VCD tersebut kerana semakin banyak insiden demi insiden yang menunjukkan hubungan dalaman Pakatan Pembangkang sudah semakin rapuh..! Dalam rakaman VCD ini, Anwar Ibrahim telah menghentam, mengutuk pemimpin dan konsep parti PAS dan DAP didepan pemimpin PKR. Begitu emosinya Anwar melabelkan DAP dan PAS sebagai TAMAK,,! BODOH…! SOMBONG…! Tindakan Anwar ini amat memeranjatkan ramai pemimpin PKR ketika itu kerana sebaik sahaja pemimpin DAP dan PAS hadir, Anwar terus berubah nada dan kata katanya semakin lemah lembut, terserlah “mainan wayang” serta lakonan Penasihat PKR itu…
“ Tempat pekan [bahasa utara maksudnya bandar] pun PAS sakan nak kacau..? tempat cantek semua depa nak ambek, tempat bodoh bagi kat kita..? depa saja yang cerdik..! dah dua kali kita bodoh, tak kan nak bodoh lagi kot..? “ [maksudnya dah 2 pilihanraya 1999 & 2004 PAS pilih kawasan yang elok] begitulah kata kata Anwar dalam loghat utara..
“ yang hangpa semua dok takut dengan PAS & DAP pasai apa..? Haa..! yang hangpa dok buat kerja serupa mintak sedekah pasai apa..?? Pi bincang laa..” tinggi suara Anwar ketika memarahi pemimpin PKR .
“ Rakyat tengok kita yang sebenaQnya kuat, bukan depa..!! Isu nasional semua kita, bukannya depa..!! “ tekan Anwar lagi.
“ Penang pun dah kalut kita nak kena bincang, DAP Sarawak pun dok kata depa kuat..” demikianlah diantara kata kata Anwar menempelak rakan rakannya dari DAP dan PAS sambil mengajar pemimpin PKR tidak menghormati mereka.
Terdapat beberapa lagi kata kata dan "body gesture & facial expression Anwar" dalam VCD tersebut membuktikan beliau tidak pernah jujur mahu bekerjasama dengan DAP & PAS, hanya sekadar mahu memperkudakan mereka untuk mencapai cita cita politikya sahaja..
Menurut pemilik VCD ini, kelakuan dan tingkah laku Anwar terus bertukar sebaik sahaja pemimpin pemimpin PAS muncul untuk mesyuarat tersebut. Memang bercabang sungguh lidah si Anwar ni, pandainya dia bermuka-muka!
Selepas VCD ini diedarkan nanti kepada pemimpin pemimpin PAS dan DAP khususnya dinegeri negeri yang mereka berkongsi kuasa seperti Selangor dan Kedah, diharapkan akan timbul kesedaran siapakah Anwar Ibrahim sebenarnya….
Semoga rakyat akan lihat sendiri, siapa yang menjadi kuda, dan siapa pula yang menunggangnya..!
sumber - medan info kita
5 ulasan:
org PR
apa yg dok kalut, benda yg dah berlaku lama baru nak dedah, dedah time mace ni mace ada udang sebalik batu atau puak ADC ni pun 2 kali 5 mace lidah biawak bercabang 2. org tgk apa yg dedah adalah semata2 utk ambil kesempatan situasi ini.
biarpun anwar buat mace itu, tapi rakyat malaysia tahu siapa yg sekarang bawa perubahan besar ttg situasi politik selepas PRU 12, kalu ALLah SWT tak takdirkan anwar dok diluar UMNO jgn haraplah DAP dan PAS nak dapat prestasi sehebat ini sekarang.
PRU 13 nanti tgklah perubahan yg akan berlaku pada politik Malaysia.
Che awe ooo che awe...
kawe rasolah,puak demo tu lidah cabang 10. lidah biawak pun ada dua cabang jah. puak demo ni lebih teruk dari jalan nak gi ke Bukit Putus (N9) tuh. berbelit2...
Suka ati depo la nak dedah bila, asalkan sampai ko rakyat. awat, takut ker tembelang pecah. bukan demo jah malu, puak2 demo sekali.
kita tengoklah, rakyat nak terima anwar lagi ker nak sumbat dia semula ke penjara sungai buloh.mu sokonglah bekas banduan sungai buloh tu. nama pun bekas banduan, tapi tak reti2 nak bertaubat. dah nama banduan, kot2 mana pun akan hidu bekasan (peninggalan) dia jugak. sebab tu dok terbau2 penjara sungai buloh.
mu sembah la bekas banduan mu tu. dia pulok gi sembah mayat Cina mati...apa kes tu??
hai..che awe...
cayang btol ko ngan peliwat nih..
dorang nak dedah bila tu...dorang punya pasallah..
samaada.. ada udang ke... x de udang ke..
yg penting fakta.
hehhehe...belit2,putar alam,talam bermuka2 dan hipocrite ni memang dah @HABITAT si Chameleon nih...oghang utagha habaq,dah lama dahhhhhhh....
Btol tuh. Lama kelamaan kebenaran akan terlihat jua. Truth will always prevail.
Puak2 Taksub nampaknya goyah untuk merima kebenaran serta kenyataan. Mereka tidak pedulikan kebenaran serta keadilan. Tapi hanya mementingkan kuasa dan kepentingan diri. Dari pemimpin sampai penyokong.
Anwar takut sumpah, Takut bicara, nak gugurkan kes. kerana takutkan kebenaran yg bakal tertujuk kpd rakyat Malaysia bahawasanya dia adalah seorang penipu besar berskala global.
dari 16 sept tahun lepas sampai nak 16 sept tahun nih. tak henti2 menipu jek
Catat Ulasan