MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

24 Ogo 2009

Dakwa insiden kekecohan arahan Anwar?

KUALA LUMPUR 23 Ogos - Seorang bekas ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa insiden kekecohan melibatkan Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan ketika proses penamaan calon Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir, Isnin lalu, dibuat atas arahan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bekas Pemangku Ketua Bahagian PKR Padang Serai, Jamaludin Abu Hassan berkata, dia mempunyai bukti bahawa Anwar telah mengarahkan Gobalakrishnan berbuat demikian.

Katanya, bukti yang dimaksudkannya terkandung dalam rakaman perbualan telefon yang diperoleh daripada sumbernya pada 18 Ogos lalu.

Jamaludin yang juga dikenali sebagai Din Komando bagaimanapun enggan mengulas lanjut kandungan rakaman perbualan telefon terbabit.

"Buat masa ini, saya tak dapat jelaskan apa-apa. Tunggulah, kami akan mengeluarkan cakera padat (CD) dalam masa terdekat ini untuk didedahkan bukti itu kepada umum.

"CD itu cukup lengkap untuk menjelaskan segala-galanya. Saya tak mahu cakap, nanti orang kata saya yang cakap, biar CD itu yang cakap (jelaskan), dengarlah CD itu," ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar khas mengumumkan tindakan seramai 200 ahli PKR Padang Serai keluar parti setelah hilang keyakinan terhadap pucuk pimpinan dan mendakwa perjuangan parti itu kini tidak seiring dengan matlamat asal penubuhannya.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi itu, Gobalakrishnan dikatakan mengingkari arahan polis dengan menggunakan alat pembesar suara serta melaungkan kata-kata berunsur provokasi termasuk menghambur kata-kata kesat terhadap polis.

sumber - utusan


Tiada ulasan: