MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

29 Jul 2009

Terbaru dari prosiding inkues kematian Teoh...

Prosiding inkues kematian Teoh Beng Hock yang bermula pagi Rabu di Mahkamah Majistret Shah Alam ditangguhkan pada 5 Ogos depan setelah Mahkamah Koroner membenarkan permohonan peguam pemerhati yang mewakili keluarga mendiang untuk meneliti dokumen berkaiatan dengan berkenaan terlebih dahulu.

Koroner Azmil Muntapha Abas ketika membuat keputusan penangguhan berkenaan turut memaklumkan bahawa beliau akan membuat keputusan pada 5 Ogos depan juga sama ada permohonan pihak peguam bela untuk mendapatkan salinan rakaman percakapan beramaran saksi dibenarkan.

Semasa prosiding bermula, peguam pemerhati keluarga mendiang Teoh, Gobind Singh Deo memohon prosiding inkues berkenaan ditangguhkan dan meminta pihak pendakwa menyerahkan dokumen-dokumen berkaitan seperti laporan kesihatan, bedah siasat dan DNA Teoh untuk diteliti.

Beliau meminta mahkamah memberikan penangguhan sekurang-kurangnya 10 hari bagi memberikan masa yang secukupnya kepada pihak peguam meneliti dokumen yang berkenaan.

Pihak pendakwa tidak mempunyai masalah terhadap permohonan tersebut dan menyerahkan dokumen berkaitan kecuali rakaman percakapan beramaran saksi-saksi yang terlibat dengan kes berkenaan.

Pada prosiding inkues kematian Teoh, pendakwa raya dengan kebenaran bertulis pada 27 Julai lalu, melantik peguambela dan peguamcara, Tan Hock Chuan bagi pihak Kerajaan Malaysia dalam inkues tersebut.

Manakala keluarga mendiang Teoh selain diwakili Gobind juga diwakili oleh Karpal Singh dan Sankara Nair. Karpal bagaimana pun tidak hadir.

Kerajaan negeri Selangor turut melantik peguam pemerhati pada prosiding berkenaan iaitu Malik Imtiaz Sarwar, Ashok Kandiah, Sreekanth Pillai dan Asmah Yunos.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang turut hadir pada prosiding inkues berkata, kerajaan negeri melantik peguam pemerhati bagi melindungi hak Teoh, ahli keluarga dan pegawai kerajaan negeri yang dipanggil dalam inkues itu.

Walaupun alasan penangguhan disebabkan untuk meneliti dokumen, kerana kebanyakkan peguam yang mewakili keluarga adalah juga pemimpin parti pembangkang, hujah supaya kerajaan menyerahkan siasatan punca kematian Teoh kepada suruhanjaya siasatan diraja tetap diutarakan.

Malah, penasihat DAP Lim Kit Siang yang menghadirikan dirinya turut bercakap di luar mahkamah terus membangkitkan isu suruhanjaya diraja.

Sementara itu, semasa prosiding inkues, Mahkamah Koroner diberitahu terdapat dua profil DNA di belakang kot yang dipakai Teoh ketika kematiannya. Satu dikenal pasti milik mangsa dan satu lagi bukan milik mangsa.

Perkara tersebut diberitahu oleh Tan Hock Chuan, peguam yang mewakili Kerajaan Malaysia.

Manakala pada tali pinggang si mati, terdapat tiga profil DNA. Satu milik simati, satu lagi pemilik yang tidak diketahui dan satu lagi masih tidak diketahui.

Beliau juga memberitahu, sebanyak 102 DNA telah diambil daripada individu bagi memastikan sama ada ia berpadanan dengan DNA yang tidak diketahui di kot dan di tali pinggang mangsa.- 29/7/2009

Berikut urutan peristiwa hari pertama inkues:


Hari Pertama 29/7/2009

12.00 tengahari: Mahkamah koroner yang bersambung semula selepas rehat menangguhkan prosiding inkues kematian Teoh Beng Hock kepada 5 Ogos depan. Koroner Azmil Muntapha ketika buat penangguhan itu berkata, beliau juga akan putuskan pada 5 Ogos depan sama ada dokumen rakaman percakapan beramaran saksi perlu diserah kepada peguam keluarga Teoh.

10.30 pagi: Prosiding inkues berhenti rehat selama 30 minit bagi pertimbang permohonan pihak peguam minta penangguhan. Pihak pendakwa memaklumkan kepada mahkamah, pihaknya sudah bersedia untuk membekalkan salinan semua dokumen berkaitan kecuali rakaman percakapan beramaran saksi. Majistret Azmil Muntapha Abas yang bertindak sebagai koroner menangguhkan prosiding selama 30 minit bagi menyemak tarikh notis inkues yang baru untuk dimaklumkan kepada keluarga si mati kerana menurut undang-undang ia perlu dimaklumkan dua minggu sebelum inkues bermula.

10.15: Peguam pemerhati bagi pihak keluarga Teoh, Gobind Singh Deo memohon prosiding inkues ditangguhkan. Menurutnya pihak beliau perlu dibekalkan dengan dokumen berkaitan dengan inkues seperti laporan perubatan, bedah siasat dan DNA Teoh daripada pihak pendakwa di bawah Seksyen 51a Kanun Acara Jenayah. Beliau meminta penangguhan sekurang-kurangnya seminggu bagi meneliti dokumen yang dipohon.

9.30 pagi: Pihak pendakwa raya dengan kebenaran bertulis pada 27 Julai lalu, telah melantik peguambela dan peguamcara, Tan Hock Chuan bagi pihak Kerajaan Malaysia dalam inkues ini dan dibantu oleh Timbalan Pendakwaraya Idham Ghani serta oleh tiga yang lain. Kerajaan Negeri Selangor melantik peguam Malek Imtiaz Sarwar dan Asma Mohd Yunus sebagai peguam pemerhatin manakala Gobind Singh Deo dan Sankara Nair menjadi peguam pemerhati bagi pihak keluarga Teoh.



9.20 pagi: Prosiding inkues telah bermula jam 9.15 pagi. Exco Kerajaan Negeri Selangor Ronie Liu kelihatan memasuki perkarangan mahkamah. Tiada perhimpunan atau tunjuk perasaan berlaku di luar mahkamah. Keadaan di luar mahkamah tenang sahaja. Setakat ini 60 saksi yang disapina telah hadir ke mahkamah.



8.55 pagi: Prosiding inkues kematian Teoh Beng Hock di Mahkamah Majistret Shah Alam akan bermula. Seawal jam 8.00 pagi saksi dan ahli keluarga mendiang Toh kelihatan sudah sampai di mahkamah. Mereka ialah abang Teoh, Teoh Beng Kee, adiknya, Lee Lan dan tunang Teoh, Soh Cher Wei. Kira-kira jam 8.55 pagi Timbalan Pendakwa Raya Idham Ghani kelihatan sudah memasuki kamar mahkamah.

sumber - agendadaily




1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum,

Saya hairan bagaimana kerajaan Selangor boleh melantik seorang peguam yang menyediakan draf Interfaith Commision(IFC)Suruhanjaya Antara Agama yang menjadi kotroversi sedikit masa dulu sebagai mewakilinya.