Oleh x pkr
1. AnWAR sering merasa dirinya hebat di arena antarabangsa. Pelantikan beliau sebagai 'Visiting Diplomat' di Institut Diplomasi dan Hubungan Antarabangsa Amerika yang berpangkalan di New York mungkin menyempurnakan cita-cita AnWAR menjadi seorang diplomat w/pun tanpa tauliah dari negara sendiri. Bahkan AnWAR tidak memerlukannya, yang penting tauliah dari Amerika dan sekutunya!
2. AnWAR memantau rapat perkembangan di Indonesia kini. Dalam kunjungannya ke Jakarta minggu lepas, selain menziarahi Gus Dur dan Rendra, AnWAR dalam misi mencampuri urusan dalaman negara berkenaan. Tewasnya Pak Ja Ka (Jusuf Kalla) dengan undi yang jauh ketinggalan membuat AnWAR telah mengabaikan saingan dari Jusuf Kalla. Tumpuannya kini beralih ke gandingan Megawati-Prabowo.
3. AnWAR tidak rapat dengan Megawati, namun cukup rapat dengan gandingan Ibu Mega, Prabowo Subianto. Mereka cukup rapat sedari AnWAR Menteri Pendidikan lagi dan tambah akrab ketika AnWAR Menteri Kewangan. Aset Prabowo bernilai jutaan USD yang sebahagiannya di simpan di Malaysia mendapat kelulusan penuh AnWAR tika di Kementerian Kewangan.
4. Prabowo Subianto, mantan Komandan KOPASUS (Komando Pasukan Khusus) dan bersara sebagai Leftenan Jeneral dalam Pasukan KOSTRAD (Komando Pasukan Strategik Angkatan Darat) diketahui umum bercita-cita besar dalam politik Indonesia dari era Suharto lagi. Disaat AnWAR mencaci Suharto kerana mengamalkan kronisme, AnWAR berbaik dengan kroni Suharto atas tujuan politik.
5. Inilah taktik AnWAR, mengata orang punya kepentingan itu dan ini sedangkan dirinya yang bergelumang dengan semua itu. AnWAR tahu keupayaan Ibu Mega setakat mana. Jika gandingan ini berjaya, Prabowo lah yang akan memainkan peranan besar dalam pemerintahan Indonesia w/pun dengan jawatan Naib Presiden. Maka lebih senang AnWAR melebarkan pengaruhnya di rantau ASEAN nanti.
6. Lantaran itu, AnWAR bersungguh-sungguh memberi pandangan kepada Megawati melalui Prabowo bahawa keputusan p/raya presiden Indonesia harus dibantah. Ini akan mewujudkan suasana tidak stabil yang bakal mengundang campurtangan luar! Tentunya Amerika! Jika terjadi p/raya pusingan kedua, pasti kelompok Jusuf Kalla akan memihak kepada Megawati dan menyukarkan peluang Presiden SBY.
7. AnWAR sering gagal membina 'jambatan' dengan Presiden SBY. Di Jakarta, Pak Habibie, Fahmi Ismail (ex-menteri), Adi Sasono (ex-menteri), Yusril Redza (ex-menteri) dan ramai lagi diguna AnWAR untuk membina hubungan dengan SBY. Bila di Jakarta juga, seringkali permintaan AnWAR mahu bertemu SBY tidak kesampaian w/pun Naib Presiden TYT Jusuf Kalla digunakan.
Apakah agenda AnWAR terkini di Indonesia punya kaitan dengan musuh-musuh yang mahu menguasai Indonesia? Indonesia kini dilihat sebagai negara islam yang punya potensi besar dari sudut ekonomi. Mereka bisa menguasainya melalui Prabowo dan AnWAR. Atau, apakah mereka ini punya agenda yang lebih besar. Mungkinkah juga kejadian letupan bom baru-baru ini punya kaitan dengan mereka tapi menuding jari kepada kumpulan lain? Andaian ini tidak boleh kita kesampingkan begitu saja........
sumber - x pkr
1 ulasan:
mahu ngongkek sama pacar2 yg ganteng2 di indon sana
Catat Ulasan