MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

15 Jul 2009

Sulaiman Abdullah, ketua peguambela Anwar tarik diri

Oleh AIDCNews

Anwar Ibrahim memberitahu media pagi ini (15 Julai), ketua pasukan peguamnya, Sulaiman Abdullah telah menarik diri daripada mengendalikan kes liwat Anwar dengan alasan sakit tenat.

"Saya jumpa Sulaiman semalam, dia sakit tenat dan tidak boleh meneruskan untuk kendalikan kes. Saya perlukan masa untuk mencari peguam baru", kata Anwar di bangunan mahkamah pagi ini.

Desas desus Sulaiman Abdullah menarik diri daripada mengendalikan kes ini, sudah kedengaran sejak 7 Julai lalu, apabila beliau menyambung cuti sakit yang sebelum ini sudah dua minggu telah diberi cuti.

Ketidakhadiran Sulaiman menyebabkan mahkamah terpaksa menangguhkan perbicaraan sebanyak dua kali.

Difahamkan, Sulaiman mengambil keputusan untuk menarik diri daripada mengendalikan kes Anwar setelah pihak pendakwaraya membekalkan dokumen-dokumen dan bukti-bukti yang bakal dibawa ke mahkamah.

Dokumen tersebut termasuk laporan DNA, senarai saksi dan rakaman CCTV.

sumber - AIDCNews


2 ulasan:

tobeng berkata...

Wah!Serius ke ni sakit tenat?Takde ke siapa2 boleh confirm yg pak aji ni betul2 sakit tenat?Kalau kita boleh mengesahkan yg lawyer ni tak sakit tenat,maka ini sudah menunjukkan 'sesuatu'.Orang ramai boleh mengagak kenapa agaknya ya,tiba2 seorang lawyer utama anwar tarik diri sedangkan sebenarnya dia tidaklah sakit spt yg diwar2kan.

Misi kita seterusnya adalah mencari pengesahan tentang 'ketenatan' Sulaiman Abdullah!

iKAnBUNtal berkata...

aku gerenti dia tuh...benar2 x sakit
ini strategi la...beb
x caya tgk, lpas ni siap bleh handle kes lain plak...sulaiman...sulaiman..
taubatlah...jangan tipu
x takut dosa ker...