MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

15 Jul 2009

Wayang politik terbaru pakatan pembangkang di Selangor...

Desakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa, Azmin Ali supaya Exco Kerajaan Negeri Selangor dirombak serta pengakuan ADUN Kinrara Teresa Kok bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menyiasat tujuh wakil rakyat di negeri itu pastinya tamparan hebat buat Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.


Selama ini Menteri Besar itu kerap cakap besar kononnya barisan Exco yang dipilih selepas PKR, DAP dan PAS membentuk kerajaan Mac tahun lalu baik dan cekap menjalankan tugas kerana dipilih berdasarkan kelayakan masing-masing.

Namun, apabila dua kali Azmin yang juga Naib Presiden PKR mendesak supaya Khalid merombak barisan Exco bermakna ada kepincangan serta menunjukkan ada antara Exco terbabit gagal menjalankan tugas.

Beliau mendakwa ada Exco gagal menunjukkan prestasi dan didakwa gagal memajukan negeri selain mempersoal cara pelantikan ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor yang dikatakan tidak selaras prinsip kerjasama ketiga-tiga parti..

Tambah panas lagi, Azmin turut menyebut dakwaan ahli parlimen PKR Wang Maju, Wee Chee Keong yang mendakwa seorang Exco terbabit kegiatan gelap di Selangor.

Siapa Exco terbabit?.

Apakah beliau Exco yang sedang berdepan kes mahkamah kerana didakwa menghalang pengkuatkuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menjalankan operasi ke atas pusat hiburan di Puchong dua tahun lalu?

Terbaru, punggung Khalid pasti bertambah panas apabila Teresa mengakui tujuh ADUN dalam Daerah Petaling sedang menyiasat mereka berhubung perbelanjaan peruntukkan kawasan masing-masing.

Lebih mengejutkan Teresa cuba memainkan sentimen perkauman dengan mempersoal apakah siasatan itu kerana kesemua wakil rakyat pembangkang itu adalah Cina.

"Saya mahu bertanya apakah jenayah yang kita lakukan. Sebagai wakil rakyat, kita perlu menyediakan dana kepada mereka yang kita rasa memerlukan pertolongan. Mengapa kita hendak diganggu?

"Mengapa hanya tujuh orang kita sahaja? Adalah kerana kita semua Cina?" soalnya dalam sidang media di Shah Alam, Isnin.

Ketujuh mereka termasuk Teresa), Hannah Yeoh (Subang), Elizabeth Wong (Bukit Lanjan), Ean Yong Hian Wah (Sri Kembangan), Dr Cheah Wing Yin (Damansara Utama), Edward Lee (Bukit Gasing) dan Lau Weng San (Kampung Tunku).

Kesemua wakil rakyat berkenaan diperuntukkan RM500,000 setiap tahun, yang boleh digunakan untuk melaksanakan projek kemasyarakatan, kebajikan, infrastruktur dan perkara-perkara lain.

Katanya, fail-fail berkaitan peruntukan kerajaan negeri kepada setiap wakil rakyat berkenaan, telah diambil oleh SPRM dari Pejabat Tanah dan Galian dua minggu lalu.

Inilah natijah apabila Khalid sering melaung-laungkan pentadbirannya lebih baik daripada pimpinan Kerajaan Barisan Nasional (BN) terdahulu.

Beliau lupa, bangkai gajah tidak boleh ditutup dengan selimut.

Sebelum ini sudah panas isu gambar separuh bogel ADUN Bukit Lanjan, Elizabeth Wong yang juga anggota Exco kerajaan Negeri.

Banyak lagi yang perlu beliau jawab soal-soal lain termasuk isu pengeluaran pasir oleh syarikat yang ada kaitan dengan kroni.

Rakyat Selangor pasti melihat perkembangan ini dengan teliti kerana mereka memberi peluang kepada PKR,DAP dan PAS menang di negeri itu dengan harap mendapat pembelaan lebih baik.

Namun, pemberiaan air percuma belum tentu dapat menyejukkan jiwa rakyat Selangor yang kini mula didedahkan satu persatu kepincangan pimpinan Pakatan Rakyat di negeri itu.

Mengambil kira desakan Azmin yang juga Ketua Backbenchers DUN Selangor serta kedudukan pentingnya dalam PKR, tindakan itu juga jelas menempelak Khalid.

Apatah lagi Azmin berkata, beliau bukan ‘yes man’ dan desakan itu mengambil kira rungutan rakyat yang dikatakan sukar berjumpa wakil-wakil rakyat mengadu masalah.

Bagaimanapun, ada pihak mendakwa cerita-cerita panas ini adalah sebahagian permainan dan wayang politik bagi memastikan Khalid melepaskan kerusi Ahli Parlimen Bandar Tun Razak dan menumpukan perhatian kepada mentadbir Selangor sahaja.

Jika ini percaturannya, mungkin benar desas desus kononnya Datuk Zaid Ibrahim akan bertanding di Bandar Tun Razak jika Khalid mengosongkan kerusi berkenaan.

Tetapi mungkin benar juga semua kekalutan itu bagi membolehkan Azmin yang sebelum ini dilaporkan mengidam kerusi Menteri Besar Selangor mengatur langkah untuk .mengapainya’.

JIka ini wayang politik seperti isu Elizabeth yang sudah hantar surat letak jawatan tetapi diterima semula sebagai Adun dan Exco, rakyat boleh agak kesudahan wayang cerita terbaru ini.

sumber - agendadaily





Tiada ulasan: