MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

15 Jul 2009

Prosiding kes Anwar disambung jam 2.00 petang

Oleh AIDCNews

Anwar Ibrahim dengan nada kecewa memaklumkan kepada media, bahawa beliau memohon agar kes ini ditangguhkan sehingga mendapat penganti sesuai untuk menggantikan Sulaiman Abdullah yang telah menarik diri daripada menjadi ketua pasukan peguambelanya.


Tetapi hakim memutuskan prosiding kes perlu diteruskan kerana Anwar masih mempunyai lapan orang peguamnya yang lain.

Prosiding kes akan disambung semula jam 2.00 petang ini, setelah berhenti rehat pagi tadi.

Pada petang ini, mahkamah dijangka mendengar dua permohonan yang telah Anwar sebelum ini iaitu perbicaraan memohon dokumen dan perbicaraan menggugurkan kes. Kedua-dua perbicaraan ini terpaksa ditangguh sebanyak dua kali kerana Sulaiman Abdullah cuti sakit.

Desas desus Sulaiman Abdullah menarik diri daripada mengendalikan kes ini, sudah kedengaran sejak 7 Julai lalu, apabila beliau menyambung cuti sakit yang sebelum ini sudah dua minggu telah diberi cuti.


Difahamkan, Sulaiman mengambil keputusan untuk menarik diri daripada mengendalikan kes Anwar setelah pihak pendakwaraya membekalkan dokumen-dokumen dan bukti-bukti yang bakal dibawa ke mahkamah.

Dokumen tersebut termasuk laporan DNA, senarai saksi dan rakaman CCTV.

sumber - AIDCNews

5 ulasan:

abdulraufali berkata...

anwar tidak mahu menggunakan khidmat 8 peguam lain kerana mereka semua bodoh bebal dan tak layak jadi loyer. mereka hanya loyer buruk yang pandai cakap di luar mahkamah sahaja kepada pengikiut2 anwar yamng percaya bulat apa yang mereka katakan. memandangkan 8 loyer tu semua bangang2 belaka maka anwar kena cari loyer yang pandai sikit. karpal dah tak mahu jadi loyer dia pasal dia dah bertaubat. so itu lah balasan yang kamu terima anwar kerana selalu memfitnah orang sehinggakan tida loyer nak defend hang . kau masuk permatang jail jer la nuar lewat..eh liwat

mahacu berkata...

Byk songeh pulak Anwar..purak2 sedih..nak cari lawyer ganti Sulaiman konon..padahal ada 8 org lagi boleh lawan..Ini kes nak tangguh kes lagi la..

Ini hakim tak beri..dia kata konspirasi lagi pulak..

Tanpa Nama berkata...

Salam.

Tuan Sulaiaman dah sedar. Mungkin semasa dia sakit dan telah diberi petunjuk dari allah supaya menarik diri dari kes ini. Sudah dua kali dia membela kes yang sama untuk DSAI tak kan tak dak langsung nur yang memberi penjelasan kesahihan apa yang dia lakukan selama ini sama ada betul atau tidak.

Kadang-kadang kita akan sedar apa kesalahan selama ini yang kita buat ketika kita terkedang kesakitan diatas katil. Masa tersebut kita akan nilai mungkinkah kesakitan yang allah bagi ini disebabkan kesalahan yang kita lakukan.Tatkala itu kita akan segera bertaubat dan sedar bahawa allah boleh mengambil kita bila-bila masa tanpa kita mampu untuk meminta ampun.

Wassalam.

Shah berkata...

Peguam Sulaiman dah tahan tanggung dosa. Bala sudah mula di rasai kerana sanggup mendahuli Allah swt. Semuga peguam Sulaiman perlu sedar sekiranya anak beliau di liwat, apa dia tak rasa kesian

Shah berkata...

Peguam Sulaiman dah mula sedar bahawa apa yang terjadi adalah benar. Allah swt telah memberi beliau kesedaran apa akan terjadi kalau terkena anaknya sendiri. Yang benar itu tetap benar. Allah swt sentiasa berada di sebelah orang yang benar