Oleh Kumbang, AIDCclub
Maklumat ini telah Kumbang terima daripada rakan-rakan blogger beberapa hari yang lalu. Yang menariknya maklumat ini telah disampaikan daripada dalam PKR sendiri iaitu blogger X-PKR yang memulakan posting mengenai perkara ini (x-pkr dikatakan merupakan 'orang dalam' PKR).
Ceritanya mudah seorang ahli Parlimen PKR daripada utara tanah air yang mengunjungi SPA dan Pusat Karaoeke di Ancol Jakarta. Perkara ini dikatakan telah disampaikan kepada Anwar tetapi sehingga kini tiada tindakan yang diambil. Alasannya mudah pergi ke spa dan karaoke tabiat orang muda. Mungkin perkara ini boleh diulas oleh Tuan Guru Nik Aziz sendiri.
Adakah ini persoalan moral atau tabiat orang muda?
Kalau difikirkan secara logik, adakah dengan mengunjungi spa. Perkara ini boleh dijadikan skandal?
Justeru itu kita boleh berfikir sendiri, apakah kerja-kerja lain yang boleh dilakukan di situ sehingga ia boleh dijadikan skandal. Apatah lagi ia melibatkan seorang ahli politik yang kian naik namanya. Anda fikir sendiri. Kumbang tak nak campur.
Seperti kata X-PKR dalam artikel di atas moral menjadi persoalan utama skandal ini dan tentang persoalan adakah tingkahlaku ahli parlimen yang kian tersebar ini akan dibiarkan Anwar. Di kala Fairus dan Arumugam dikatakan digesa untuk letak jawatan kerana persoalan moral dan rasuah. Ahli Parlimen ini dan Elizabeth Wong dibiarkan Anwar untuk berperanan lagi di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri. Apatah lagi ahli Parlimen ini dikatakan ditugaskan di dalam jawatankuasa khas untuk memantau satu kementerian kanan.
Situasi ini seperti 'pencuri mengawasi si Polis' kerana orang yang terlibat di dalam isu moral memantau orang lain untuk bermoral. Adakah ini sesuatu yang Pakatan Pembangkang boleh banggakan?
Jikalau benar Anwar mendiamkan perkara ini. Isu pilih kasih Anwar kini kembali berlegar di dalam PKR seperti krisis Azmin-Ezam 2 tahun lalu. Adakah Anwar hanya memilih untuk memihak kepada orang-orang yang disukainya sahaja. Hal ini menyebabkan rasa tidak puas hati akan wujud di kalangan ahli PKR sendiri dan akan menyebabkan perpecahan jika perkara ini tidak dibendung.
Dan seterusnya adakah hubungan Anwar dengan ahli Parlimen ini pernah rapat dan istimewa sehingga Anwar hanya mendiamkan perkara ini?
Perkara kedua, seperti kebiasaannya Anwar akan menggunakan isu moral ini untuk memecat wakil rakyatnya sendiri dan menggunakan pilihanraya untuk mengekalkan momentum kemenangan PKR. Tetapi kenapa situasi ini seperti tidak akan berlaku lagi.
Adakah Anwar tidak berani untuk mengadakan Pilihanraya di kawasan ahli parlimen itu dan takut kalah kerana beberapa faktor yang berlaku pada Pakatan Pembangkang kini?
Persoalan takut kalah dan pilih kasih ini terus menjadi persoalan dengan wujudnya skadal yang bakal terbongkar ini.
Apa yang penting sekali, jika benar skandal moral ini benar-benar berlaku.
Adakah Anwar hanya duduk diam?
Jika Anwar hanya duduk diam, adakah PAS akan turut duduk diam?
Kumbang tidak tahu bagaimana Nik Aziz akan mengulas tentang isu moral ini jika skandal ini terbongkar.
Isu moral semakin kerap melanda PKR.
Persoalan Kumbang pada pembaca adakah dalam memperjuangkan keadilan kita melupakan moral dan etika?
Jika benar begitu samalah kita seperti Israel dan Amerika Syarikat.. matlamat menghalalkan cara. Akhirnya biarkan orang lain binasa, asalkan perut sendiri selesa.
Pendapat anda bagaimana tentang isu ini?
P/S : Siapakah ahli parlimen yang terlibat dalam skandal ini? Kita tunggu pendedahan seterusnya daripada Gerakan Anti PKR dan X-PKR. Bravo GAP! Bravo X-pKR!
sumber - analisisringan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan