MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

5 Jul 2009

Kumpulan homoseksual Malaysia anjur Pesta Seksualiti Merdeka



Artikel terjemahan : AIDC translater

oleh Clarence Chua

Tuduhan-tuduhan liwat terhadap ketua pembangkang Malaysia, Anwar Ibrahim telah memberi fokus kepada kegiatan homoseksual. Malaysia adalah salah satu daripada 70 buah negara di mana akta homoseksual adalah satu jenayah dan boleh dihukum hingga 20 tahun penjara.

Tetapi kumpulan-kumpulan gay si Malaysia telah mendesak orang ramai untuk membahaskan isu hak-hak homoseksual secara terbuka. Mereka menganjurkan satu pesta dua hari yang dipanggil sebagai Seksualiti Merdeka - yang merupakan pesta homoseksual pertama di Malaysia.

Clarence Chua telah menemui penganjur pesta tersebut.

“Saya adalah seorang homoseks dan saya tidak pernah menghadapi sebarang permasalahan mendedahkan seksualiti saya secara terbuka”


KT PANG berkata Pesta Seksualiti Merdeka memberi satu peluang kepada rakyat Malaysia secara terbuka untuk membahaskan isu homoseksual.

“Di sana nanti mesti terdapat rakyat Malaysia yang tidak gembira mengenai pesta itu. Saya juga berusaha menjadi sensitif terhadap persekitaran. Saya fahami mengapa isu ini dipandang negatif, supaya hasilnya kita telah berusaha untuk mengatur strategi supaya program kita tidak terlalu menghasut. Kepada mereka yang tidak gembira, saya boleh katakan ianya satu peluang kepada rakyat untuk menerangkan diri mereka.”


Walaupun homoseksual haram di Malaysia, KT PANG berkata, dia berbangga dan berbesar hati tentang keseksualannya.


“ Rintangan yang saya hadapi adalah dari gaya orang yang berfikiran tertutup, ada yang tidak suka dengan kelantangan saya.”


Terdapat beberapa kelab malam homoseks yang tidak rasmi di sekitar Kuala Lumpur. Pihak berkuasa ada kalanya menutup sebelah mata tetapi aktiviti-aktiviti homoseks biasanya dengan cepat dibanteras.

Baru-baru ini, polis di Pulau Pinang menangkap 14 orang dan menemui 1,800 kondom di sebuah pusat kesihatan yang dipercayai digunakan untuk aktiviti-aktiviti homoseks.

Pesta Seksualiti Merdeka dijalankan tanpa bantahan yang luar biasa. Acara dua hari di ibu kota Kuala Lumpur itu telah dipenuhi dengan persembahan muzik popular seperti dari Mei Chern [seorang muzik undergroud yang menggunakan media seni untuk menyokong kebebasan, hak asasi dan Anwar Ibrahim. Bukti klik di sini]

Terdapat juga forum-forum awam dan syarahan-syarahan tentang seksualan alternatif. Seorang ahli sejarah, Dr Farish Noor menyampaikan satu syarahan yang mengupas tentang homoseksual.

“Homoseksual bukan sesuatu yang diimport daripada barat. Ia bukan sesuatu yang dikenakan ke atas kami. Bahkan sekiranya diimport daripada barat adalah jenayah undang-undang homoseksual. Jadi saya fikir perjuangan menuntut hak-hak bagi kumpulan minoriti jantina ini adalah sebahagian daripada perjuangan politik jangka panjang persatuan-persatuan emansipasi Asia Timur.”


Menurut Dr Farish, kepentingan Pesta Seksualiti Merdeka adalah untuk menghentikan fahaman pelampau agama yang memasuki politik aliran utama.

“Ketakutan saya adalah sekiranya kita tidak memperolehi cara-cara untuk menormalkan apa yang yang sepatutnya diberikan kepada kumpulan ini, kemudian akan berlaku penindasan dan penyisihan secara berterusan ”

Pilihan raya umum baru-baru ini, telah membuktikan bahawa rakyat Malaysia bersedia untuk perubahan politik.

Tetapi sejauh mana, kita bersedia untuk menghadapi topik hubungan-hubungan sesama jantina, kita tunggu dan lihat. Masyarakat masih kekal dipisah-pisahkan.

BS Tan yang mempunyai teman wanita jangka masa panjang pula berkata dia tiada masalah dengan isu-isu homoseksual.

“Pada asasnya saya tiada masalah dengan hubungan-hubungan sama jantina selagi tidak merosakkan hidup saya dan menyebabkan kesusahan saya.”


Tetapi Syed Mohammad seorang bapa yang mempunyai dua anak mendesak isu ini dirujuk kepada agama.

“homoseksual sebagaimana yang anda tahu adalah terpesong daripada ajaran Islam. Ia salah.”

Beberapa ahli politik berusaha untuk menangani masalah ini.

Dalam pihanraya umum 2004, seorang pemimpin Dr Lee Choong Meng mencadangkan agar dihalalkan aktiviti-aktiviti pondan di Lorong Haji Taib, suatu tempat yang terkenal dengan aktiviti-aktiviti pondannya Dia kalah dan hilang kerusi.

Tuduhan-tuduhan mutakhir ini kepada ketua pembangkang, Anwar Ibrahim menunjukkan bahawa kes liwat itu adalah digunakan sebagai satu alat politik untuk mengumpul sokongan orang ramai.

KT PANG berkata sudah sampai masa untuk kumpulan homoseks bersatupadu dan menegaskan hak-hak mereka.

“Mereka tidak boleh biarkan orang lain mengambil hak-hak mereka dan gembira menjalankan aktiviti-aktiviti homoseks ketika pihak berkuasa menutup sebelah mata. Mereka perlu untuk terlibat secara aktif dalam pergerakan sivik negara ini supaya mereka boleh mengatakan 'ya, saya seorang rakyat Malaysia' dan 'saya menyumbang untuk negara ini, oleh itu hak-hak saya patut dihormati.”


AIDC menterjemah artikel asiacalling. Artikel asal klik di sini



Tiada ulasan: