MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

5 Jul 2009

Satu Wajah MNasir, banyak wajah Anwar

Oleh Emang Psychotic Killer, AIDCclub

M.Nasir akan mengadakan konsert besar-besaran pada 25 Julai di Stadium Negara, Kuala Lumpur pada pukul 8 malam. Tema konsert beliau bertajuk "Satu Wajah". M.Nasir akan membawa satu ekspresi rasa seni yang tinggi apabila beliau menggunakan tajuk konsert beliau dengan nama "Satu Wajah" .



Beliau seakan ingin melakukan satu bentuk luahan "kritik-politik" yang berlaku dalam politik tanah air.

Dengan melihat banyak pergolakan politik yang tidak enak berlaku di Malaysia, M.Nasir tampil dengan membawa dakwah secara halus dan berseni dalam merungkai kekusutan landskap politik terkini yang disebabkan oleh satu partikel munafik (Pelbagai Wajah) dengan konsert terbarunya yang akan diadakan nanti.

Ya, Satu Wajah. Suatu lafaz yang sangat paradoks dengan Anwar Ibrahim yang memiliki beberapa Wajah dan watak.

Anwar Ibrahim yang sememangnya sudah diketahui sebagai politikus yang memiliki bermacam-macam wajah, secara tidak langsung terkait dengan konsert "Satu Wajah" ini. Tapi perhubungan ini lebih kepada perlawanan kata namun interrelation maknanya.

Ini adalah satu bentuk kritik-sinis kepada rakyat. Wajah Anwar sememangnya sukar ditafsir oleh rakyat biasa tetapi mudah ditafsir bagi mereka yang sentiasa berfikir dan berjiwa seni.

Ini ditambah lagi dengan bulan konsert M.Nasir yang berlangsung pada Bulan Julai. Bulan di mana Anwar dibicarakan di mahkamah. Bulan kebenaran yang akan menamatkan karier politik jahatnya terhadap Malaysia.

Seakan Seniman M.Nasir ingin menyampaikan satu ekspresi rasa seni yang tinggi dan penuh melankolik dalam pembawaanya kritik sinis politik dengan tema konsert beliau "Satu Wajah" di Stadium Negara nanti.

Seperti yang diketahui Anwar Ibrahim mempunyai bermacam-macam wajah. Ini dapat dibuktikan melalui kata-kata bekas kawan-kawan lamanya sendiri.

Sebagai memetik kata-kata bekas kawan rapatnya Nallakaruppan "Anwar memiliki macam-macam wajah, pagi times dia berpuasa, malam times dia melakukan pekara yang tidak dilakukan oleh umat Islam".

Juga sebagai memetik kata-kata bekas teman rapatnya Ezam Mohd. Norr " Anwar ni jumpa pemimpin PAS dia cakap lain, bla blaa blaa. Jumpa pemimpin DAP, dia cakap lain..blaa blaa blaa...saya ada di sebelah dia. arr, ini dia wajah Anwar Ibrahim !! "

"Satu Wajah". Tema yang akan dibawa dan dipersembahkan oleh M.Nasir dalam konsertnya di Stadium Negara nanti pada Bulan Julai ini. Jom kita datang beramai-ramai untuk meyaksikan konsert beliau di sana.

Marilah kita sama-sama menghayati konsert "Satu Wajah" M.Nasir ini supaya kita dapat mengenal siapa diri kita samaada memiliki satu wajah ataupun pelbagai wajah. Semoga ianya dapat mengevaluasikan diri kita siapa sebenarnya kita yang menumpang di bumi Tuhan ini..

Wassalam..


M.Nasir's Fanatic
Emang Da Galileo.
(Anti-Munafiq)
Cairo.


sumber - emang psychotic killer

5 ulasan:

denaihati berkata...

AnWAR ni boleh di anugerah pelakon terbaik DUNIA....tu pun kalau ada yang nak anugerahkan lah....

http://1-malaysia.blogspot.com

AnTi AljUbuRi berkata...

anwar al juburi itu sebenarnya sudah tidak ada wajah !!!!!

Aku,Pasbuih Dan Siamang berkata...

Bukan sekadar tidak ada wajah,Nur wajahnya juga sudah hilang bersama sama wajah yang sudah tidak pasti lagi dia ataupun sapa.

Moga-moga Allah swt dapat mengembalikan wajah asalnya seperti beliau berada bersama ABIM dulu..mengetuai usrah-usrah.Amin.

cik kiah berkata...

Kalaulah anwar boleh bertukar wajah jadi Hulk ke...spiderman ke..superman ke...kan bagus. Boleh juga selamatkan Malaysia kalau apa2berlaku.

Ini tidak..dok bertukar wajah side lain

EMANG berkata...

kalau anwar boleh bertukar jadi super hero macam tu, Industri perfileman negara akan untung..

confirm..

;)