MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

31 Jul 2009

Siapa 4 Orang Suruhan “Yb RM375,000”..?



Oleh Medan Info Kita


Meneliti daripada laporan beberapa akhbar yang menyiarkan berita Pengerusi GERAK, Nazree Yunus menyerahkan senaskah dokumen pengaduan penyelewengan oleh salah seorang lagi Yb dari Selangor kepada SPRM semalam, timbul kini satu lagi persoalan, Siapakah Pula Empat [4] Kuda Suruhan yang dikatakan terlibat…?

Wow! Hebat sungguh Yb yang bakal disiasat ini…., kalau dalam kes Teoh Beng Hock, hanya satu atau dua nama telah dikaitkan [jika dirujuk kepada laman blog Truth for Teoh Beng Hock], tetapi dalam kes ADUN yang dikatakan songlap RM375,000 ini pula menggunakan ramai juga barua-barua sebagai proxy untuk mengisi kantung mereka……

Jika diterjemahkan daripada petikan laporan NST berbunyi begini “ ..selain dari disenaraikan tuntutan palsu, perbelanjaan yang tidak diaudit, berurusan dengan syarikat-syarikat yang meragukan, dokumen ini juga menunjukkan bahawa ada peruntukan yang telah dibelanjakan oleh empat individu selain daripada wakil rakyat tersebut..” kata Nazree.

Seronoknya menjadi barua-barua Yb tersebut…., memang berbaloi! Hanya dalam masa beberapa bulan boleh sapu RM375,000. Agak agaknya jika tidak dibongkarkan perkara perkara sebegini, apabila menjelang PRU ke 13 nanti, sudah berapa banyak agaknya yang berjaya dikumpulkan oleh mereka mereka ini…?

sumber - medan info kita


Tiada ulasan: