MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

14 Jul 2009

Sesudah meliwat, Anwar cipta 'teori Konspirasi' ?



Oleh Cyber1Trooper, AIDCclub

Ramai mangsa-mangsa telah mendedahkan aktiviti seks luar tabii Anwar. Adiknya sendiri (Sukma Darmawan), Azizan Abu Bakar (bekas pemandu Azizah), Hairani Hj Nahfis (bekas penulis pidato, Meor Abd Razak (tukang jahit Wan Azizah) dan mangsa terbaru Saiful Bukhari Azlan (bekas pembantu peribadi).

Semuanya bercerita dengan nada yang sama, bermula dengan pujuk-pujukan, mengurut dan berakhir dengan liwat. Kalau satu individu yang membuat tuduhan, mungkin individu itu sengaja merekacipta untuk menjatuhkan karier politik Anwar, tetapi kalau lebih daripada seorang, sudah tentu mempunyai kebenaran yang selama ini cuba disembunyikan oleh Anwar.

Pada 8 Ogos 2000, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ariffin Jaka menjatuhkan hukuman sembilan tahun penjara terhadap Anwar dan enam tahun penjara serta empat sebatan ke atas Sukma Darmawan selepas didapati bersalah meliwat bekas pemandunya, Azizan Abu Bakar.

Hakim Mahkamah Tinggi dalam penghakiman setebal 206 halaman menghurai dengan secara teliti keterangan sembilan saksi pendakwa dan 29 saksi pembela dalam 10 sebab mensabitkan kesalahan Anwar dan adik angkatnya, Sukma Darmawan Sasmitaat Madja meliwat Azizan

Pada 2 September 2004, 2 daripada 3 hakim di dalam Mahkamah Persekutuan (Mahkamah tertinggi di Malaysia) membuat keputusan untuk mengenepikan tuduhan meliwat ke atas Anwar Ibrahim di atas sebab-sebab teknikal yang bercanggah di dalam kes tersebut.

Bagaimana pun, kesemua hakim bersependapat bahawa bukti-bukti yang dibawa ke mahkamah menjuruskan Anwar Ibrahim kepada melakukan aktiviti homoseksual.

Di dalam penggulung kes tersebut, hakim tersebut berkata :-

"We find evidence to confirm that the appellants were involved in homosexual activities and we are more inclined to believe that the alleged incident at Tivoli Villa did happen."

(Kami menjumpai bukti untuk mengesahkan bahawa perayu-perayu (Anwar Ibrahim dan Sukma Darmawan) terlibat dalam aktiviti-aktiviti homoseksual dan kami lebih cenderung untuk percaya bahawa kejadian dikatakan berlaku di Tivoli Villa benar-benar berlaku)

Jadi secara umumnya, kesemua hakim bersetuju Anwar melakukan aktiviti meliwat dan Anwar gagal membuktikan dalam mahkamah bahawa aktiviti liwat itu tidak berlaku.

Anwar gagal membersihkan dirinya sebagai bukan seorang peliwat di mahkamah. Walaupun telah banyak ruang diberikan di mahkamah, tetapi Anwar gagal membersihkan dirinya hingga ke hari ini, nota-nota bertulis mahkamah menyebut beliau seorang peliwat!


Mangsa-mangsa liwat Anwar pula telah melakukan pelbagai cara, termasuk pengakuan bersumpah, bersumpah di masjid dengan nama Allah, dibicarakan di mahkamah semata-mata untuk membuktikan mereka bercakap benar dan tidak mahu rakyat tertipu dengan lakonan seorang 'pemimpin rakus' yang bercita-cita mahu menjadi PM, walhal pemimpin rakus itu adalah seorang homoseksual.

Sukma Darmawan mengaku dalam pengakuan bersumpahnya, diliwat Anwar sejak Anwar belum kahwin dengan Wan Azizah lagi. Selepas Anwar kahwin, Anwar berpindah rumah dan Sukma turut berpindah bersama Anwar serta diberi bilik khas.

Azizan Abu Bakar mengaku di mahkamah diliwat oleh Anwar sebanyak 15 kali di pelbagai lokasi termasuk Port Dikson dan Tivoli Villa, dengan perantaraannya adalah Sukma Darmawan. Azizan asalnya adalah pemandu peribadi Shamasidar Tahrin (isteri Azmin Ali)kemudian menjadi pemandu peribadi kepada Wan Azizah (isteri Anwar).

Hairani Nahfis penulis pidato Anwar mengaku di depan ustaz Taib Azamuddin (ketika itu Imam besar Masjid Negara), diliwat beberapa kali oleh Anwar, termasuk pujukan Anwar untuk melakukan perkara itu (liwat) dalam bulan Ramadhan. Ustaz Taib yang mendengar pengakuan itu, mengeluh dengan mengucap "Ya Allah!".

Sebelum ini Nallakarupan (kawan baik Anwar) telah mendedahkan Anwar banyak melakukan perkara tidak baik dalam bulan Ramadhan, tetapi tidak mahu menjelaskan lanjut kerana mahu menjaga maruah sahabat karibnya itu.

Perantara perbuatan liwat Anwar dan Hairani juga Sukma Darmawan. Jadi berbaloi Sukma menjadi adik angkat Anwar, selain perantara untuk melakukan aktiviti-aktiviti luar tabii, Sukma juga diberi kemewahan kewangan hasil daripada abang angkatnya menjadi Menteri Kewangan Malaysia.

Anda masih ingat aduan Wan Azizah wangnya bernilai jutaan ringgit hilang di rumahnya ? Pencurinya juga dikaitkan dengan Sukma, kerana Sukma bebas keluar masuk ke rumah Anwar!

Lagi satu, perbuatan meliwat Anwar berkaitan dengan 'orang-orang terdekat'. Adik angkat (Sukma), pemandu peribadi (Azizan), tukang jahit pakaian (Mior), penulis pidato (Hairani) dan pembantu peribadi (Saiful).

Selepas terdedah, Anwar cepat-cepat beritahu wartawan bahawa dia tidak kenal siapa Saiful, walhal hubungan mereka sangat intim, hingga dibawa ke Hong Kong, Thailand dan Singapura.

Jangan terkejut, kalau Anwar akan mengatakan bahawa dia tidak kenal siapa Sukma Darmawan, siapa Mior, siapa Azizan Abu Bakar dan siapa Hairani, walaupun nama-nama itu sudah tidak asing lagi kepada Azizah sekeluarga.

Anwar kata tidak kenal siapa Saiful, tetapi Azizah kenal dia dan perlekeh Saiful sebagai pembancuh kopi. Macam mana tu, 'pembancuh kopi' ertinya orang rapat, yang bermula di dapur rumah Anwar.

Ingat Hairani juga mengakui kali pertama dia diliwat setelah Sukma bawa Hairani melalui dapur rumah Anwar!

Cerita liwat Anwar bermula sekitar 1993. Kalau berdasarkan pengakuan Sukma, Anwar melakukan perbuatan luar tabii itu lebih awal lagi. Cerita 'teori konspirasi' hanya bermula pada tahun 1998, itupun setelah semuanya terbongkar, kalau belum terbongkar, teori konspirasi tidak akan bergema.

Kalau pengakuan bersumpah Azizan Abu Bakar, Hairani Nahfis, tidak benar, kenapa Anwar tidak memfailkan saman ke atas mereka ? Lagipun pengakuan sumpah itu sudah tersebar ke seluruh rakyat Malaysia, mencemar imej Anwar, tetapi Anwar mendiamkan diri, mengakui semua pengakuan itu benar!

Kenapa Anwar takut saman Umi Hafilda (adik Azmin Ali) yang mula-mula mendedahkan seks luar tabii Anwar bersama Azizan itu. Gara-gara pendedahan Umi Hafilda, Anwar kehilangan jawatan TPM dan Menteri Kewangan.

Memang benar, Anwar tidak akan berani saman semula Umi Hafilda, Azizan dan Hairani, kerana dakwaan mereka betul. Sekiranya disaman, maka Anwar akan menjerut lehernya sendiri, kerana semakin banyak cerita akan terbongkar!

Cerita teori konpirasi liwat ke atas Saiful mula kedengaran, selepas 28 Jun 2008, selepas Saiful membuat laporan polis. Anwar memang 'ketakutan' kehilangan bekas pembantu peribadi itu, hinggakan menyuruh aktivis PKR mencari di mana Saiful. Kenapa Anwar takut ?

Penyokong-penyokong PKR cuba berhujah betulkah Anwar meliwat Saiful tanpa kerelaan, sedangkan Saiful boleh menolak kemahuan Anwar. Sebenarnya jawapan untuk soalan ini telah diberikan oleh salah seorang mangsa liwat Anwar (Hairani), macam mana hendak tolak kemahuan Anwar, dia siapa, saya siapa, kata Hairani seperti dalam video di atas. Lagipun Hairani telah dibayar sebanyak rm14,000 sebulan atas alasan penulis pidato.

Saiful pula siapa ? Bagaimana Saiful boleh menolak kemahuan Anwar, sedangkan dia dibayar gaji yang banyak atas jawatan pembantu peribadi ? Kondo itu juga diberi kepada Saiful ?

Anwar dan Azizah tentu masih ingat kisah di sebuah hotel di Singapura, ketika Azizah curiga Anwar naik ke bilik Saiful. Kisah ini berlaku sebelum laporan polis. Semua ini bakal terbongkar di mahkamah.

Azizah juga masih ingat, ketika dia berada di Amerika, ketika itu Anwar balik ke rumah lama (Damansara). Azizah pernah hantar SMS kepada 'orang kuat PKR' bertanyakan sesuatu mengenai Anwar.

Sebenarnya Azizah lebih banyak tahu mengenai Anwar, tetapi sengaja menyembunyikan untuk menyelamatkan maruah keluarganya. Bukan untuk menyelamatkan Anwar tetapi untuk menyelamatkan maruahnya sendiri.

sumber - cyber1trooper

Artikel lain berkaitan :


. Pengakuan bersumpah Sukma Darmawan Sasmitaatmadja (Adik angkat Anwar)

. PENGAKUAN BERSUMPAH ......saya diliwat - Mior Abd Razak bin Yahya

. Anwar dan Teori Konspirasi - Ibrahim Ali

. Anwar perlu buktikan bukan homoseksual

. Liwat : Bahasa 'muka' Anwar

. Hari-hari terakhir sebelum pembuktian kes liwat didedah..


1 ulasan:

tobeng berkata...

Asal kantoi aje,konspirasi,asal kantoi aje,konspirasi.

Kalau tak bersalah mintak bicaralah,ini tidak,lagi mahu lari,suruh bersumpah,takut.Kamon anwar buktikan hang tak bersalah,jangan dok pusing2 cerita.