Oleh Cyber1Trooper, AIDCclub
Hari ini, 3 Julai, Anwar dan peguambela masih meneruskan saki baki 'pertarungannya' untuk menangguhkan dan menggugurkan kes. Perbicaraan dalam perbicaraan sengaja dicipta oleh Anwar untuk mencapai maksud tersebut. Hari ini juga mahkamah mendengar satu lagi pra perbicaraan berkenaan dengan permohonan dokumen. Hari ini juga keputusan akan dibuat, setelah kes itu sepatutnya dibicarakan pada 1 Julai lepas, terpaksa ditangguhkan kerana tiada kerjasama Anwar, katanya dia mahu ke parlimen, kerana urusan di parlimen lebih penting, maka pra-perbicaraan yang membabitkan permohonan dokumen terpaksa ditangguhkan mengikut kehendak Anwar.
Betulkah Anwar benar-benar perihatin kepada parlimen ? Kalau benar, kenapa pada masa lalu, Anwar sanggup tidak hadir ke parlimen, semata-mata untuk mengikuti sidang Amerika di Doha ? Dia beri alasan kononnya dia terlepas kapal terbang, walhal dari awal lagi Anwar sudah diketahui, bahawa persidangan Amerika di Doha, melepasi tarikh persidangan parlimen.
Tidak tahulah, keputusan berkaitan dengan 'permohonan dokumen' hari ini terpaksa ditangguhkan lagi, dengan Anwar memberi alasan lain pula. Lagipun sebelum ini, Sulaiman Abdullah, Ketua Peguambela telah memberi bayangan, bahawa dia tidak dapat hadir dalam perbicaraan hari ini kerana mempunyai tugas lain yang lebih penting.
Kalau Anwar dan peguambelanya menganggap perbicaraan memohon dokumen tidak penting, kenapa mereka bersungguh-sunguh failkan petisen memohon agar kes dokumen dibicarakan pada 10 Jun lalu ?
Apabila mahkamah mengambil respon terhadap permintaan Anwar dengan menetapkan tarikh perbicaraan (asalnya 1 Julai, ditangguh kepada 3 Julai), kenapa pula, Anwar dan barisan peguamnya mengambil sikap sambil lewa, seolah-olah tidak berminat meneruskan perbicaraan ini ?
Bermacam-macam alasan diberikan Anwar, sibuk dengan urusan parlimen, sibuk dengan mesyuarat PR, juga pelbagai alasan diberikan oleh barisan peguam Anwar, sibuk dengan urusan lain yang lebih penting, belum bersedia sepenuhnya dan sebagainya yang membawa maksud mahu tangguh menangguh kes ini. Lagi lama ditangguh, lagi bagus. Kalau boleh lakukan sesuatu agar kes ini tidak dibicarakan terus, barangkali itulah yang tersemat di hati kecil Anwar!
Berlainan pula dengan pihak mangsa, Saiful Bukhari, kita tidak mendengar, dia tidak beri kerjasama. Walaupun kadang-kadang dia merungut (seperti yang diluah di blognya), kerana Anwar berusaha menangguh-nangguhkan kes, namun Saiful akur dan menuruti setiap keputusan mahkamah.
Kita juga tidak mendengar apa-apa rungutan apatah lagi kenyataan media yang dikeluarkan oleh pihak pendakwaraya, walaupun pada hakikatnya mereka juga seperti manusia lain, bosan dengan karenah Anwar yang mahu mengelak kes ini dibicarakan.
Tetapi kita sering mendengar kenyataan media yang dibuat oleh Anwar dan barisan peguambelanya (terutamanya Sankara Nair) di media, khasnya Malaysiakini. Sebab itu dari awal lagi, saya membuat rumusan bahawa Anwar silap memilih ketua peguambela yang sepatutnya diberikan kepada SN Nair, bukannya kepada Sulaiman Abdullah.
Tetapi kenapakah Anwar tidak memilih SN Nair sebagai ketua? Kenapa pula pilih Sulaiman Abdullah ? Anwar pun tahu ketidakupayaan SN Nair menjadi ketua, berbanding dengan Sulaiman Abdullah, sebab itu Anwar pilih Sulaiman, tetapi semua arahan Anwar disalurkan kepada SN Nair, bukan kepada Sulaiman Abdullah, hingga terjadilah konflik peribadi.
Kenapa terjadi begitu ? Sebenarnya Anwar sendiri dalam dilema untuk memilih antara 'menyediakan hujah-hujah kebenaran fakta' dengan 'hujah-hujah persepsi politik'dalam menghadapi kes pertuduhan liwat kali ini.
Ini kerana, Anwar telah belajar, faktor kekalahan kes liwat tahun 2000, apabila Christopher Fernando,(ketua peguambela Anwar ketika itu) hanya mengikut skrip yang disediakan Anwar, iaitu tidak menjawab soalan pendakwaraya, sebaliknya menyerang pendakwaraya dengan merekacipta satu hipotesis baru, iaitu, 'teori konspirasi'
Soalan pendakwaraya ketika itu, betulkah kamu (Anwar Ibrahim) meliwat Azizan Abu Bakar pada satu malam, di antara Januari hingga Mac 1993, di apartmen Sukma Darmawan (adik angkat kamu), di unit No. 10-7-2, Tivoli Villa, Jalan Medang Tanduk, Bangsar, Kuala Lumpur ?
Tetapi semasa diberi peluang menjawab, Anwar tidak menjawab soalan itu, sama ada betul atau tidak, sebaliknya, Anwar mencipta satu pertuduhan baru, semua ini TEORI KONSPIRASI.
Christopher Fernando, tahu jawapan Anwar itu akan menyebabkan Anwar tewas, kerana tidak menjawab soalan, tetapi Christopher juga tahu, dia dibayar oleh Anwar untuk mengikuti semua kemahuan Anwar. Menang atau kalah tidak penting kepada Christopher, tetapi yang lebih penting adalah bayarannya. Maka, Christopher,menggunakan kekuatan retoriknya, mengikut semua skrip yang disediakan oleh Anwar berhujah atas hipotesis baru Teori Konspirasi, walaupun gagal dibuktikan secara sah!
Sulaiman Abdullah yang bersama-sama team peguambela Anwar ketika itu tidak bersetuju, kaedah tidak menjawab soalan yang dicadangkan Anwar, tetapi dia tidak boleh berbuat apa-apa, kerana dia hanyalah salah seorang peguam Anwar, ketuanya adalah Christopher Fernando.
Jadi harga yang mahal mahal diperolehi oleh Christoper adalah bayaran lumayan daripada Anwar serta dianggap hero oleh para penyokong Anwar, kerana berjaya 'menyambung lidah Anwar'. Tetapi Anwar juga turut mendapat harga paling mahal dalam kes itu, di mana dia telah tewas, dan dihukum penjara selama sembilan tahun!
Jadi berdasarkan pengajaran kes terdahulu, sekali lagi Anwar berada dalam dilema untuk memberikan hujah-hujah kebenaran yang sepatutnya disalurkan kepada Sulaiman Abdullah atau menyedia skrip politik lama,'Teori Konspirasi' yang disalurkan kepada SN Nair.
SN Nair adalah peguam kepercayaan Anwar, sebab itu dari SN Nair berambut (1998), hingga sekarang berkepala botak, SN Nair diambil menjadi peguam peribadi Anwar. Maknanya SN Nair merupakan khadam yang setia dengan Anwar, sanggup mengikuti apa sahaja skrip yang dibuat oleh Anwar, walaupun sudah diketahui skrip itu bakal membunuh majikannya sendiri.
Hari-hari terakhir sebelum barisan pendakwaraya mengemukakan bukti (sepatutnya 8 Julai ini), satu pengajaran lain juga kita dapat ketahui.
Pengajaran itu adalah Anwar adalah seorang yang suka menyalahgunakan kedudukannya untuk mencapai apa yang dikehendaki. Anwar mengarahkan barisan peguamnya, untuk berusaha mengubah keputusan mahkamah yang sebelum ini menetapkan 1-24 Julai sebagai tarikh perbicaraan. Anwar tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah itu dan menggunakan kekuatan wangnya telah mengarahkan para peguamnya untuk menggugurkan kes itu dengan mencipta beberapa perbicaraan kecil lain. Pada 10 Jun difailkan petisen perbicaraan kes dokumen dan pada 17 Jun pula dibuat lagi satu petisen baru iaitu memohon perbicaraan digugurkan. Inilah usaha-usaha terakhir Anwar untuk menggugurkan kes, menggunakan kekuatan kewangannya dan barisan para peguamnya.
Ini membetulkan semua tuduhan yang telah dibuat sebelum ini bahawa pada tahun 1997, Anwar Ibrahim telah 'menggunakan' kedudukan sebagai Timbalan Perdana Menteri untuk membuat arahan kepada Pengarah Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia, Datuk Mohd Said Awang, ketika itu untuk mengubah surat pengakuan bersumpah yang telah dibuat oleh Umi Hafilda dan Azizan Abu Bakar.
Tujuan Anwar 'mengarahkan' Pengarah Cawangan Khas untuk melakukan penyelewengan, mengikut kemahuannya untuk menggelakkan skandalnya dengan Shamsidar Tahrin, Sukma Darmawan dan Azizan Abu Bakar diketahui umum.
Jadi, kalau dahulu Anwar pernah menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan dirinya sendiri, maka perkara sama dilakukan kini semata-mata untuk menutup skandalnya terbongkar.
Kalau dulu, Anwar bermati-matian mahu menutup kes dan tidak mahu kes itu dibicarakan, bagaimana pula dengan sekarang?
Anwar boleh tutup semua perkara untuk diketahui umum, tetapi Anwar tidak boleh tutup ketentuan ALLAH yang membukanya untuk diketahui semua orang!
1 ulasan:
Inilah mainan Injit-injit semut kesukaan kanak kampong yang sedang dimainkan oleh cucu pada penjual nasi kandar pada masa dulu melalui isu liwat yang bukan kepalang aibnya.
Permainan ini semata-mata untuk menampakkan pada rakyat jelata, ia hanyalah permainan biasa,yang tidak ada bahaya dan mala petakanya.
Tapi cukup mengasyikkan rakyat dalam dan luar Negara yang ada Agenda sebaliknya.Kerana permainan ini tidak ada penamat dan kesudahan, siapa yang berjaya? Cuma sekadar suka-suka.
Hakikat sebenarnya itulah permainan yang cukup bahaya…dan tidak ada kesudahannya yang mampu memboloskannya begitu saja yang memakan masa yang cukup lama.
Lebih-lebih lagi dengan issue politik semasa yang direka-cipta olehnya mampu mengalih perhatian rakyat keatas Isue pokok yang sepatutnya.
Bukankah 1 july sudah melepasi pemainannya yang pertama?
Satu July sudah terbukti Anwar berjaya diatas dan kini dia sedang menggigit yang berada dibawahnya.Diwaktu dan saat inilah Anwar akan cuba mencari helah dan dalih agar ada kesempatan masa untuknya mencelah isu-isue baru politiknya untuk menghayalkan kita…dan sekelian yang ada,yang cuba mendakwa tuduhan kes liwat keatasnya.
Anwar mempunyai seribu agenda disebalik tabir kes Liwatnya yang dipertotonkan kepada kita, jika dia berjaya menarik lebih lama masa untuk dia menyusun agenda,yang tidak terfikir langsung logiknya pada sekelian kita,dari apa yang benar-benar belaku padanya.Dan dalam sekelip mata pula,dia mampu menghimpun seribu agenda untuk membunuh minda bangsa tanpa kita terasa.
Liwat satu kes dan Skandal yang sukar diterima dan logik pada akal sekelian kita, boleh belaku pada insan bernama Non ini,yang bertaraf Pemimpin al-khahfi’ yang pernah menggangap UMNO adalah Parti secular di tambah pula dia pengasas ABIM yang memiliki 40,000 ahli ketika itu.Dan sangup pula dia meninggalkan perjuangan asal dan rakan-rakannya semata ingin menjadi pengusaha tong taik ,sekali gus untuk mengIslamkan UMNO.Kini dituduh pula terlibat dengan kes sejijik ini? Mustahil !! Inilah anggapan kebanyakkan mereka pada al-Khahfi’ tersebut.
Dan Inilah juga yang terfikir oleh akal kita dan penyokong2 yang ada.
Lihat! betapa cekapnya dia! Merupa berbagai cara..berlindung berbagai-bagai wajah seperti kata Nala..kawan rapatnya satu ketika.
Begitulah gaya dia berbicara dan bertindak untuk menghalalkan cara segala tindakkannya.Tapi.. apa kesudahannya?,PAS yang pernah dicaci dan dihina menjadi pentas utama untuk dia bersuara Singa keadilan untuknya setelah tersingkir dari wadah perjuangan yang penah dicaci celanya dulu.
Itulah bijak dan liciknya anak kelahiran To’ Kun ini mengalih rupa dan kata dalam sekelip mata…yang boleh membuat sekelian rakyat jelata BUTA pada tindakkan SEBENARnya.Samada yang di-reka atau yang benar-benar terjadi padanya kita tetap menafikan buruknya..kerana dia mampu membuat kita sekelian yang ada merasa segala tuduhan buruk itu tidak logic hanya sekadar rekaan dan Konspirasi semata-mata untuk menjatuhkannya.
Mengapa kita lupa ada lagi kuasa yang lebih hebat dari konspirasi yang dimaksudkannya?
Bukankah “Kun Fa Ya Kun” kalam Allah swt itulah Kuasa yang maha kaya dapat membuktikan dalam sekelip mata?
Lupakah al-Khahfi’ pada erti dan maksud ayatnya?dan kuasa Allah yang ada?
Begitulah MAHA HEBATnya Non/Anwar mengubah situasi yang ada.
Terbukti licik politik dan hebatnya identiti yang ada padanya yang tidak ada pula pada persaingannya.
Hari ini terbukti..kes liwat keatasnya…Anwar bersahaja saja..yang melenting dan melalak bukanlah dia.Tetapi penyokong-penyokong dan pengikutnya yang sudah kenyang dan membuncit dengan tipu dayanya,berselindung di sebalik al-khahfi’ gelarannya.
Hari ini terbukti Anwar tidak perlu bersuara membela dirinya lagi,kerana dia sudah ada ribuan pengikutnya yang mudah ditarik telinganya akur dan patuh pada arahannya untuk melalak dimana saja…..
Kerana ramai diantara yang masih lena…terus simpati membabi buta!...
Catat Ulasan