MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

9 Jul 2009

Seorang peguam 'sakit'.. Apa fungsi 8 Peguam yang lain? - Saiful Bukhari

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Walaupun terkilan dengan penangguhan(lagi) perbicaraan semalam, namun seperti yang saya katakan sebelum ini, ia sudah dijangka.

Namun, sikap tertuduh yang masih berdolak dalih dalam menghadapi perbicaraan penuh dan menuduh seolah-olah pihak pendakwaan yang mahukan penangguhan membuatkan saya amat kesal sekali.


Bukankah ia ditangguhkan dengan alasan Ketua Peguam Bela, Sulaiman Abdullah sakit? walaupun 8 peguam yang masih 'sihat'.

Pihak tertuduh juga telah berdolak-dalih dengan meletakkan alasan penangguhan kononnya disebabkan pihak pendakwaan gagal menyerahkan dokumen-dokumen dan bukti-bukti ASAL yang diminta. Rujuk disini dan sini

Persoalannya, sudah berapa kali pendengaran permohonan ini sahaja ditangguh disebabkan pihak tertuduh? Mengikut rekod saya, sudah 4 kali ia ditangguh disebabkan pelbagai alasan diberi.

Untuk makluman, sebelum ini pihak barisan pembelaan tertuduh telah diserahkan ke semua salinan-salinan dokumen yang relevan utk perbicaraan kes ini berbulan-bulan lamanya

Selain dari permohonan tersebut, terdapat satu lagi permohonan iaitu permohonan untuk membatalkan pertuduhan(gugur kes) sebelum ia dibicarakan yang masih belum didengar oleh pihak Mahkamah. Terbaru, menurut peguamnya S.N Nair, pada hari Jumaat ini, mereka akan memfailkan permohonan untuk mengugurkan kesemua barisan pendakwaan pula. Rujuk disini

Kesimpulannya,Bukankah segala permohonan-permohonan ini yang telah dan akan melambatkan perbicaraan? Siapa yang mohon semua ini? Pihak pendakwaan atau pihak Dato' Seri sendiri?

Dimana keadilan buat mangsa(saya) jika pihak tertuduh memperoleh kesemua bukti2 ASAL sebelum ia dibicarakan? dan Dimana keadilan buat mangsa(saya) jika pertuduhan digugur sebelum ia dibicarakan?

Seluruh rakyat tidak kira yang percaya atau tidak, mahukan kebenaran. Mereka juga mahukan agar proses keadilan mencari kebenaran ini dapat dijalankan dengan selancar yang boleh.

Saya hanya seorang rakyat kerdil yang hanya memohon untuk diberi ruang dan keadilan untuk memberi keterangan di Mahkamah. Walaupun sedih dengan sandiwara ini, saya tetap tidak akan putus asa dan akan sentiasa memohon dari Allah swt supaya diberi kekuatan dan pertolongan bagi menempuhi liku-liku ini.

Hentikanlah sandiwara dan dolak-dalih ini Dato' Seri kerana ia memakan diri.


Yang HAK pasti BERDIRI, Yang BATIL pasti JATUH!

SAIFUL BUKHARI

p/s: Kepada sahabat2 yang hadir memberi sokongan dan yang sanggup membuat ''banner'' utk saya semalam, saya berasa amat terharu dan ingin mengucapkan ribuan terima kasih. Ia amat bermakna buat diri saya dan keluarga. Semoga Allah membalas jasa2 saudara sekalian.

sumber - mohdsaifulbukhari

4 ulasan:

EMANG berkata...

8 orang buat apa?
buat bodoh jer..

last2 semua jadi bodoh dah~

:)

EMANG berkata...

8 orang buat apa?
buat bodoh jer..

last2 semua jadi bodoh dah~

:)

Tanpa Nama berkata...

SLM BRO AIDC..8 ORG PENCUCI MANGKUK TANDAS SECARA KONTRAK NAK LWN 1 PEGUAMBELA HATI WAJA?..SELAYAKNYA ANUWAR X PERLU DPT PEGUAM LANGSUNG!..BTUL X CIK KIAH? KEHKEHKEH

Unknown berkata...

Jeffrey....

Peguam anwar sakit berjemaah...sakit mereka nih penyakit berjangkit...paling akhir kena sakit ni nanti anwar, doc kena bagi cuti setahun!!!

Peguam anwar = lawyer buruk