Bahang menjelang mulanya bicara kes dakwaan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijadual Rabu ini semakin terasa.
Dicelah-celah usaha Anwar mencari jalan menerusi proses mahkamah untuk membatalkan kes itu media PKR sudahpun memainkan peranan sebagai hakim istihar beliau tidak bersalah.
Kalau mengikut aturan undang-undang tindak tanduk itu nyata contempt of court.
Anwar pula yang akan berdepan dengan bekas pembantu peribadinya,Saiful Bukhari Azlan dalam gelanggang mahkamah juga sudah rancak main ayat-ayat untuk menarik simpati orangramai pada kes itu dalam ceramah-ceramah politiknya.
Ia dikatakan naluri biasa pada sesiapa pun jika kena berdepan dengan lawan yang ‘ tahu banyak’.
Siapa tahu mungkin ada ‘cerita-cerita meletup’ yang bakal terbongkar dalam keterangan Saiful di mahkamah kelak.
Seperti diduga PKR akan memperhebatkan perang sarafnya ketika perbicaraan berlangsung untuk mempengaruhi pemikiran orangramai bahawa kes itu satu konspirasi politik.
Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Mohd. Akin Ahad melancarkan KEJAM,singkatan pada Gerakan Rakyat Tolak Konspirasi Jahat Terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ia sebagai tanda solidariti pada Anwar.
Katanya gerakan itu antara lain akan menyebar fakta-fakta untuk mendakwa kes itu satu konspirasi.
Menurut Shamsul Iskandar mereka juga rancang nak bawa 5,000 penyokong membanjiri Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur masa perbicaraan Rabu ini.
Baginya itu bukan perhimpunan haram kerana perbicaraan di mahkamah terbuka dihadiri sesiapapun dan mereka datang bukan nak buat huru hara.
Soalnya mampukah Ketua Pemuda parti yang sentiasa menggangap apa jua yang tidak menyebelahinya sebagai tidak adil itu... jamin tiada kekecohan akan timbul?
Juga apakah keadilan hanya penting bagi Anwar tapi tidak bagi Saiful ?
sumber - agendadaily
2 ulasan:
Apakah keadilan hanya penting bagi Anwar tapi tidak bagi Saiful ?
Sejauh ini pun mana ada keadilan yang dapat Anwar berikan pada penyokongnya yang terdahulu?
Hari ini sudah terbukti Semua perjuangan Keadilan selama ini hanyalah semata untuk diri dan keluarganya sahaja.
Hari ini juga sudah ramai yang sudah sedar dan sedang melalui proses kesedaran baik penyokong PKR sendiri maupun sekutu mereka PAS bahawa kes yang sedang dilalui Anwar Ibrahim bukan lagi satu konspirasi politik.Tetapi lebih cenderung pada kes liwat dan salah laku Anwar Ibrahim.
Perang sarafnya yang akan dimainkan oleh PKR dan media mereka waktu terdekat ini,samada ketika perbicaraan berlangsung untuk mempengaruhi pemikiran orangramai bahawa kes itu satu konspirasi politik kehangatannya tidak akan belaku seperti sebelum ini.
Hari ini mungkin sudah ramai yang sedar kebenaran yang pernah dikatan oleh Mat sabu satu ketika dulu dalam satu wawancar bersama Citra Wajah pada 14 june 1998..sewaktu Anwar bersama UMNO.
“selepas penyertaan Anwar Ibrahim ke Dalam UMNO bagi mereka kini ada peluang untuk sekutu Anwar menyahkan yang berkuasa sekarang iaitu Mahathir.
Sebenarnya gejala Nepotisme yang belaku dalam pemerintahan di Malaysia diantara Mahathir dan Anwar Ibrahim
“Saya meletakkan Anwar Ibrahim lebih “Ganas” daripada Mahathir”
Anwar Ibrahim lebih’ ‘Ganas’ berbanding Mahathir? Ganas’ yang bagaimana.
Ya, ini kerana Anwar masih berjawatan ‘Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Keewangan yang belum cukup berkuasa penuh,tetapi suku sakatnya telah mencipta kekayaaan lebih hebat.
Persoalannya Siapa sebenarnya pencetus konspirasi. Anwar atau Mahathir?
Sumpah Tamau, Bicara Tamau, Justice for Anwar Shj.. hihihihi
Catat Ulasan