MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

22 Jul 2009

Rashid, tukang urut Anwar di penjara : "SAKSI PANAS" kes liwat Anwar



Oleh Kumbang, AIDCclub

Perkara yang paling menarik di dalam kes liwat Anwar yang terbaru ialah apabila dikatakan terdapat tujuh saksi utama di pihak pendakwaraya. Selain Saiful yang menjadi saksi utama, saksi lain pegawai penyiasat Jude pereira, Hasanuddin, Rahimi, Rashid Othman dan Abd Hamid.

Kumbang tertarik dengan nama Rashid Othman sebagai saksi di dalam kes ini kerana Kumbang pernah mengulas mengenai beliau di dalam blog Kumbang. Klik sini untuk melihat artikel tersebut.

Kumbang juga pernah menyatakan persoalan "adakah Rashid akan terlibat di dalam perbicaran kes liwat Anwar Ibrahim?".

Ternyata persoalan Kumbang ada asasnya apabila Rashid akan dipanggil oleh pihak pendakwaan sebagai saksi di dalam kes ini.

Siapa Rashid bin Othman dan apa yang menarik tentang beliau?

Seperti yang diceritakan blogger-blogger anti Anwar pada Kumbang. Ceritanya lebih kurang begini. Samada Anwar keluar daripada penjara dulu atau Rashid keluar dulu. Rashid dikatakan diambil berkerja oleh Anwar Ibrahim untuk menjadi pembantunya dan Rashid dikatakan turut tinggal di rumah Anwar. Apa 'portfolio' Rashid di rumah Anwar tidak diketahui secara jelas, mungkin tukang urut atau orang gaji. Tapi GAP menyebut Rashid berkerja sebagai Tukang Urut.

Perkhidmatan Rashid di rumah Anwar ditamatkan Wan Azizah oleh kerana mungkin Wan Azizah tidak berpuas hati dengan 'perkhidmatan' Rashid.Rashid diberhentikan. Peristiwa pemecatan Rashid ini dikatakan berlaku selepas pergaduhan besar antara Anwar dan Wan Azizah yang disebabkan mungkin masalah Rashid ini. Sebab-sebab pemecatan ini masih menjadi misteri. Pelik apabila difikirkan, lelaki dipecat kerana menjadi tukang urut lelaki.

Kenapa Rashid dipecat Wan Azizah?

Adakah Wan Azizah cemburu pada Rashid?

Seperti yang diceritakan rakan Kumbang,Wan Azizah dikatakan sering memberi pesanan kepada pegawai-pegawai Anwar untuk tidak membenarkan sesiapa berada di sekeliling Anwar secara bersendirian. Samada lelaki atau perempuan. Wan Azizah tidak membenarkannya.

Mungkin secara positifnya, langkah Wan Azizah ini adalah untuk mengelakkan sebarang fitnah berlaku terhadap suami beliau. Tetapi pelik apabila difikirkan , Wan Azizah mengambil langkah-langkah berjaga-jaga untuk memastikan bahawa tiada 'lelaki' berada bersama Anwar.

Pada Kumbang langkah ini tidak menghairankan kerana mungkin Wan Azizah lebih mengenali siapa suami beliau sebenarnya.

Cerita Rashid tidak habis selepas pemecatan beliau oleh Wan Azizah. Rashid dikatakan bekerja pula untuk Anwar di pejabat lama PKR di Seksyen 16 Petaling Jaya. Selepas beberapa lama, Rashid dikatakan menghilang diri tanpa tujuan dan sebab yang munasabah.

Kemana Rashid menghilang diri?

Kenapa Rashid menghilangkan diri?

Apa kaitan Rashid bin Othman dengan kes liwat Anwar Ibrahim?

Kumbang mengetahui tentang Rashid sebagai saksi di dalam kes liwat Anwar Ibrahim ini adalah pada januari lalu. Tetapi maklumat yang Kumbang ketahui ini tidak dapat dipastikan kerana masih lagi menjadi tanda tanya. Tanda tanya ini terjawab apabila pengumuman mengenai senarai saksi ini dibuat minggu lepas.Klik sini untuk laporan Tom Yam mengenai perkara ini.

Mengulas peranan Rashid di dalam kes liwat Anwar Ibrahim, Rashid dikatakan berperanan seperti Sukma Darmawan di dalam kes liwat tahun 1998. Klik sini untuk mengetahui apakah peranan Sukma melalui pengakuan Sukma sendiri.

Rashid dikatakan berperanan seperti Sukma apabila :

1.Menjadi penjaga pintu dan mengawasi supaya sesiapa pun tidak menyedari kehadiran Anwar Ibrahim, Saiful Bukhari dan beliau di dalam 1 bilik.

2.Mengatur pertemuan Saiful Bukhari dan Anwar Ibrahim (sebagai pemandu).

3.Tinggal bersama Saiful Bukhari di tempat kejadian (kondominium Damansara).

4.Tukang Urut kepada Anwar Ibrahim.

Jika melihat kepada peranan yang dipegang Rashid ini maka layaklah Rashid digelarkan sebagai "SAKSI PANAS' di dalam kes ini. Samada maklumat yang Kumbang terima ini benar atau tidak, Rashid juga mampu untuk menceritakan 'sejarah perkhidmatan' beliau yang penuh liku-liku ini di perbicaraan nanti.

Antaranya :
1)Apa peranan dan kerja beliau di tempat kejadian?
2)Adakah beliau hadir di tempat kejadian?
3)Apa hubungan beliau dengan Saiful Bukhari?

Persoalan ini akan terjawab di mahkamah nanti dan apa yang pasti Anwar Ibrahim pasti semakin resah dengan kehadiran Rashid sebagai saksi di mahkamah kerana Kumbang yakin Rashid tahu apa yang kita tidak tahu mengenai Anwar Ibrahim

Kumbang harap janganlah ada penangguhan dan permohonan pembatalan kes lagi kerana ramai daripada kita ingin tahu apakah 'rahsia-rahsia' Anwar Ibrahim bersama Rashid'.

Pembatalan kes hanya akan menyebabkan kita semua tidak dapat mengetahui siapakah Rashid sebenarnya pada Anwar dan apa peranan beliau di dalam kes ini.
Sama-sama kita nantikan jawapan kepada segala persoalan ini.

"Penantian satu penyeksaan"

Pendapat anda bagaimana tentang isu ini?

sumber - analisisringan


11 ulasan:

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ berkata...

tak payahlah nak tabur fitnah..aku kenal rashid tu..ezam gagal memujuknya...akhirnya saiful yang sanggup demi fulus...aku yang jaga rashid dan rahimi 5 hari sewaktu kes ni mula heboh..

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ berkata...

Mengapa nak tapis dulu ulasan...siarkan saja..baru telus..

NTanwar berkata...

oh ya lupa nak bagitahu. ketelusan tiada di blog ini, yang ada hanya di anwaribrahimblog.

semua komen2 di sana tiada apa2 tapisan, semuanya keluar terus, itulah baru telus..cuma komen2 yang kritik anwar tidak diapprove saja di anwaribrahimblog

kalau diri sendiri tak pratik erti demokrasi, tak payah nak ajar orang lain erti demokrasi

EMANG berkata...

aku puji anwar sebagai peliwat tegar di anwaribrahimblog,
juga tidak diapprove

aku puji pun tak di approve di anwaribrahimblog.....

demokrasi lah, kebebasan bersuara lah, ketelusan lah, reformasi lah, apalah....
tapi semua itu hanyalah KEBEBASAN UNTUK MELIWAT !!!

Shahrul berkata...

ada perbezaan diantara blog pro-anwar dan blog pro-?? ... (aku tara tau mau letak apa)...

perbezaan paling besar ... blog pro-anwar nih ... semacam telingan tertutup .. hampir semua perkara dianggap benar ...

yang blog pro ?? ini pula, ia membuat aku semakin terfikir .. apakah yang sebenarnya yang berlaku .... apapun, jika kita fikir secara waras ... kita akan faham juga apa isinya ...

tetapi apapun .. di pihak lain ... mereka sedang bertepuk tangan ...

semoga kita sama di satu barisan ....

Shahrul berkata...

ada perbezaan diantara blog pro-anwar dan blog pro-?? ... (aku tara tau mau letak apa)...

perbezaan paling besar ... blog pro-anwar nih ... semacam telingan tertutup .. hampir semua perkara dianggap benar ...

yang blog pro ?? ini pula, ia membuat aku semakin terfikir .. apakah yang sebenarnya yang berlaku .... apapun, jika kita fikir secara waras ... kita akan faham juga apa isinya ...

tetapi apapun .. di pihak lain ... mereka sedang bertepuk tangan ...

semoga kita sama di satu barisan ....

Tanpa Nama berkata...

Salam semua,

Jawapan untuk Din Binjai (AMK Pulau Pinang)

Pertama, Kumbang tidak tahu mengenai hal anda menjaga rahimi dan rashid itu bukan pertikaian.

Kedua, bagaimana Ezam nak memancing Rashid jika Ezam tidak langsung mengenali dan berjumpa dengan Rashid?
Tanya Ezam sendiri atau orang yang rapat dengan Ezam jika anda meragukan fakta ini.

Kumbang juga ingin nyatakan juga "dosa memfitnah lebih menfitnah daripada membunuh

Kita tunggu perbicaraan mahkamah dan dengarlah sendiri keterangan Rashid.

"Perbezaan pendapat itu demokrasi"

ladybird berkata...

Untuk makluman, saya juga pernah membuat beberapa komen negetif mengenai anwar dan PKR di anwaribrahimblog, juga tidak di approve.... Teluskah?

RBF Online berkata...

kpd din binjai

jgn nak berlagak lebih

nak tipu pun berpada-pada. aku tahu siapa kau.

saiful kena beli dgn duit,lepas tu pergi sumpah laknat pulak. sumpah laknat oiiiiiiii.........faham tak.

sumpah laknat bukan perkara main2.

nak tipu org bodoh boleh lah. lakonan anwar sekarang pasal kes mahkamah pun dah cukup untuk menjawab perkara sebenar.

berani kerana benar
takut kerana SALAH

Tanpa Nama berkata...

Sokong ruang bicara faisal 100%

Unknown berkata...

Saya cabar din binjai beritahu kepada webmaster anwaribrahimblog supaya buang tapisan komen di blognya.

Lepas buang tapisan, barulah boleh bercakap soal ketelusan dan kita sama-sama kira berapa banyak komen positif atau komen negatif ke atasnya.

Dulu komen-komen di blog anwaribrahimblog sampai beratus-ratus, semuanya puji anwar, hebatlah, bakal pm la, setaraf obama la, intelek la..semuanya puji-puji..bla..bla..bla

Sifat Anwar suka sampai kembang lubang hidung bila orang puji, tetapi emosi bila dikritik

Sebab itu melayu yang dulunya sokong anwar, kini meninggalkannya seorang demi seorang..ezam, zainur zakaria, hamdan taha, lokman nur adam, chandra muzafar, anuar tahir, anuar saari, aminah abdullah..dan ramai lagi kalau nak disebut satu persatu..

ada seorang bekas keadilan hantar komen di anwaribrahimblog, guna nama betul, kritik anwar, tetapi tak disiarkan..

tetapi yang anihnya, komen tidak diluluskan untuk bacaan orang awam, tetapi anwar hantar balasan pujukan supaya sertai pkr semula di email peribadi bekas keadilan itu.

anwar juga hantar email peribadi kepada saiful bukhari, memujuk rayu sertai pkr semula. Janji nak beri biasiswa la, nak beri special task la..bla..bla

sebab tu ezam kata, anwar ni two-face, depan orang ramai, kecam dr M kaw2, tapi balik kerumah, panggil Ezam, serahkan surat peribadi kpd dr M, minta maaf.

Jangan bagitahu orang lain, kamu serahkan surat ini secara personal kpd dr M, kata Anwar kpd Ezam

ha ha ha..lawak3