MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

22 Jul 2009

Apa ada dalam notebook Teoh Beng Hock?

Oleh Zaini Hassan

KISAH Teoh Beng Hock, 30, amat tragik. Ia jarang-jarang berlaku dalam politik tanah air.

Semuanya terjadi pertengahan minggu lalu semasa SPRM memulakan siasatan mengejut. Mereka memanggil beberapa orang pemimpin Selangor bagi membantu siasatan berhubung soal tuntutan peruntukan kerajaan.


Beberapa hari sebelum itu, senario politik Selangor telah pun mula berkocak. Ia ekoran kisah Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong yang membuat satu pendedahan. Melalui blognya http://weechookeong.wordpress.com beliau mendakwa mengenai ‘orang yang ada kaitan dengan aktiviti underworld’ di Selangor. Ia adalah mengenai kegiatan kongsi gelap yang dikatakan disokong oleh pihak tertentu.

Namun isu kongsi gelap itu terhenti seketika apabila pada hari Khamis, negara tersentak dengan tragedi berdarah yang berlaku ke atas Beng Hock , Setiausaha Politik Exco kerajaan negeri Selangor, Ean Yong Hian Wah.

Sehari sebelum itu akhbar The Star menyiarkan gambar Beng Hock bersama-sama dengan bosnya, Hian Wah bertemu dengan seorang pegawai penyiasat SPRM di SUK Selangor.

Beng Hock ditemui mati selepas selesai membantu SPRM menyiasat mengenai kes penggunaan peruntukan kerajaan itu. Beliau berada di pejabat suruhanjaya itu dari pukul 6 petang hingga 3.50 petang.

Sepanjang tempoh siasatan itu, Beng Hock bekas wartawan Sin Chew Daily itu dikatakan telah memberi komitmen dan kerjasama sepenuhnya. Banyak dokumen yang perlu disemak satu persatu. Beliau turut dikatakan membantu menyusun dokumen-dokumen di atas meja. Malah beliau berjanji akan membawa lagi dokumen-dokumen di atas meja. Malah beliau berjanji akan membawa lagi dokumen untuk diteliti di pejabat SPRM itu. Tapi semua itu tidak sempat, beliau kemudiannya ditemui mati.

Difahamkan Beng Hock, yang merupakan seorang pemuda yang bercakap lembut dan kaki buku mulai gelisah apabila komputer ribanya mula dibuka. Ia dikatakan berlaku sekitar pukul 1 pagi. Tapi pasti apa ada dalam komputer itu yang menyebabkan beliau terlalu gelisah. Tapi yang jelas bahan-bahan dalam komputer itu yang menyebabkan beliau terlalu gelisah. Tapi yang jelas bahan-bahan dalam komputer itu amat penting untuk siasatan.

Pihak forensik polis kini dipercayai telah mengambil komputer riba itu daripada SPRM untuk siasatan lanjut.

Apa sekalipun, isi kandungan dokumen-dokumen yang ada dalam komputer riba itu akan diteliti. Mungkin juga ada maklumat-maklumat penting yang boleh membongkar satu demi satu lagi cerita.

Kita tidak tahu apa ada dalam komputer itu, tapi lazimnya sesuatu siasatan polis atau pihak berkuasa lain akan menjurus kepada pelbagai elemen kejutan ‘cari benda lain akan terjumpa benda lain’.

Kita juga tidak pasti mengapa pihak di luar sana ada yang ‘melompat-lompat’ mengenai isu ini. Kadangkala perbuatan mereka itu kelihatan amat pelik. Apakah mungkin mereka juga turut resah gelisah mengenai siasatan itu? Kita tunggu dan lihat perkembangan seterusnya.

Perlukah suruhanjaya siasatan ditubuhkan?

Walaupun banyak pihak – terutama pembangkang mendesak satu suruhanjaya diraja ditubuhkan bagi menyiasat kes Teoh ini, tapi banyak juga pihak yang tidak begitu yakin dengan hasilnya kelak.

Mereka tidak mahu ia menjadi satu gelanggang yang hilang arahdan tiada fokus. Mereka juga tidak mahu ia kelak akan menjadi gelanggang untuk pihak-pihak tertentu mengaut faedah politik, melebihi matlamat asal penubuhannya.

Suruhanjaya membabitkan isu ketuk ketampi seorang wanita yang disebut sebagai warga China, misalnya dikatakan telah hilang arah dan tersasar sehingga akhirnya mengaibkan Kerajaan Malaysia. Tidak semena-mena, kerajaan terpaksa menghantar seorang wakil bertaraf menteri untuk memohon maaf kepada Republik Rakyat China. Walhal ia akhirnya hanya membabitkan seorang wanita Melayu. Ia juga dikatakan telah mengaibkan pihak polis sendiri melalui sebuah penubuhan suruhanjaya aduan.

Begitu juga dengan suruhanjaya membabitkan isu V. K Lingam – ia dikatakan gagal dikawal sehinggakan prosiding suruhanjaya itu menjadi seperti open trial di mahkamah biasa.

Janganlah ulang kesilapan-kesilapan itu. Jika mahu ditubuhkan sekalipun suruhanjaya itu, ia haruslah dilaksanakan dengan teliti dan teratur.

Kita tidak mahu kerajaan terjerat dengan desakan demi desakan yang kelak akan merugikannya, dan hasilnya tidak kelihatan. Sebaliknya pihak yang mendesak pula akan mendapat keuntungan politik hasil pancingan mereka.

Dalam keadaan sekarang, biarlah pihak polis yang meneruskan siasatan itu secara telus dan berhemah. Disebabkan ia sudah menjadi satu kes berkepentingan umum sudah tentu setiap aspek siasatan akan diikuti secara teliti oleh semua pihak. Oleh itu kita berharap siasatan dapat dijalankan seacra profesional.

Namun, yang menariknya isu Beng Hock ini, ia sebenarnya telah membantu meredakan kemelut politik beberapa pihak tertentu di luar sana. Ia berlaku semasa isu underworld tengah panas, isu Kampung Buah Pala tengah panas dan isu banglo mewah Ketua Menteri di sebuah negeri, tengah panas.

Sumber : Utusan Malaysia, 22 Julai 2009


Tiada ulasan: