MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

22 Jul 2009

Kes liwat Anwar: Pendakwa berjaya tangguh sementara serah dokumen

KUALA LUMPUR: Pendakwa raya berjaya mendapat penangguhan sementara (interim) terhadap perintah mahkamah agar menyerahkan sebahagian besar dokumen bagi kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah sebentar tadi selepas membenarkan pendengaran permohonan itu ditunda ke Jumaat ini bagi membolehkan pembelaan memfailkan afidavit jawapan.

Pada prosiding hari ini peguam pihak pembelaan, Amer Hamzah Arshad memohon mahkamah memberikan sedikit masa kepada pihaknya untuk menyediakan afidavit berkenaan.

Amer memberitahu mahkamah pihaknya hanya menerima notis permohonan daripada pihak pendakwaan pada Selasa lalu.

Bagaimanapun Peguam Cara Negara II, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden, yang mengetuai pasukan pendakwaan membantah kerana menurutnya afidavit yang dikemukakan itu lebih bersifat fakta undang-undang dan bukan berhubung dakwaan.

Di dalam affidavit itu, pihak pendakwaan antaranya menyatakan penangguhan pelaksanaan perintah mahkamah pada 16 Julai itu adalah perlu kerana perintah itu berhubung kenyataan saksi yang dirakamkan di bawah Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah yang diarahkan dibekalkan kepada Anwar akan memberi impak yang mana akan memudaratkan penyiasatan pendakwaan bukan sahaja dalam kes ini tetapi dalam kes jenayah lain.

Affidavit itu juga menyatakan penangguhan pelaksanaan perintah mahkamah itu juga perlu bagi mengelakkan rayuan pendakwaan terhadap perintah itu di Mahkamah Rayuan menjadi akademik kerana ia adalah persoalan undang-undang yang penting.

Isnin lalu pihak pendakwaan memfailkan notis usul di Bahagian Jenayah Mahkamah Tinggi di sini, bagi memohon penangguhan pelaksanaan perintah itu yang ditandatangani oleh Datuk Nordin, seorang daripada Timbalan Pendakwa Raya bagi kes liwat berkenaan.

Pada 16 Julai, Mohamad Zabidin membenarkan permohonan Anwar dan memerintahkan pendakwaan supaya menyerahkan dokumen berkenaan dalam masa tujuh hari.

Tempoh tujuh hari itu berakhir pada Khamis.

Mohamad Zabidin dalam keputusannya, bagaimanapun menolak permohonan penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu bagi mendapatkan sampel spesimen yang diambil daripada pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan kerana sampel itu telah disita oleh ahli kimia dan pihak pembela boleh memeriksanya setelah ia dikemukakan kepada mahkamah.

Anwar, 62, dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful, 24, di sebuah kondominium di Bukit Damansara di sini pada 26 Jun tahun lepas.

Antara dokumen yang dibenarkan diberi kepada pihak pembelaan ialah kenyataan Mohd Saiful, Dr Osman Abdul Hamid daripada Hospital Pusrawi, pemilik kondominium berkenaan Hassanuddin Abdul Hamid dan tiga saksi utama lain.

Dokumen lain ialah salinan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari pos pengawal di Desa Damansara Condominium, Jalan Setia Kasih, Bukit Damansara, dan di kawasan menunggu lif di Blok 11 kondominium itu dari 25 hingga 27 Jun, 2008.

Mahkamah menetapkan 24 Julai sebagai tarikh sebutan permohonan Anwar bagi mengetepikan tuduhan liwat yang dikenakan terhadapnya dan tarikh sebutan perbicaraan kes itu.

sumber - mstar


Tiada ulasan: