SHAH ALAM 25 Julai - Woo Chuan Sing, rakan baik kepada mendiang Teoh Beng Hock sekali lagi dipanggil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini hari ini.
Menurut peguamnya, Lim Lip Eng, kehadiran anak guamnya itu untuk menjelaskan bahawa khidmat pesanan ringkas (SMS) dan panggilan yang diterima daripada mendiang adalah pada pagi 15 Julai lalu.
Fakta itu ujarnya adalah betul dan bukannya pada 16 Julai seperti yang dilaporkan oleh sesetengah akhbar.
Kata Lip Eng, pertemuan anak guamnya dengan pegawai polis yang mengambil keterangan berlangsung 15 minit dan berakhir kira-kira pukul 2.30 petang.
Dalam SMS itu, Beng Hock meminta Chuan Sing menjadi pengapitnya pada majlis perkahwinan dengan tunangnya, Soh Cher Wei yang sepatutnya berlangsung pada 3 Oktober ini.
Namun Beng Hock ditemui mati di tingkat lima koridor luar tingkat lima Plaza Masalam pada pukul 1.30 tengah hari, 16 Julai lalu.
Insiden itu mencetuskan banyak persoalan kerana ia berlaku 10 jam selepas mendiang disoal siasat sebagai saksi di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di tingkat 14, bangunan tersebut.
sumber - utusan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan