MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

15 Jul 2009

Sulaiman Abdullah : Sakit atau nak larikan diri daripada Anwar ?

Oleh The Unspinners

Ya lah ! Apa pasal Sulaiman tunggu sampai last minute untuk menarik diri sebagai peguambela utama Anwar Ibrahim? Mengikut Anwar, baru malam tadi Sulaiman memberitahu bahawa dia tidak mahu menyertai pasukan peguambela lagi.

Kekawan, saya rasa di sini pun sudah ada satu sandiwara. Ingat tak dulu Zainur Zakaria dan Raja Aziz Addruse sewaktu Sodomy 1? Mula Zainur dan Raja Aziz begitu gah hendak membela Anwar. Raja Aziz Addruse menjadi peguambela utama mewakili Anwar. Tetapi tiba-tiba Raja Aziz Addruse telah menarik diri daripada menjadi peguambela Anwar. Dia cabut lari. Zainur pula kemudian tinggalkan Anwar dan baru ini (tahun 2009) berbaik dengan Dr Mahathir pula.

Orang dalam berkata Raja Aziz tidak setuju dengan arahan Anwar untuk politikkan persidangan bicara mahkamah. Raja Aziz tidak setuju dengan cadangan Anwar untuk menuduh mana-mana Hakim yang bertugas atas kes itu sebagai terlibat dengan konspirasi politik. Jadi Raja Aziz pun menarik diri.

Dia juga merasa kurang yakin apabila Anwar telah sengaja menghilangkan paspotnya tetapi sempat membuat salinan fotokopi dan menyerahkan salinan itu kepada mahkamah. Apabila mahkamah menolak salinan fotokopi paspot, Anwar menjerit-jerit bahawa mahkamah tidak adil dan bahawa mahkamah mengambil arahan daripada orang lain. Raja Aziz nampak dengan jelas akan angkara Anwar ini dan menarik diri daripada menjadi peguambela Anwar.

Dalam perkembangan terkini tengah hari tadi, Anwar sekali lagi berpura-pura merasa sakit teruk. Dia meminta izin rehat supaya boleh minum di kantin mahkamah. Tetapi sesudah minum, Anwar terpaksa masuk balik ke dalam mahkamah sebab perbicaraan telah diteruskan.


Sulaiman Abdullah pula rasa lega kerana beliau sempat menarik diri daripada kes Sodomy 2 ini. Seperti juga Zainur Zakaria dan Raja Aziz Addruse, Sulaiman juga boleh nampak dengan jelas akan sandiwara Anwar dan pembohongan Anwar bukan saja terhadap seluruh negara tetapi kepada regu peguam belanya sendiri. Anwar cuba menipu semua orang.

Jadi Sulaiman menggunakan alasan "sakit tenat" itu untuk menarik diri daripada menjadi peguam bela Anwar. Apakah Sulaiman sebenarnya sakit tenat? Minggu sudah mahkamah diberitahu bahawa Sulaiman masuk hospital hanya untuk "observation". Bukan untuk dibedah, bukan untuk diberi makan ubat, bukan untuk di suntik atau di rawat tetapi hanya untuk "observation" ataupun untuk pemerhatian doktor sahaja. Pemerhatian sahaja.

Tetapi pagi tadi Anwar pula kata Sulaiman sakit tenat "critical". Lepas itu Anwar pun kena sakit juga, sampai terpaksa rehat minum di kantin. Kekawan, rupanya mahkamah Kuala Lumpur itu adalah tempat berjangkitnya penyakit. Mula peguam yang jatuh sakit tenat atau critical. Lepas itu anakguam pula jatuh sakit sekali ! ! Kekawan, asalkan hakim dan peguamcara tidak jatuih sakit saya rasa ok lah.


Anyway, tujuan saya menulis hari ini adalah berkenaan Syamsidar Taharin. OK lah tak payah cakap banyak. Saya nak tanya macam mana air mani Syamsidar Taharin boleh disapu atas tilam itu (sewaktu kes Sodomy 1 dulu). Boleh tak sesiapa yang penyokong Anwar tolong jawab misteri ini?

Dalam kes Sodomy 1, Anwar menuduh Polis berkonspirasi. Anwar kata sewaktu dia pitam atau tidur, Polis telah 'extract" atau perah air maninya dan kemudian Polis telah sapu air mani Anwar atas tilam yang famous itu ! Inilah teori gila Anwar.

OK takpa lah. Kita terima sajalah tuduhan gila Anwar. Tetapi macam mana pula Polis boleh 'extract' atau perah air mani Syamsidar ?

DNA itu berlainan sedikit (berasaskan sumber DNA itu). Ada DNA daripada darah, DNA daripada air mani, DNA daripada air liur dsbnya. Komponen dalam DNA itu semua sama saja tetapi saintis masih boleh bezakan antara DNA daripada air mani, DNA daripada darah, DNA daripada air liur dsbnya.

Peguam Anwar dan pakar DNA Mat Salleh yang di upah oleh Anwar tidak dapat nafikan bahawa DNA Syamsidar itu datang daripada air mani Syamsidar.

Peguam Anwar Christopher Fernando tidak membantah sekali pun bila Lim Kong Boon, pakar forensik Polis sahkan kepada mahkamah bahawa DNA Syamsidar atas tilam itu datang daripada air mani Syamsidar (dan bukan daripada darah atau air liur Syamsidar).

Jadi soalan cepu mas untuk hari ini adalah seperti berikut : bagaimanakah agaknya DNA daripada air mani Syamsidar boleh terjumpa atas tilam itu? Kesan air mani Syamsidar telah dijumpai di 13 tempat atas tilam itu.

Sesiapa penyokong Anwar boleh jawab, tolong jawab. Terima kasih terlebih dahulu.

sumber - the unspinners


Tiada ulasan: