MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

18 Jul 2009

Mengapa Ronnie Liu Mengamuk?



Oleh The Unspinners

Ronnie Liu, exco kerajaan Selangor dalam hal-hal kerajaan tempatan dan kajian telah dilaporkan akhbar mengamuk di dua tempat. Pertama adalah pada hari mayat Teoh dijumpa. Dia cuba memasuki memasuki bilik yang tidak dibenarkan. Sila lihat detik-detik Ronnie mula mengamuk berikut:


Kedua, Ronnie dilaporkan memecahkan pintu masuk ke bilik mayat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah di Klang kerana tidak membenarkannya masuk melihat mayat. Pihak hospital hanya membenarkan tunang dan kaum keluarganya sahaja.

Mengapa Ronnie perlu mengamuk? Adakah dia betul-betul marah terhadap kejadian ini? Adakah dia sudah terasa panas hingga perlu melepaskan tension? Adakah ini hanya defense mechanism seperti yang ada dikatakan oleh seorang komentator blog The Unspinners? Kenapa Ronnie perlu lakukan sedemikian?



Ronnie pernah dicaj di mahakmah atas satu kesalahan menghalang polis dan pihak penguatkuasa melakukan serbuan pada tahun 2007. Video Malaysia kini menunjukkan Gobind memberi kenyataan mengenai kesnya pada tahun 2008.



Butir-butir mengenai kes Ronnie boleh difahami dari laporan Utusan Malaysia Nov 3, 2007 berikut:


AJK DAP ditahan ganggu tugas kerja penyitaan hotel

SUBANG JAYA 3 Nov. – Polis menahan Ahli Jawatankuasa Pusat DAP, Ronnie Liu ekoran tindakannya mengganggu tugas penyitaan oleh pihak berkuasa ke atas sebuah hotel yang menjalankan kegiatan tidak bermoral di Bandar Puchong Jaya di sini, semalam.

Ronnie, 49, yang menetap di Petaling Jaya Utara ditahan di Balai Polis Puchong dan disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menghalang penjawat awam menjalankan tugas.Beliau bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan polis, pukul 4 petang ini.

Dalam kejadian pukul 6.30 petang itu, tindakan penyitaan dilakukan oleh pasukan polis dan anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).

Ini berikutan serbuan ke atas hotel itu yang membawa kepada penangkapan 22 pelacur warga asing dan 12 lelaki dipercayai pelanggan, kelmarin.Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar berkata, polis terpaksa menahan Ronnie kerana keengganannya memberi kerjasama walaupun sudah lima kali diberi amaran dalam tempoh sejam.

“Pada ketika itu, terdapat kira-kira 15 hingga 20 orang dipercayai pelanggan berlegar-legar di lobi hotel itu, namun ia tidak mengganggu tugas pihak berkuasa.“Saya tidak tahu kenapa dia bertindak agresif dan membantah serta mempersoalkan tindakan pihak berkuasa sedangkan hotel itu memang tidak berlesen termasuk melanggar undang-undang lain,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya di sini, hari ini.

Zainal menambah, polis akan berusaha mengenal pasti kaitan Ronnie dengan hotel itu sehingga beliau berkeras mempertikaikan tindakan pihak berkuasa.“Walaupun beliau telah dibebaskan dengan jaminan polis, kita boleh menahannya atau memanggilnya semula sekiranya perlu dalam tempoh 14 hari ini,” ujarnya.

Mengenai siasatan ke atas hotel dipercayai mengendalikan sindiket pelacuran itu, beliau berkata, polis sedang mengenal pasti dalang atau pemilik hotel yang mengetuai sindiket itu.

Ujarnya, pihak berkuasa sudah beberapa kali menyerbu hotel itu, namun gagal menemui apa-apa sebelum ini.“Kali ini, dengan kejayaan hasil risikan polis mengesan lorong rahsia yang banyak kali ‘menyelamatkan’ mereka, mereka tidak bernasib baik seperti sebelumnya,” katanya.- Utusan

Kita tahu kegiatan-kegiatan haram sedemikian melibatkan kongsi gelap. Adakah Ronnie tolong selamatkan rumah urut dan pelacur ini untuk selamatkan kongsi gelap? Adakah Ronnie ahli atau rakan partner kumpulan kongsi gelap?

sumber - the unspinners


Tiada ulasan: