MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

18 Jul 2009

Apabila kematian jadi modal politik ...

Oleh: ROSLAN BIAN

Belum ada perkembangan terbaru kes kematian Teo Beng Hock, pembantu khas kepada Exco Kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah yang mayatnya ditemui di bumbung tingkat lima Plaza Masalam di Shah Alam selepas disoal siasat Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).


Ketika polis dan SPRM sedang berusaha merungkai misteri kematian Teo, pembangkang seperti biasa memilih untuk menyalahkan pihak lain dan kali ini SPRM menjadi mangsa terbaru percaturan politik mereka.

Pelbagai tohmahan mula dilemparkan kepada pihak berkenaan selain beberapa siri perhimpuan yang sudah dan akan diadakan pembangkang termasuk terbaru pembabitan Kerajaan Negeri untuk menganjurkan perhimpunan tuntut keadilan di Stadium Kelana Jaya, Ahad ini.

Persoalannya, keadilan apa yang hendak dituntut?

Adalah tidak adil apabila DAP dan PKR membuat pelbagai tohmahan terhadap SPRM sebelum siasatan menyeluruh bagi mengetahui punca sebenar kematian Teo yang tragis serta menimbulkan kontroversi.

Mereka seharusnya percaya pada jaminan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa polis akan menyiasat kematian Teoh,30, secara menyeluruh dan secara professional agar diketahui apa sebenarnya berlaku.

Beliau juga mahu semua pihak tidak membuat sebarang andaian atau spekulasi berhubung kes itu yang boleh mengelirukan masyarakat sehingga siasatan selesai.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin pula berkata, tiada apa yang hendak disorokkan berhubung kematian pembantu Exco tersebut.

Malah beliau meminta jangan menunding jari kepada sesiapa sebaliknya tunggulah polis selesai menyiasat ke tersebut.

Namun jaminan dua pemimpin utama itu serta Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan tidak dipedulikan pemimpin pembangkang yang cuba mengambil kesempatan mempolitikkan isu itu ketika keluarga mendiang dan tunang Teo bersedih meratapi kematian lelaki itu.

Sepatutnya mereka membiarkan polis menyiasat dan jika tidak berpuas hati mungkin kerajaan boleh menubuhkan suruhanjaya siasatan untuk melakukan "inquiry" terhadap kes tersebut.

Lagipun Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Khamis memaklumkan kerajaan negeri melantik patologi hospital swasta untuk bersama-sama polis menyiasat punca kematian Teo.

Walaupun ini mengambarkan ketidakpercayaan kepada polis, tetapi Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar bersetuju membenarkan patologi hospital swasta yang dicadangkan membantu siasatan kes berkenaan.

Oleh itu pembangkang harus faham bahawa jika mereka boleh membuat pelbagai tuduhan mengaitkan kematian Teo dengan SPRM, rakyat yang berfikiran terbuka dan matang juga boleh membuat pelbagai andaian terhadap kes itu.

Ramai sedia maklumkan kes ini bermula dengan tindakan SPRM menyiasat beberapa Exco dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Selangor berhubung penyalagunaan dana peruntukkan wakil rakyat.

Hal ini diakui SPRM dengan mengesahkan empat wakil rakyat serta Exco berhubung dakwaan itu.

Ini tidak termasuk dakwaan Ahli Parlimen Wang Maju, Wee Chee Keong yang mendakwa seorang Exco di Selangor terbabit kegiatan gelap atau ‘underwater’ dan beliau mengaku sudah memberi keterangan kepada polis berhubung tulisan diblognya mengenai perkara itu.

Justru itu disebalik kemungkinan Teo yang diklasifikasikan mati mengejut atau mungkin membunuh diri, ada macam-macam andaian boleh dikaitkan dengan siasatan SPRM terhadap Exco dan Adun terbabit.

Kematian Teo penuh misteri pastinya mengalih tumpuan siasatan SPRM kepada pihak polis yang kini menyiasat SPRM serta punca-punca lain yang boleh dikaitkan dengan kematian mendiang Teo.

Siasatan polis pasti mengambil kira semua aspek termasuk tahap kecederaan Teo bagi memastikan sama ada beliau jatuh dari tingkat 14 pejabat SPRM di plaza itu.

Ketika ditemui, mayat Teo lengkap memakai kot. Ini mungkin menunjukkan beliau sudah selesai disoal siasat dan dibebaskan untuk peluang.

Jika ada telefon bimbit mangsa, polis pastinya dapat mengesan masa dan kepada siapa terakhir yang dibuatnya.

Sebenarnya, parti pembangkang tidak perlu menjadikan kematian Teo sebagai modal politik masing-masing apatah lagi menjadikan SPRM kambing hitam dalam insiden ini.

sumber - agendadaily


Tiada ulasan: