MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

18 Jul 2009

Kes liwat Anwar: Pendakwa raya fail rayuan

KUALA LUMPUR 17 Julai - Pendakwa raya hari ini memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkan agar sebahagian besar dokumen dan barangan berkaitan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim kecuali sampel-sampel asid deoksiribonukleik (DNA) diserahkan kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.


Notis rayuan tersebut yang ditandatangani oleh Peguam Cara Negara I, Datuk Idrus Harun difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini pada pukul 3.45 petang ini.

Pihak pendakwaan juga dijangka memfailkan permohonan untuk menangguhkan pelaksanaan perintah tersebut pada Isnin ini.

Sementara itu, peguam Anwar, Sankaran Nair ketika dihubungi memberitahu, pihaknya telah menerima notis rayuan itu melalui faksimile lewat petang ini.

Beliau juga memberitahu, Anwar telah mengarahkan supaya pihaknya memfailkan rayuan balas.

Pendakwa raya mengemukakan rayuan setelah tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkan pihaknya menyerahkan dokumen dan barangan tersebut dalam tempoh tujuh hari selepas membenarkan permohonan Anwar itu.

Walaupun membenarkan sebahagian besar dokumen itu dibekalkan, hakim tersebut menolak permohonan Anwar agar dibekalkan atau dibenarkan meneliti sampel-sampel DNA yang diambil daripada pengadu, Mohd. Shaiful Bukhari Azlan dan pada barang-barang yang diambil dari kediaman pemuda itu.

Jelas Hakim Mohamad Zabidin, sampel-sampel tersebut hanya boleh diteliti oleh pihak pembelaan setelah ia dikemukakan di mahkamah sebagai barang kes kerana kesemua sampel itu kini telah dibungkus dan dimeterai oleh ahli kimia dari Jabatan Kimia.

Antara dokumen dan barangan yang dibenarkan dibekalkan ialah rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di pondok pengawal dan dua buah lif blok 11 Kondominium Desa Damansara, nota-nota ahli kimia yang menganalisis sampel-sampel DNA, salinan nota doktor Hospital Kuala Lumpur dan senarai saksi.

Beliau turut membenarkan salinan kenyataan saksi-saksi termasuk pengadu yang direkodkan oleh pihak polis di bawah Seksyen 112 Kanun Keseksaan diserahkan kepada pasukan pembelaan.

Anwar, 62, didakwa meliwat Mohd. Saiful Bukhari, 24, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini di antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun tahun lalu.

sumber - utusan malaysia

Pendakwa kes Anwar failkan notis rayuan

KUALA LUMPUR: Pendakwa memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi kelmarin, membenarkan permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapatkan sebahagian dokumen dan barangan berkaitan kes liwatnya.

Notis rayuan itu yang difailkan pada jam 3.45 petang di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Jenayah di sini semalam, ditandatangani Peguam Cara Negara I Datuk Idrus Harun.

Bagaimanapun permohonan untuk penangguhan pelaksanaan keputusan berkenaan masih dalam proses dan dijangka difailkan Isnin ini.

Sementara itu ketika dihubungi, peguam Anwar, S N Nair berkata pihaknya akan memfailkan rayuan balas berhubung keputusan mahkamah menolak permohonan Anwar mendapatkan sampel DNA Mohd Saiful Bukhari Azlan dan sampel yang diambil dari unit 11-5-1 dan 11-5-2 Kondominium Desa Damansara daripada pihak pendakwaan.

Katanya, beliau masih belum menerima notis rayuan itu dan pihaknya memerlukan masa untuk membuat persediaan membalasnya.

Pada 16 Julai lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membenarkan permohonan Anwar mendapatkan sebahagian dokumen dan barangan berhubung kes liwatnya serta memerintahkan semua tindakan dan penyerahan dilaksanakan dalam tempoh tujuh hari bermula semalam.

Anwar, 62, dituduh meliwat Mohd Saiful, 24, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini, antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

sumber - berita harian

Prosecution appeals, Anwar cross appeals: Trial delayed


S Pathmawathy
Jul 17, 09, 7:29pm
Opposition Leader Anwar Ibrahim's sodomy trial seems to headed for further delays as the prosecution filed a notice of appeal against yesterday's High Court ruling releasing exhibits, documents and other evidence asked by the defence.

Justice Mohamad Zabidin Mohd Diah had instructed the prosecution to supply Anwar with most of the documents and exhibits requested to prepare for the defence at the trial.

The notice, which was filed at 3.45pm at the Court of Appeal, was authorised by Solicitor-General I Idrus Harun.

The prosecution is also expected to file for a stay of yesterday's order next week.

The judge had ordered the prosecution to provide the defence CCTV recordings of the alleged crime scene along with witness' statements and the right to inspect slides of the DNA specimens.

Justice Mohammad Zabidin has given the prosecution seven days to comply with the order.

Anwar, 62, is charged with sodomising Mohd Saiful Bukhari Azlan, 24, his former aide, at a condominium in Bukit Damansara on June 26, last year.

Notice faxed to defence

Among the documents requested by the defence are statements by Mohd Saiful, Dr Osman Abdul Hamid of Pusrawi, condominium owner Hassanuddin Abdul Hamid and three other key witnesses.

Meanwhile, Anwar's lawyer Sankara Nair (right) said that the notice of appeal has been faxed to him.

He added that Anwar has instructed him to file across-appeal.

The court had fixed July 24 for mention of Anwar's application to strike out the sodomy charge and to fix the dates of the sodomy trial if it is allowed to proceed.

The Court of Appeal, however, might take at least a week or two before a date is fixed to hear the appeal and cross appeal.

sumber - malaysiakini



Tiada ulasan: