MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

18 Jul 2009

Teoh alami kecederaan akibat jatuh tetapi polis belum ketepi perbuatan khianat

BANTING: Polis masih belum mengetepikan lagi teori kemungkinan ada perbuatan khianat disebalik kematian Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock, walaupun laporan awal bedah siasat yang dijalankan dua pakar patologi semalam menunjukkan mangsa mengalami pelbagai kecederaan akibat jatuh dari tempat tinggi.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, berkata walaupun laporan awal bedah siasat yang dijalankan dua pakar patologi semalam menunjukkan mangsa mengalami pelbagai kecederaan akibat jatuh dari tempat tinggi, polis akan meneruskan siasatan untuk mengetahui punca kejadian.

Katanya, setakat ini, polis sudah merekodkan kenyataan daripada 23 individu termasuk 17 pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), tetapi masih ada beberapa pegawai suruhanjaya itu yang belum tampil memberi keterangan.

Mayat Teoh ditemui di koridor tingkat lima bangunan Plaza Masalam, Khamis lalu, beberapa jam selepas disoal siasat SPRM.

sumber - berita harian


Tiada ulasan: