Oleh The Unspinners
SUBANG JAYA: Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar kecewa dengan tindakan Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah yang disifatkan sengaja melambatkan siasatan polis berhubung kes kematian setiausaha politiknya, Teoh Beng Hock.
Beliau berkata, Yong yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Kembangan, sepatutnya memberi keterangan kepada polis di pejabatnya di Shah Alam jam 3 petang kelmarin, namun menangguhkannya sehingga jam 6 petang.
“Saya agak kecewa kerana pegawai penyiasat terpaksa menunggu selama tiga jam untuk mengambil keterangannya.
“Namun, selepas itu beliau memaklumkan enggan memberi keterangan dan mendakwa Menteri Besar (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) mengatakan polis tidak boleh mengambil keterangan selepas jam 6 petang,” katanya selepas melawat syarikat peti keselamatan Safe Deposit Box Sdn Bhd di sini, semalam.
Menurutnya, tiada undang-undang yang melarang polis mengambil keterangan saksi selepas jam 6 petang seperti didakwa Yong dan Khalid itu.
“Semua pihak mahu kes ini selesai seberapa segera dan kita kecewa dengan tindakan Yong itu,” katanya.
Sumber: Harian Metro, Mei 23hb, 2009
Mereka jerit siasat! siasat! siasat! tapi sedar diri salah, mahu lengah! lengah! lengah!
Ronnie Liu tendang pintu. Tan Boon Hwa macam-macam wayang. Ean Yong Hian Wah pula sengaja melengahkan siasatan polis.
Ini semua macam orang bersalah ...
sumber - the unspinners
Tiada ulasan:
Catat Ulasan