MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

23 Jul 2009

Sahabat Teoh disiasat polis

Jul 23, 09 2:42pm
Sahabat mendiang Teoh Beng Hock antara lapan lagi saksi yang dipanggil memberi keterangan hari ini bagi membantu siasatan berhubung kematiannya yang penuh tanda tanya, Khamis lepas.

Keterangan lapan saksi itu yang ditemani dua peguam mereka, Lim Lip Eng dan V Ganabatirau direkodkan di ibu pejabat polis Seksyen 11 Shah Alam bermula pukul 11 pagi, lapor Bernama.

Sahabat mendiang itu Woo Chuan Sing, 30, pemilik sebuah kedai telekomunikasi sama-sama menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Mereka yang turut disiasat: Anggota Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Chan Su Sann, tiga anggota Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) Chong Hoon Ming, Tai Cheng Heng dan Pooi Weng Keong, anggota Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) Lee Kee Hiong dan dua anggota DAP yang tidak dikenali.

Kesemua mereka antara individu terakhir yang berhubung dengan Teoh sama ada melalui panggilan telefon atau pesanan SMS dalam tempoh 24 jam sebelum mayat mendiang ditemui pukul 1.30 tengah hari 16 Julai lalu, lapor agensi berita itu lagi.

Mendiang ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor menjelang 6 petang 15 Julau untuk memberikan keterangan berhubung siasatanpenyalahgunaan peruntukan DUN di kalangan ADUN Pakatan Rakyat.

Ketua Teoh, pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Kampung Baru dan Penyelarasan Kilang Haram, Ean Yong Hian Wah antara beberapa wakil rakyat Selangor yang disiasat SPRM berhubung dakwaan itu.

Woo ketika ditemui pemberita di luar balai polis itu berkata, Teoh menghubunginya pukul 7.29 pagi, 15 Julai lepas untuk meminta beliau menjadi pengapitnya pada majlis perkahwinannya nanti.

"Kami berbual kira-kira dua minit. Sebelum Teoh hubungi saya, dia ada menghantar SMS kepada saya bertanyakan perkara yang sama tetapi apabila saya tidak balas SMS, mendiang hubungi saya.

"Jadi pada saya tidak mungkin Teoh mempunyai niat untuk membunuh diri kerana dia hubungi saya meminta untuk jadi pengapitnya," Woo dipetik berkata.

Ditanya sama ada Teoh pernah memberitahunya bahawa mendiang menghadapi masalah, Woo berkata sepanjang pengetahuannya Teoh tidak mempunyai masalah.

"Tetapi mendiang pernah memberitahu saya bekerja sebagai setiausaha politik mencabar. Saya terperanjat bila mendapat tahu mengenai kematian Teoh daripada rakan saya," katanya, graduan dalam jurusan statistik semasa di UKM.

sumber - malaysiakini


Tiada ulasan: