MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

20 Jul 2009

Kematian Teoh: Pakar forensik kunjungi pejabat SPRM Selangor

SHAH ALAM: Polis semalam mengunjungi semula ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor dan dipercayai mengambil beberapa dokumen dan komputer bagi membantu siasatan kes kematian setiausaha politik Exco Selangor Teoh Beng Hock.

Sepasukan kira-kira 10 hingga 15 pegawai dari Forensik polis Cheras bersama pegawai dari Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam tiba di pejabat SPRM di Plaza Masalam pada kirakira pukul 5.15 petang dan terus ke pejabat suruhanjaya itu di tingkat 14.

Pasukan itu, termasuk Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor ACP Omar Mamah, turut memeriksa pejabat keselamatan bangunan itu yang terletak di tingkat empat dan mengambil beberapa perisian rakaman komputer yang dipercayai mengandungi rakaman CCTV.

Dalam pemeriksaan selama kirakira tiga jam itu, mereka turut memeriksa tingkap bilik soal siasat di tingkat 14 iaitu tempat Teoh dipercayai terjatuh, dan mengambil penyelak tingkap itu.

Pasukan itu juga membuat pemeriksaan di tingkat lima, tempat mayat Teoh ditemui.

Omar, ketika ditemui pemberita bagaimanapun enggan menyatakan apa yang dirampas dari pejabat SPRM itu dan tidak menolak kemungkinan untuk ke pejabat itu lagi.

Beliau berkata SPRM memberi kerjasama penuh dalam membantu siasatan kes itu dan menjelaskan bahawa "ia bukan serbuan dan hanya lawatan semula ke tempat kejadian jenayah".

Teoh, 30, yang merupakan seorang daripada saksi dalam siasatan SPRM berhubung dakwaan penyalahgunaan peruntukan bagi Exco kerajaan negeri Selangor, ditemui mati di tingkat lima Plaza Masalam di Shah Alam pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari Khamis lepas setelah memberikan keterangan kepada SPRM.

sumber - mstar


Tiada ulasan: