Sepanjang yang saya boleh ingat, setiap kali timbul sesuatu isu Lim Kit Siang pasti didengari menuntut ditubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk melakukan sesuatu siasatan. Kalau tidak itu, dia akan menuntut pula Jawatankuasa Khas di bawah Parlimen.
Inilah yang dilakukannya untuk kes kematian mengejut pembantu exco kerajaan Negeri Selangor, Tan Beng Hock.
Tujuan tuntutan ini dikatakan adalah agar siasatan yang dilakukan adalah bebas dari campurtangan pihak-pihak tertentu, khususnya ahli politik. Adakah sungguh tujuan Lim Kit Siang sedemikian?
Jika niatnya sedemikian, mengapa pula DAP dan Pakatan Rakyat sudah melakukan hukuman terhadap SPRM sebelum penyiasatan siap dikendalikan dan perbicaraan mahkamah masih terlalu jauh dari akan bermula? Sana sini semalam di Stadium Kelana Jaya dipaparkan poster dan kain rentang menuduh SPRM sebagai pembunuh. Malah akhbar The Star hari ini pun nampaknya seolah-olah sudah menuduh SPRM sebagai pembunuh
Ada pihak berpendapat Suruhanjaya Diraja harus dilakukan agar kerajaan dilihat bebas dan pemimpin kerajaan, khususnya Perdana Menteri Dato Seri Najib tidak boleh dikaitkan dalam tuduhan pembabitan agensi kerajaan dlaam kematian Teoh. Ada kebenaran tetapi beberapa persoalan timbul dari hujah ini.
Adakah ini akan membantu mereda dan mengurangkan ketegangan yang sengaja ditimbulkan oleh pihak pembangkang yang jelas sedang mengapikan kemarahan dikalangan kaum Cina?.
Adakah pihak pembangkang akan menerima kesimpulan yang dibuat oleh Suruhanjaya Diraja? Sebagai contohnya, pada petang semalam di perhimpunan anjura DAP di Stadium Kelana Jaya, ADUN PKR Dr Xavier menyatakan tidak akan menerima hasil penyiasatan jika dikatakan Teoh didapati membunuh diri. Nasib kita baik kerana jumlah yang hadhir di Stadium hanya dalam 3,000 orang. Harapnya ia tidak merebak menjadi sesuatu yang buruk.
Apa sekali hasil siasatan polis tidak menjadi isu bagi mereka. Masaalahnya mereka bersikap emosional dan tidak rasional. Pada mereka, pandangan mereka sudah cukup untuk memutuskan hasil siasatan mesti sedemikian dan bukan sedemikian. Adakah mereka kepakaran dalam menyiasat jenayah?
Jika demikian, adakah boleh diharapkan Suruhanjaya tersebut boleh meredakan prejudis yang sudah tertanam dalam sanubari mereka bahawa SPRM bersalah. Walaupun SPRM boleh tunjukkan surat bahawa Teoh sudah menandatangan surat untuk dibenarkan pulang, mereka tetap mahu SPRM dibertanggungjawabkan.
Bagaimana Suruhanjaya boleh berfungsi jika naluri mereka tetap mahu mempolitikkan keadaan?
Pastinya walau ditubuhkan Suruhanjaya yang mana pihak pembangkang akan menganggotai, hanya pihak polis saja yang berupaya menyiasat kes yang dianggap jenayah seperti ini. Apa akan jadi jika pihak pembangkang atau individu yang bersimpati dnegan pembangkang dalam Suruhanjaya tidak mahu mempercayai siasatan polis?
Adakah anggota yang akan dipilih dalam Suruhanjaya akan diterima pihak mereka? Seperti yang pernah berlaku, mereka akan mempersoalan ahli-ahli anggota yang dilantik. Bolehkah kita yakin anggota yang dipilih berkeupayaan untuk menolong, memantau dan memberi panduan kepada polis dalam siasatan? Bukankah ini akan membuang masa dan membuang masa adalah yang mereka mahu untuk mempolitikkan keadaan.
Akhir sekali, apa ertinya kepada Institusi kerajaan jika ada sikap sedemikian? Selama beberapa tahun kebelakangan ini, mereka pun bersikap anarkis yang menentang susunan orde dan berstruktur yang sediada dalam kerajaan. Mereka ini seolah-olah mahu melihat kucar kacir dan chaos dalam negara.
Jika kita menuntut pihak pembangkang supaya jangan mempolitikkan kerajaan, kita harus juga jangan tunduk kepada tuntutan politik. Perkara ini mudah jika kita tidak emosional dan bersikap objektif. Kematian ini adalah kes polis dan biarkan polis jalankan tugas tanpa tekanan dari mana-mana pihak. Perdana Menteri telah pun memberi jaminan siasatan akan dilakukan secara tulus.
Kalau dilayan tuntutan Suruhanjaya ini, tidak habis-habis mereka akan tuntut lagi. Mereka tidak pernah dan tidak akan puas menuntut.
sumber - mykmu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan