Mendiang Teoh di tingkat 5, Plaza Masalam. Arwah Siti Farihan di Kolej Pendeta Zaaba, UKM
Oleh Kumbang, AIDCclub
Kumbang pernah menyiarkan mengenai kematian P.Ramlee bin Salam yang meninggal dunia akibat kecederaan teruk di kepala.Punca kematian tidak dijelaskan,cuma dikatakan akibat perlanggaran di antara bot nelayan beliau dan kapal marin Singapura. Atas sebab itu, bapa beliau. Encik Salam membuat laporan polis atas isu ini. Nelayan-nelayan melayu di Johor seperti yang Kumbang tahu ada cerita sendiri tentang 'keganasan' Polis Marin Singapura. Klik Sini untuk baca artikel penuh.
Hanya pujian harus diberikan kepada AMK Gelang Patah kerana memperjuangkan isu ini pada ketika itu. Itu pun bukan cara kematian P Ramle bin Salam yang dipertikaikan, tetapi isu WPI dan kedaulatan negara menjadi persoalan.
Hairan bin Ajaib. Kes kematian Kugan belum cukup sehari berlaku telah disiarkan oleh blogger-blogger pakatan rakyat yang bergelar melayu dan telah menunjukkan kesepakatan Pakatan Rakyat untuk diperjuangkan.
Sebagai contoh keluarga Kugan juga diberi RM 10,000 oleh kerajaan negeri Selangor dan pengkebumian Kugan dihadiri wakil kerajaan negeri walaupun Kugan telah melakukan jenayah sejak umur 13 tahun tetapi kematian beliau dihormati seperti seorang askar yang mati berjuang mempertahankan negara.
Malangnya apabila kematian saudara sebangsa dan seagama sendiri dipersoalkan. Mereka segan untuk menanya sebab dan merungkai persoalan. Adakah hal-hal melayu segan untuk diperjuangkan Pakatan Pembangkang?
Hal ini diteruskan dengan kematian tanpa sebab seorang Penuntut UKM di Bangi yang dikatakan terjatuh dari tingkat empat Kolej Kediaman Pendeta Za'aba, UKM pada 22/06/09. Sehingga sekarang misteri kematian Siti Farihan masih belum terjawab dan tidak diperjuangkan mana-mana pihak sedangkan punca kematian beliau amat pelik dan misteri serta berlaku di Universiti kerajaan.
Tiba-tiba kematian Teoh Beng Hock ahli parti DAP berbangsa cina mengambil tempat di media dan terus disensasikan Pakatan Pembangkang. Hal kematian ini diperjuangkan dan diberi pembelaan.
Kerajaan negeri dikatakan memberi RM20,000(sumber lain yang Kumbang dengar RM 200,000) dan keluarga mendiang serta tunang beliau yang kini mengandung akan ditanggung kehidupannya kelak termasuk anak yang bakal lahir nanti.
Amat prihatin sungguh kerajaan negeri Selangor pada keluarga Teoh, tetapi kenapa tidak pada Siti Farihan?
Kumbang setuju dengan pandangan blog Nasionalis 1982 yang menulis dan memberi pandangan begini :
Mereka adalah mangsa. Mangsa yang memerlukan keadilan dan kebenaran yang sewajarnya. Tapi apa yang kita lihat sekarang, mereka mendapat layanan yang berbeza. Ada mangsa yang diekspoitasi sehingga ke jalanan.
Nama mangsa disebut dan dijerit oleh mereka seolah-olah mangsa mendapat pencabulan hak asasi manusia yang teruk.
Tapi, terdapat pula mangsa yang mendapat layanan sebaliknya. Langsung tidak dipandang kematian mereka. Tidak ada pula pihak yang cuba berdemo demi mendapatkan keadilan atas kematian-kematian yang disifatkan sebagai misteri itu.
Mengapa perkara sebegini berlaku?
Jawapannya mudah. Semuanya kerana motif politik semata-mata.
Kematian yang boleh dieksplotasi dan mempunyai kelebihan dari segi politik akan dipergunakan sebaik-baiknya. Pedulikan moral..pedulikan semuanya..asalkan survival politik dapat diteruskan. Isu kematian ini akan terus dimain dan diputar belit..tapi sampai bila? Yang pasti, mereka ini bersikap hipokrit, double standard, berat sebelah dan tidak adil...
Moga ALLAH lindungi Malaysia..Moga kebenaran akan bersama kita...Amin.....
Kenyataan ini Kumbang setuju sepenuhnya kerana ramai orang kini memandang sebelah mata ke atas apa yang berlaku kepada kematian yang tidak mempunyai nilai politik walaupun ianya boleh dipertikaikan sebab dan musababnya.
Amat menyedihkan sekali 'double standard' berlaku apabila kematian kaum bukan melayu diperjuangkan Pakatan Pembangkang kerana ingin mendapat sokongan kaum bukan melayu. Sedangkan kematian individu yang berbangsa melayu dipandang sepi oleh mereka-mereka ini.
Adakah ini bukti 'double standard' oleh Pakatan Pembangkang?
Apakah pendirian Pakatan Pembangkang sebenarnya?
Dimanakah keadilan dan hak asasi yang diperjuangkan mereka?
Anda sendiri fikir,jika anda rakyat Malaysia.
Mari kita sedekahkan bersama surah Al-Fatihah untuk Allahyarham P.Ramlee bin Salam dan Allahyarhamah Siti Farihan.
Al-Fatihah!
sumber - analisisringan
Artikel lain berkaitan :
. Rashid, tukang urut Anwar di penjara : "SAKSI PANAS" kes liwat Anwar
. Kes liwat, Anwar tak dapat sokongan penuh Angkatan Muda Keadilan(AMK) Ampang ?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan