MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

20 Jul 2009

Isu Teoh : PR tiup gelombang kemarahan rakyat



Pembangkang terus berusaha untuk membakar ‘kemarahan’ orang ramai berkaitan dengan kematian Teo Beng Hock, bekas pembantu Exco Selangor yang dijumpai mati dipercayai jatuh di Plaza Masalam selepas disoal siasat oleh SPRM.

Petang Ahad, pakatan pembangkang menganjurkan satu perhimpunan di Stadium Kelana Jaya bagi membolehkan para pemimpin mereka ‘menyerang’ kerajaan berhubung dengan isu berkenaan.


Dalam stadium berkenaan, kain rentang ‘Keadilan Untuk Beng Hock’ banyak digantung d samping sepanduk “MACC murderer” , "dari kematian demokrasi ke kematian teo beng hock – siapa pembunuh” dan "Najib Jawab".

Walaupun siasatan polis masih dijalankan, nampun perhimpunan tersebut jelas sudah meletakkan kesalahan kepada kerajaan dan menuduh SPRM bertanggungjawab.

Hampir semua pemimpin yang berucap mengulangi perkara yang sama. Masing-masing bertindak menjadi juri dan hakim dan seolah-olah sudah menjatuhkan hukuman SPRM bersalah sebagai pembunuh.

Selain itu, nama Datuk Khir Toyo, Datuk Ahmad Said dan Tan Sri Musa Hassan seringkali disebut, sementara isu seperti PKFZ, Kugan, Altantuya juga dijadikan modal ucapan.

Menurut penganjur, perhimpunan itu bertujuan untuk mengumpulkan 10,000 tandatangan bagi membolehkan pakatan pembangkang menghantar petisyen kepada kerajaan menuntut tiga perkara iaitu mendesak ditubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat kes berkenaan, mendesak Pengarah SPRM meletakkan jawatan dan menuntut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz memohon maaf secara terbuka kerana membuat kenyataan dengan andaian Beng Hock mati kerana terjatuh sendiri.

Pada perhimpunan berkenaan, hasrat untuk mendapatkan tandatangan 10,000 orang tidak tercapai kerana yang hadir tidak melebihi 4,000 orang. Malah daripada jumlah itu, ada yang kelihatan enggan menurunkan tandatangan mereka terhadap petisyen yang hendak dibuat.

Jumlah kehadiran ini hampir sama dengan kehadiran perhimpunan 100,000 orang yang juga diadakan di tempat yang sama hampir sebulan lalu yang bertujuan menjelaskan peniolakan pakatan pembangkang terhadap idea kerajaan perpaduan yang dibawa oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Selain menjadikan SPRM, kerajaan dan beberapa pemimpin sebagai sasaran, perhimpunan tersebut mencatatkan satu sejarah baru apabila kerajaan negeri Selangor dan Pulau Pinang melalui kenyataan Menteri Besar dan Ketua Menteri masin-masing memberikan ‘pengiktirafan’ kepada amalan berkesedudukan atau pun hubungan tanpa ikatan perkahwinan yang sah.

Ini apabila, kedua-dua kerajaan negeri mengumumkan akan mengambil tanggungjawab untuk menjaga kepentingan teman wanita Beng Hock yang kini mengandung anak hasil perhubungan mereka.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang pula sebagai mana biasa terus menjatuhkan hukuman SPRM bertanggungjawab membunuh Beng Hock dan mendesak Ketua Pensuruhjaya SPRM, Datuk Ahmad Said meletakkan jawatan.

Selepas itu Guan Eng pula mendesak Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan meletakkan jawatan dan dengan megah mengumumkan kerajaan Pulau Pinang dan Selangor tidak akan melayan sebarang permintaan SPRM untuk datang ke pejabat suruhanjaya untuk disiasat.

“Jangan harap kami akan datang pejabat SPRM. Pejabat mereka di Pulau Pinang pun terletak di bangunan tinggi. Kalau nak jumpa atau siasat kami boleh datang ke pejabat kerajaan negeri,” katanya,

Tan Sri Khalid pula mengumumkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Hadi Awang akan jelajah satu Malaysia untuk berkempen memperjuangkan keadilan untuk Beng Hock.

Ketika Khalid sedang mengakhiri ucapannya, muncul pula Karpal Singh buat pengumuman beliau akan dakwa SPRM di mahkamah berhubung kes Beng Hock dalam sehari dua.

Sebaik Karpal berucap, beberapa orang penyokong membakar beberapa naskah akhbar Berita Harian dan Utusan kerana membantah laporan kes Beng Hock yang didakwa berunsur perkauman.

sumber - agendadaily

2 ulasan:

Andin Muhammad Syukri berkata...

Adakah Teoh mati bunuh diri atau dibunuh? Secara logiknya mungkin beliau dibunuh..siapa yg membunuh beliau? Mungkin beliau dibunuh supaya maklumat mengenai kes siasatan SPRM tidak dibongkar..tak logik langsung BN yg buat..

Unknown berkata...

Pembangkang nih mmg suke amik kesempatan. Pemutar belit pada kebenaran dan pembohongan seta fitnah secara berleluasa. Itulah petanda kiamat. Itulah perangai Puak2 pembangkang skang.

Kalau Teo bunuh diri? takkan org lain kene bertanggungjawab lak?

Kalau Teo kene bunuh.. mmg pandai sape yg bunuh Teo nih. Dia bunuh dalam bangunan MACC.. supaya senang nak perangkap MACC dan burukkan kerajaan.

Mmg tak logik la BN nak bunuh. Pasal Teo nih SAKSI UTAMA. Saksi yg bakal membongkarkan pelbagai rahsia. Tapi ada org mau tutup dia punyee mulut dari pecahkan rahsia kpd MACC.. so kasik mati.

Tuding jari menyalahkan org itu lah perangai puak pembangkang. so sendiri mau ingatlah yer

Atau sesapa ada hujah yg boleh membangkang? sila la kemukakan