MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

20 Jul 2009

Mencari punca kenapa peguam muslim tarik diri kes liwat Anwar Ibrahim ?

Peguam muslim tarik diri : dari kiri Sulaiman Abdullah, Zulkifli Nordin, Zainur Zakaria, Pawancheek Merican dan Raja Aziz Addruse

Oleh emang psychotic killer, AIDCclub

Rasulullah SAW yang bersabda,” Sesungguhnya aku ini seorang manusia, kamu datang mengadu pertikaian kamu kepada ku. Dan boleh jadi di kalangan kamu ada yang lebih petah dalam menghuraikan hujahnya daripada yang lain. Aku hanya memutuskan perkara yang dipertikaikan menurut apa yang aku dengar daripada keterangannya kerana pandainya ia memberi keterangan dan aku hukumkan baginya sesuatu daripada hak saudaranya bermakna aku telah memberikan kepadanya sepotong api neraka”.


Rasulullah Saw pernah memberi ingatan kepada para hakim dan peguam agar berhati-hati dalam membuat keputusan dengan bersabda bahawa “Qadi terbahagi kepada tiga bahagian, dua masuk neraka dan satu masuk syurga. Yang Masuk syurga ialah qadi yang mengetahui kebenaran dan menghukumkan dengannya. Yang masuk neraka ialah qadi yang mengetahui mana yang benar dan hak tetapi tidak menghukum dengannya dan zalim dalam hukumannya, maka ia masuk neraka. Dan qadi yang tidak mengetahui yang hak, lalu ia menghukum manusia berdasarkan kejahilannya, maka ia juga akan masuk neraka.”


Dua hadis di atas sudah cukup mengambarkan betapa peritnya menjadi peguam. Nabi menisbahkan 2:1 kepada peguam salah dan benar. Dua peguam kakinya di neraka dan satu lagi di Syurga.

Maka dengan ini ada semacam bentuk penarikan diri untuk menyelamatkan diri dari jurang neraka yang dilakukan oleh peguambela Anwar iaitu Sulaiman Abdullah.

Bukan hanya Sulaiman Abdullah (Peguam Muslim) sendiri yang menarik diri, malah Zainur Zakaria (Peguam Muslim) juga pernah menarik diri daripada membela seorang manusia Homoseksual dalam kes yang sama pada tahun '98 dahulu.

Peguam Islam seperti Zulkifli Nordin yang pernah terlibat membela Anwar dahulu juga tidak mahu terlibat dalam membelaan dalam kes Homoseksual kali ini walaupun beliau merupakan ahli Parlimen PKR.


Kerana mereka tahu dan sedar bahawa jikalau pembelaan ini diteruskan lantas mereka menang secara teknikal, maka mereka menempah satu kaki ke dalam neraka. Itulah sebabnya peguam-peguam bela Anwar kebanyakannya terdiri daripada mereka non-Muslim yang tidak mengenal maksud Hadis dan perawi-perawinya.

Muslim tahu hal ini, itu sebabnya mereka (peguambela Anwar yang Muslim) cuba mencari pelbagai alasan seperti sakit, banyak kerja dan sebagainya. Padahal mereka tidak mahu terjebak dalam membacking seorang manusia homoseksual. Kerana mereka tahu Homoseksual itu adalah suatu perkara yang paling dibenci oleh Allah.

Allah melaknat mereka yang melakukan hal ini seperti mana yang terjadi kepada kaum Sodom (kaum nabi Luth). Dan membacking Insan yang melakukan tabiat ini juga merupakan satu kedurjanaan dan kenistaan.

Mereka (Peguam-bela Anwar) tahu akan hal ini kerana Peguam dan kliennya sudah tidak ada private dalam penceritaan kejadian yang sebenarnya. Sudah tidak ada rahsia antara Anwar dan peguam belanya.

Penceritaan oleh Anwar kepada peguambelanya dari zero kepada titik nokta yang terakhir juga diketahui oleh peguambelanya. Segalanya diceritakan untuk membuat satu taktik argumentasi pembelaan secara teknikal nanti di Mahkamah.

So, Peguam bela Anwar yang beragama Islam tentu berasa semacam ada kesedaran "hati-muslim" yang mengetahui hal ini adalah seperti membacking orang yang salah. Maka terjadilah adengan sakit tenat, pening dan sebagainya untuk menarik diri.


Peguam-peguam bela Anwar yang melepaskan tugas mereka dalam pembelaan kes ini di Mahkamah sebenarnya telah terselamat daripada jurang kebatilan dan dosa. Apalah ertinya memperolehi duit khidmat hasil daripada pembelaan jikalau akhirnya duit itu hanya untuk membeli tiket masuk ke dalam neraka.

Semoga mereka sentiasa dalam lindungan Ilahi dan akan membacking pula mereka yang memerlukan khidmat mereka yang dalam kebenaran. Kerana kerja peguam itu sebenarnya adalah suci untuk membantu insan-insan yang dizalimi. Tetapi tidak baik kepada penzalim. Allah membantu hambanya jikalau hambanya itu membantu saudaranya yang dizalimi.

Demikian juga peguam yang sedaya upaya untuk membantu kliennya yang dalam kesusahan agar kebenaran itu terus mengakar di dunia realiti akan mendapat imbuhan yang baik.

Kerana kebenaran itu selalunya tersembunyi di celah-celah argumentasi dan hujah yang dikemukakan, dan hanya mereka yang berusaha sahaja yang menemuinya. :)


Emang Da Galileo

Cairo

sumber - emang psychotic killer



Tiada ulasan: