Oleh Malaysia Instinct
Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang semakin terdesak dengan karenah wakil-wakil rakyatnya yang lembap dan tak tahu buat kerja dijangka akan membuat keputusan mengejut tidak lama lagi untuk 'merehatkan' Ahli Parlimen Kelana Jaya, Loh Gwo Burne
Gwo Burne yang dikatakan semakin tidak berminat untuk menjalankan kerja-kerja sebagai wakil rakyat dikatakan akan meletakkan jawatan tidak lama lagi, namun yang menariknya Anwar Ibrahim difahamkan akan meletakkan Datuk Zaid Ibrahim untuk bertanding di kawasan itu dalam usahanya untuk mengekalkan legasi kemenangan PKR di kawasan itu
Pada yang terlupa, wakil rakyat Kelana Jaya sekarang adalah saksi utama Suruhanjaya Siasatan Diraja Klip Video Lingam tidak lama dulu.
Dia juga pernah mencipta kontroversi tersendiri apabila ditampar pembantu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad dalam satu kejadian tahu lalu.
Menurut sumber dalam PKR, pemilihan Zaid penting bagi Anwar dan Pakatan Rakyat kerana dia difikirkan calon paling sesuai untuk menguatkan barisan pembangkang di dalam Parlimen
Dalam pada itu, Anwar dikatakan sangat yakin yang Zaid boleh memenangi kerusi Parlimen tersebut apatah lagi apabila dia dikatakan akan berpegang kepada kata-kata Barisan Nasional (BN) sebelum ini di Penanti di mana BN kononnya tidak akan meletakkan calon hanya kerana ada perletakan jawatan wakil Pakatan Rakyat.
Jika semua ini menjadi kenyataan, terpulanglah pada warga kelana Jaya untuk membuat keputusan.
Percayalah, Zaid tidak akan mampu membawa aspirasi rakyat sama ada semasa menjadi menteri mahupun selepas meletakkan jawatan.
Kehadirannya dalam Kabinet juga dikatakan tidak banyak membantu sebaliknya lebih diwarnai kontroversi, yang sebahagiannya menjejaskan imej kerajaan.
Selepas meninggalkan Kabinet dulupun, Zaid sengaja mencari ruang bagi membolehkan beliau dipecat.
Sebab itulah beliau bertindak menghadiri beberapa program anjuran pembangkang. Lagipun Zaid sedar beliau telah ditolak oleh ahli-ahli UMNO bukan sahaja di peringkat nasional malah di bahagiannya sendiri.
Lagi lama dia berada dalam UMNO, lagi besar liabiliti kepada parti yang mempertahankan kepentingan agama dan bangsa
Namun Anwar tidak peduli tentang itu, yang dia tahu matlamat boleh menghalalkan cara....dan Zaid Ibrahim adalah umpan beliau yang seterusnya!
sumber- Malaysia Instinct
Tiada ulasan:
Catat Ulasan