MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

8 Jul 2009

Dua kes berprofil tinggi Selangor

Menurut seorang pemberi maklumat, selepas kecoh isu penyalahgunaan kuasa Tan Sri Khalid Ibrahim, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menyiasat dua kes di Selangor membabitkan Datuk Seri Anwar bin Ibrahim dan Setiausaha Politik MB Selangor merangkap ADUN Seri Setia, Nik Nadzmi Nik Ahmad.


Menurut sumber, SPRM sedang menyiasat laporan mengenai sebuah anak syarikat kerajaan negeri selangor (dipercayai Perbadanan Negeri Selangor Berhad - PNSB) yang diarahkan membayar kos jamuan peribadi Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hampir RM 100 ribu di Kelab Sultan Sulaiman, Selangor pada tahun lalu (2008).
Sungguhpun tidak dinyatakan majlis tersebut secara terperinci, namun Selangordaily percaya majlis tersebut ialah Rumah Terbuka Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 12 Oktober 2008 yang lalu.

Majlis tersebut diadakan di Kelab Sultan Sulaiman.

Satu lagi kes yang sedang disiasat ialah mengenai tindakan Nik Nazmi menggunakan wang kerajaan negeri semasa berkempen di Pilihan raya kecil Kuala Terengganu tempoh hari.

Nik Nazmi dikatakan mengarahkan kerajaan negeri membiayai kos perjalanan dan program beliau semasa berkempen untuk Pakatan Rakyat di sana.

Sesiapa yang mempunyai dokumen mengenai kedua-dua kes ini boleh diemel kepada kami di selangordaily@yahoo.com.

sumber - selangordaily

Tiada ulasan: