Oleh AIDCNews
Majlis Ceramah Perdana di Dewan Dato Ahmad Razali, Ampang malam tadi, 8 Julai diakhiri dengan peristiwa tragis, apabila sekumpulan ahli Angkatan Muda PKR, Ampang melakukan kekecohan di depan Anwar Ibrahim.
Kekecohan itu berpunca apabila sekumpulan ahli AMK Ampang itu dihalang dari menyerahkan memorandum mereka kepada Anwar Ibrahim sebaik sahaja Ketua Umum Parti Keadilan itu keluar dari dewan ceramah.
Sambil merentangkan banner dan mengedarkan memorandum kepada orang ramai yang hadir dalam majlis tersebut, kumpulan ini berteriak ke arah Anwar dengan suara lantang.
Di celah-celah kekecohan itu, kedengaran suara dari pengawal yang mengiringi Anwar berkata:
" tolong bertenang, kalau orang UMNO tau malu kita, benda ini boleh diselesaikan secara baik, tolong bertenang"
Menurut memorandum yang diedarkan kepada umum, kumpulan ini membantah perlantikan Izzudin Che Din, Sooria Narayanan, dan Tan Hua Meng sebagai ahli Majlis MPAJ (Majlis Perbandaran Ampang Jaya) bagi sesi 2009/2010.
Bantahan itu dilakukan kerana ia bertentangan dengan prinsip keadilan yang selalu diperjuangkan parti, dengan mendakwa dua ahli majlis tersebut membuat permohonan palsu. Manakala mereka menolak perlantikan Tan Hua Meng kerana bukan cadangan PKR Ampang.
Bantahan itu juga juga difahamkan sebagai kemuncak protes terhadap pimpinan PKR Ampang dan negeri khususnya kepada YB Zuraida Kamaruddin.
Dengan disaksikan penyokong PKR yang berada di luar dewan, Anwar sendiri sebenarnya tidak menyangka perkara tersebut berlaku, kerana ketika berceramah di dalam dewan beliau dengan yakin menyatakan bahawa PKR masih utuh, sekiranya wujud perselisihan serta masalah beliau mendakwa semua ini adalah fitnah dan mainan media massa pihak kerajaan BN.
Namun tidak sampai setengah jam ucapannya, beliau telah dimalukan dengan eksiden tidak disangka itu.
Sementara itu, menurut tinjauan umum kepada orang ramai yang menghadiri ceramah perdana tersebut didapati sesetengah pengunjung mengatakan mereka sebenarnya tidak teruja dengan kes liwat Anwar terbaru itu berbanding dengan kes liwat tahun 1998.
Selain Anwar , YB Azmin Ali, YB. Sivarasa Rasiah dan Zaid Ibrahim, juga turut menyampaikan ceramah untuk menerangkan kepada ahli-ahli parti berkenaan isu liwat yang sedang dihadapi oleh Ketua Umum PKR itu.
sumber - AIDCNews
3 ulasan:
Assalam wbt.
Tidak ada seseorang atau mana-mana organisasi yang kebal dari dilanda masalah dan melakukan dosa ( kecuali Rasulullah SAW ).......selagi kita dok menafikan dan menipu maka selagi itulah 'kegelapan' akan memburu kita. Wallahu'alam.
Padan muka Anwar...telah dimalukan oleh ahli2 PKR sendiri. lepas ni, kalau tersebar cerita ini, mesti dia akan kata, "Ini semua adalah kerja jahat UMNO yang cuba memecahbelahkan Pakatan Rakyat"
Nampaknya Anwar sudah tidak boleh kawal ahli-ahlinya lagi. Masing2 sudah ada kepentingan & habuan yang tidak tertunai. Itulah...suka sangat berjanji.sekarang, janji telah dituntut.Baru perintah satu negeri, ahli2 sendiri pun tak terjaga. Macam mana nak perintah satu negara nanti.
Adakah pelantikan 3 orang ke dalam MPAJ itu dibuat secara sah? Kenapa menimbulkan kemarahan ahli2 mereka? Mesti ada sesuatu yang tidak selesai di sebalik pelantikan tersebut
itulah manusia yang selalu ingin bercakap mengenai keadilan sehingga ahli parti sendiri bosan dengannya..
maqasid syariah tak lekang dari bibir, namun pelakuan dirinya jauh panggan dari api
Catat Ulasan