Oleh Selangordaily
Baru-baru ini Tan Sri Khalid Ibrahim ada mengatakan bahawa kerajaan Selangor akan meminta dana dari kutipan zakat di Selangor untuk tujuan pembangunan di Selangor.
Kita berasa hairan kenapa perlu Selangor menggunakan dana dari kutipan zakat sedangkan hasil negeri Selangor adalah yang terbesar di negara kita.
Alasan yang diberikan oleh Khalid Ibrahim ialah kerana kerajaan pusat sudah menghentikan peruntukan kepada Unit perancaang Ekonomi Selangor.Memang benar kerajaan persekutuan menghentikan dana kepada Unit Perancang Ekonomi Selangor tetapi menyalurkan dana tersebut kepada Pejabat Pembangunan Negeri Selangor dibawah selian JPM.
Kerajaan Persekutuan bertindak tepat dengan menyelia sendiri dana tersebut kerana kita dapat lihat dengan jelas bahawa bagaimana kerajaan PR di Selangor membalun projek-projek negeri sesama mereka.
Exco yang berkuasa pulak memberi terlalu banyak projek kepada orang mereka sahaja sehingga menimbulkan rasa tidak senang sesama mereka.
Sebagai seorang bekas tokoh korporat dan sekarang menteri besar, kita mengharap Tan Sri Khalid dapat menggunakan pengalaman serta kepakaran beliau untuk mendapat pelaburan serta menjana ekonomi Selangor dengan lebih berkesan tetapi sayang sekali, beliau gagal.Tan Sri Khalid mengambil jalan yang mudah iaitu dengan cubaan "merompak" wang zakat negeri Selangor.
Kita berharap agar Mufti Selangor dan Tuanku Sultan dapat menghalang cubaan "merompak" wang zakat tersebut.
Kita juga difahamkan kerajaan Selangor menerima beratus juta ringgit dari kerajaan Persekutuan setiap tahun kerana mengambil Putrajaya dari Selangor. Di mana wang itu dibelanjakan?
sumber - selangordaily
Artikel lain berkaitan :
. Kematian Beng Hock alihkan pandangan dari rumah Khalid dipersoalkan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan