Oleh The Unspinners
Puak SPINNERS menggunakan laporan perubatan doktor dari Burma, Dr Mohd Osman di Pusrawi sebagai alasan untuk mengatakan Saiful tidak diliwat. Kebenaran laporan itu satu hal. Pihak pengurusan Pusrawi berkata, doktor itu tidak layak untuk melakukan pemeriksaan sedemikian tetapi dia enggan menerima.
Ada pihak mula menuduh kerajaan mahu memperlekehkan laporan doktor ini kerana tidak seperti yang dikehendaki. Dr Mohd Osman pula ada menghilangkan diri dan ini menimbulkan sangkaan, ada orang ugut dia suruh tukar isi laporan. Ini pasti akan cuba dibawa ke mahkamah sebagai bahan untuk memutarbelit persepsi rakyat.
Dr Osman kata ini pemeriksaan yang dilakukan iaitu 'per-rectal examination'. Itu memang betul tetapi kes medico-legal (kes yang berkemungkinan berbentuk jenayah) tidak boleh dilakukan. Semua doktor tahu ia perlu dirujuk ke Hospital Besar kerajaan.
Selepas melakukan pemeriksaan dubur Saiful menggunakan alat proktoskop, Dr Osman melaporkan:
"...After that I informed the patient my observation. At that time he told me he was sodomised by VIP and wanted to report to the police. I advised him to go and see a doctor at any government hospitals because according to his complaints, it was a criminal."
Perlunya pergi ke hospital kerajaan begitu jelas disebutnya.
Jelas juga bahawa dia hanya tahu mengenai liwat oleh VIP selepas diberitahu Saiful. Dia pun tidak bertanya sejarah liwat yang diharungi Saiful.
Menurut Dr Novandri Hasan Basri [ klik sini ], pemeriksaan yang beliau lakukan juga adalah bukan protokol untuk memerikssa untuk liwat.
Cara pemeriksaan yang dilakukan oleh doktor pakar forensik yang mana Dr Osman bukan seorang pakar, adalah lebih rumit. Menurut Dr Novandri, ianya melibatkan mencari 11 jenis kesan-kesan dan 7 prosedur yang mana 3 tidak dibuat oleh Dr Osman.
Nah ada dua lagi artikel Dr Novandri [klik sini dan sini].
Ikutkan Dr Osman boleh dicaj oleh Polis kerana merosakkan bukti. Kalau Dr Osman komplen nama baiknya sebagai profesyenal tercemar, baik dia saman Malaysiakini dan Raja Petra yang telah mengheretnya ke dalam kontroversi ini.
Pasal laporan perubatan Hospital Besar, hanya loyar Anwar kata tak ada kesan liwat. Siapa ada baca laporan itu mana-mana dalam Internet?
sumber - the unspinners
Tiada ulasan:
Catat Ulasan