Oleh : Emang Pcychotic Killer, AIDCclub
Anwar cuba membuat pelbagai cara untuk mengklaim bahawa mahkamah di Malaysia tidak adil. Hal ini kerana apabila keputusan akhir mahkamah membuktikan bahawa sememangnya Anwar adalah seorang peliwat, orang ramai tidak akan percaya disebabkan Anwar sudah membentuk satu persepsi masyarakat bahawa mahkamah tidak adil dan berat sebelah.
Anwar sedaya upaya membuat pelbagai persepsi dan tafsiran yang salah terhadap institusi kehakiman yang paling bermaruh di negara ini. Anwar cuba membangkitkan kemarahan rakyat agar memberontak kerana institusi kehakiman tidak adil terhadap dirinya.
Jikalau Anwar tidak mempercayai mahkamah, siapa lagi yang harus dipercayai? sedangkan Tuhan sendiripun tidak dipercayainya apabila beliau enggan bersumpah. Sumpah laknat diadili sendiri oleh Tuhan. Sistem kehakiman yang diadili oleh manusia juga sudah tidak dipercayai, begitu juga dengan sistem sumpah laknat dalam syariat Islam juga tidak dituruti, maka dua premis ini mengesahkan bahawa sememangnya Anwar seorang peliwat.
Apa yang menyedihkan, Anwar telah membawa dan mengajak rakyat yang menyokongnya untuk memberontak dan melakukan demonstrasi jalanan jikalau keputusan mahkamah tidak menyebelahi kepada beliau. Beliau sememangnya sudah tahu bahawa beliau bersalah dan akan dipenjarakan kerana meliwat, maka dengan inilah peluang akhir Anwar adalah untuk mengumpulkan rakyat berdemonstrasi untuk mengkucar kacirkan negara.
Masalah peribadi beliau pula seakan merupakan masalah semua rakyat Malaysia. Hal ini kerana beliau bijak membuat satu persepsi kabur bahawa beliau adalah seorang tokoh yang berjuang untuk rakyat. Perjuangan beliau semata-mata untuk rakyat dan golongan marhaen kononnya. Sedangkan pada hakikatnya beliau menunggangi rakyat atas nama demokrasi yang menggunakan rakyat untuk mencapai kehendak nafsu pribadinya.
Situasi inilah yang kita khuatiri dalam landskap politik Malaysia. Politik yang menunggangi rakyat sebagai satu tiket untuk mencapai nafsu berahi pribadi. Sudahlah Anwar bersalah, rakyat pula yang sebahagiannya tidak memahami gerak politk dan falsafah politik orang tertentu turut melakukan kesalahan dengan menghancurkan harta awam jikalau demonstrasi dan reformasi 98 ditiupkan kembali. Hanya kerana suka menerima bulat-bulat, salah tanggapan dan suka menerima hasutan manusia yang bertopengkan agama.
Demonstrasi yang tidak bertamadun dan reformasi yang tidak mengenal nilai kemanusiaan yang sebenar akan sekali lagi berulang di negara ini. Rakyat yang mempunyai semangat berapi-api yang tertipu dengan retorika Anwar Ibrahim akan turun ke jalan-jalan raya dan menganggu keamanan negara. Rakyat sekali lagi akan merosakkan banyak harta benda awam dan infrastruktur yang telah lama wujud di Malaysia.
Apa yang menyedihkan, Status negara Malaysia yang dilihat oleh masyarakat antarabangsa di luar negara akan sekali lagi terhakis dan ternoda. Berita-berita penting seperti CNN, BBC dan Al Jazirah akan sekali lagi memaparkan pergolakan politik yang kotor yang kononnya berlaku di negara ini. Anwar berjaya memburukkan nama Malaysia di mata dunia.
Penulis baru sahaja menerima khabar dari Malaysia bahawa Anwar cuba meniupkan semula api semangat reformasi '98 dengan mendakwa beliau akan dipenjarakan semula selepas Julai nanti. Beberapa hari yang lalu, PKR mengadakan ceramah di Stadium Mini, Kajang. Diberitakan bahawa seramai 4000 orang hadir dalam ceramah tersebut.
Antara penceramah yang hadir adalah Sivarasa Rasiah, Tian Chua, Nizar Jamaluddin dan beberapa tokoh pemimpin PKR yang lain. Kesemua bentuk ceramah mereka bernuansakan meniup semangat reformasi yang tidak mempercayai mahkamah. Mereka mengklaim mahkamah bahawa Mahkamah didalangi oleh orang-orang tertentu dalam mereka-rasa bukti liwat.
Institusi penting di negara ini telah tercalar disebabkan oleh PKR sahaja . Satu parti yang baru setahun jagung ini telah mengkotori maruah institusi kehakiman negara. Institusi yang sudah berdiri teguh sejak tertubuhnya negara bangsa di bumi ini telah ternoda dengan tuduhan-tuduhan yang tidak berasas disebabkan oleh parti yang baru muncul ini.
Jangan biarkan Anwar mencalari imej negara dan jangan sampai biarkan beliau menunggangi rakyat dan golongan marhaen yang lain untuk merosakkan keamanan di Malaysia. Jangan sampai imej "Malaysia-Truly Asia" hilang disebabkan kekacauan dan reformasi yang dicetuskan hanya kerana rakyat ditipu bahawa Anwar dizalimi.
Bukan setakat sistem Kehakiman negara yang Anwar tidak percaya, malah Sistem Syariah pun beliau tidak percaya apabila beliau enggan "bersumpah laknat" untuk membersihkan dirinya. "Sumpah Laknat" merupakan satu bentuk pembelaan diri yang releven dan utuh dalam tunjang sistem syariah Islam. Maka dua premis ini suda cukup untuk membuktikan bahawa Anwar memang meliwat Saiful dan beliau merupakan peliwat Malaysia dalam mencalari imej negara kita.
So, U Know What I Say......
Emang Da Galileo
Islamic Fundamentalist
Cairo
sumber - emang psychotic killer
2 ulasan:
Keraguan rakyat terhadap anwar yang enggan bersumpah semakin menjadi tanda tanya. anwar sendiri takut untuk bersumpah laknat & tahu akan akibatnya. Kalau benar dia tidak melakukan perbuatan tersebut, kenapa harus takut untuk bersumpah?
Anwar cakap..
"Demi angin, demi lautan, demi jembalang, saya bersumpah"
masuk dia nih.
Tuhan ader tanak sumpah. Al-Quran ader tanak sumpah.. kat angin laut n jembalang jugak dia nak sumpah
Catat Ulasan