MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

8 Jul 2009

Anwar gunakan nota perubatan yang tidak relevan!



Oleh : Dr Novandri Hasan Basri

Sekarang acap kali kedengaran suara-suara sumbang yang mahukan kes liwat Anwar Ibrahim digugurkan kerana laporan kesihatan dari Hospital Pusrawi dan HKL 'mengesahkan' bahawa Saiful Bukhari tidak diliwat.


Suara-suara ini bertambah lantang kerana kes pendakwaan Anwar Ibrahim hanya tinggal esok. Yang 'menariknya' ialah mereka itu bukan pakar forensik atau doktor perubatan yang lebih arif mengenai laporan kesihatan tersebut!

Sebenarnya, penulis telah menerangkan dengan panjang lebar kes liwat Anwar Ibrahim di dalam blog ini. Anda sekalian boleh merujuk archive blog ini.

Penulis telah menulis bahawa doktor di Hospital Pusrawi hanya mencatit TRO assaulted (sodomised) sebagai diagnosis beliau. TRO bermaksud To Rule Out dan bukannya pengesahan bahawa Saiful tidak diliwat. Kerana itulah doktor di Hospital Pusrawi mensyorkan Saiful ke HKL untuk pemeriksaan selanjutnya.

Akan tetapi, Anwar Ibrahim dan peguambela-peguambela telah membohongi rakyat dengan berkata bahawa doktor di Hospital Pusrawi telah mengesahkan bahawa Saiful tidak diliwat.

Kenapakah begitu rendah sekali tindakan Anwar Ibrahim membohongi rakyat?

Apakah kerana rakyat bukan doktor dan tidak arif di dalam intipati 'medical report'?

Atau, apakah beliau sedang menyembunyikan sesuatu atau cuba mengaburi pertimbangan rakyat terhadap aktiviti luar tabii beliau?

Dengan cara beliau membohongi rakyat sedemikian rupa, maka bertambah lagi kecurigaan kita semua mengenai keikhlasan beliau dan meningkatkan lagi kepercayaan kita bahawa beliau memang telah meliwat Saiful!

Di sini penulis sertakan satu artikel yang penulis tulis pada 9hb Mei 2008 mengenai kes liwat Anwar Ibrahim :-

Penulis ingin mengutarakan 3 perkara yang saling bercanggahan di antara satu sama lain.

1. Laporan wawancara eksklusif MalaysiaKini dengan Dr Mohd Osman.
2. Laporan Kesihatan Saiful Azlan yang ditandatangani oleh Dr Mohd Osman.
3. Protokol yang wajib digunakan oleh DOKTOR PAKAR ketika melakukan pemeriksaan forensik ke atas mangsa sodomi.


1. Laporan wawancara eksklusif MalaysiaKini dengan Dr Mohd Osman.

Di antaranya :-

Bercanggah dengan apa yang didakwa oleh majikannya - Hospital Pusrawi - Dr Mohd Osman Abdul Hamid bertegas bahawa beliau melakukan pemeriksaan berkaitan dengan liwat ke atas Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 28 Jun 2008.

Dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini semalam, doktor berketurunan Burma itu berkata prosedur yang dikenali sebagai 'per-rectal examination' adalah 'wajib' diketahui setiap doktor.

"Setiap doktor tahu bagaimana melakukannya, itu adalah amalan biasa (seseorang itu) tidak perlu menjadi pakar untuk melakukan pemeriksaan tersebut," katanya ketika menjelaskan bagaimana pemeriksaan itu dilakukan......

....... Dalam wawancara dengan Malaysiakini semalam, Dr Osman juga menyangkal dakwaan majikannya bahawa beliau tidak berkelayakan untuk membuat kesimpulan mengenai kes liwat.

Pihak pengurusan Hospital Pusrawi telah menyatakan bahawa Dr Osman tidak layak membuat kesimpulan tersebut kerana beliau adalah seorang doktor yang ditempatkan di unit kecemasan dan bukannya seorang pakar.


Penjelasan :-

1. Sebagai seorang doktor, penulis bersetuju dengan pendirian Dr Osman bahawa doktor boleh melakukan PR examination.

2. Tetapi, MalaysiaKini GAGAL melaporkan bahawa PR examination boleh dilakukan oleh sebarang doktor HANYA jika kes tersebut adalah kes-kes yang biasa dan TIDAK melibatkan kes medico-legal (kes yang berkemungkinan berbentuk jenayah).

3. Di dalam kes Saiful, ianya jelas menunjukkan kes medico-legal dan secara automatiknya, doktor biasa tidak berkelayakan untuk memeriksa Saiful. Maka kerana itu, Dr Osman telah merujuk kes Saiful Azlan ke Hospital Besar untuk pemeriksaan selanjutnya.


2. Laporan Kesihatan Saiful Azlan yang ditandatangani oleh Dr Mohd Osman.

Berikut pula adalah salinan laporan kesihatan Mohd Saiful Azlan yang ditulis dan di tandatangani oleh Dr Osman sendiri.





Penjelasan :-

1. Jika kita rujuk laporan kesihatan di atas, selepas melakukan pemeriksaan dubur Saiful menggunakan alat proktoskop, Dr Osman melaporkan:-

"...After that I informed the patient my observation. At that time he told me he was sodomised by VIP and wanted to report to the police. I advised him to go and see a doctor at any government hospitals because according to his complaints, it was a criminal."


2. Kenyataan Dr Osman jelas menunjukkan bahawa pemeriksaan beliau BUKAN untuk memeriksa kemungkinan Saiful Azlan telah diliwat.

3. Ini adalah kerana Saiful hanya memberitahu Dr Osman bahawa beliau diliwat HANYA SELEPAS Dr Osman selesai melakukan PR examination.

4. Hakikatnya, Saiful tidak memberitahu Dr Osman sebelum beliau melakukan pemeriksaan ke atas Saiful.

5. Dan setiap doktor biasa WAJIB merujuk setiap kes berbentuk jenayah ke mana-mana hospital untuk diperiksa oleh pakar-pakar yang berkelayakan untuk melakukan pemeriksaan forensik. Perkara inilah yang dilakukan oleh Dr Osman apabila Saiful menceritakan hal yang sebenarnya iaitu menasihat Saiful rujuk ke hospital kerajaan.

6. Dan jika merujuk kepada laporan Dr Osman, semasa mengambil sejarah penyakit (medical history), Dr Osman tidak terlintas untuk menanyakan samada Saiful pernah meliwat atau diliwat.

7. Kenyataan di atas jelas menafikan laporan MalaysiaKini dan portal tersebut telah menyalahertikan kenyataan Dr Osman.


3. Protokol yang wajib digunakan oleh DOKTOR PAKAR ketika melakukan pemeriksaan forensik ke atas mangsa sodomi.

Berikut adalah protokol yang wajib digunakan oleh pakar forensik (bukannya doktor biasa seperti Dr Osman) semasa melakukan pemeriksaan ke atas mangsa sodomi. Prosedur ini sebenarnya rumit kerana ianya mesti diikuti satu persatu dan tekniknya mesti betul manakala pengambilan bukti-buktinya mesti mencukupi :-

Examination Technique

Perianal bruising, petechiae, edema, discharge, bleeding, tenderness, abrasions, lacerations, erythema, inflammation, and visible anal laxity. (calar di sekitar dubur, bengkak, lelehan, pendarahan, sakit apabila disentuh, calar kecil, calar dalam, kemerahan, inflammasi dan kekejangan/kekenduran bahagian dubur yang dilihat (tidak dilaporkan oleh Dr Osman) )

1. Use good light source (Gunakan sumber cahaya yang baik)

2. Use magnification with otoscope, visor, or colposcope (Gunakan mignifikasi dengan otoskop, visor atau colposkop)

3. Separate anal folds to visualize injuries (Asingkan lipatan dubur untuk melihat kecederaan)

4. Digital exam is not indicated, except if concern for foreign body retention ( pemeriksaan menggunakan jari tidak diperlukan kecuali jika terfikirkan terdapat bendasing)

5. Anoscopy is indicated only if there is active rectal bleeding or rectal pain. (penggunaan alat anoskop digunakan hanya jika terdapat pendarah aktif atau pun sakit di dubur)

6. Lubricant should be used for anoscopy. To avoid contamination by lubricant, perform anoscopy only AFTER FORENSIC SWAB COLLECTION. (Lubrikasi harus digunakan jika menggunakan alat anoskop. Untuk menggelakkan kontaminasi, lakukan anoskop HANYA SELEPAS MENGUMPUL SAPUAN FORENSIK) (Tidak dilakukan oleh Dr Osman)

7. Apply Toluidine blue to identify abrasions on skin surface only AFTER FORENSIC SWAB COLLECTION. (gunakan kimia Toludine biru untuk mengenal calar-calar di permukaan kulit HANYA SELEPAS MENGUMPUL SAPUAN FORENSIK) (tidak dilakukan oleh Dr Osman)

Penjelasan :-

1. Dr Osman jelas tidak mengikuti protokol yang betul apabila melakukan pemeriksaan ke atas Saiful.

2. Di dalam laporan kesihatan Saiful, Dr Osman tidak melaporkan:-

a. visual anal laxity

b. tidak melakukan forensic swab collection sebelum menggunakan proktoskop(anoskop)

c. tidak menggunakan Toluidine biru (digunakan untuk melihat calar-calar yang tidak nampak oleh mata kasar).

Kesimpulan

1. MalaysiaKini telah menyalahertikan keterangan Dr Osman dan membuat penilaian yang salah.

2. Dr Osman telah melakukan PR examination tetapi BUKAN untuk memastikan Saiful diliwat atau pun tidak.

3. Jika benar seperti yang dilaporkan oleh MalaysiaKini bahawa Dr Mohd Osman Abdul Hamid melakukan pemeriksaan berkaitan dengan liwat ke atas Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 28 Jun 2008, Dr Osman sebenarnya telah melakukan kesalahan besar kerana tidak mengikut protokol wajib dan juga boleh didakwa kerana telah merosakkan bukti.

sumber - minda intelek melayu


1 ulasan:

Jeffry berkata...

SLM AIDC..TERNYATA SEGALA BUTIR2 YG DI ULAS OLEH DR NOVANDRI ADE KEBENARANNYA. TP MSLHNYA MEREKA2 YG TAK MAHU AMIK TAU ATAU SENGAJE MEMBUTAKAN MATA UTK MENERIMA KENYATAAN ADALAH TERDIRI DR MEREKA YG LEBIH MEMIKIRKAN SIMPATI PD INDIVIDU TERSEBUT. SIMPATI YG TAK KENE PD TEMPATNYA