MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

13 Jul 2009

Demo tak jadi..Khalid dipanggil Anwar

Oleh Medan Info Kita

Rancangan AMK PKR Selangor mahu adakan Demo Bantahan dan menyerahkan Memorandum kepada MB Selangor di luar Dewan Undangan Negeri Selangor tengahari tadi tidak diteruskan walaupun dengan kehadiran ramai wartawan yang menanti sejak jam 11 pagi.

ADUN Bukit Antarabangsa yang juga merupakan Naib Presiden PKR, Azmin Ali telah berjaya “memujuk” rombongan AMK Selangor yang diketuai oleh Setiausahanya, Maharul Ismail.

Azmin juga berjaya membawa kumpulan pimpinan anak muda PKR ini jauh dari kawasan umum dan para wartawan dimana perbincangan dibuat secara tertutup disuatu sudut dalam perkarangan masuk Dewan Undangan Negeri.

Namun begitu Memorandum Bantahan tetap diserahkan juga ketangan ADUN Bukit Antarabangsa itu. Malah dalam perbincangan secara tertutup itu, Azmin yang memberikan penjelasan dari perspektif pimpinan kanan PKR turut mengakui bahawa beliau kurang bersetuju dengan “mainan” beberapa EXCO dalam memilih calon calon Ahli Majlis dari parti mereka.

KHALID IBRAHIM DIPANGGIL MENGADAP ESOK JAM 5.30 PETANG
Azmin Ali memaklumkan kepada rombongan AMK Selangor bahawa esok jam 5.30 petang, MB Selangor akan dipanggil mengadap Anwar Ibrahim, Dr Wan Azizah, Dr Syed Husin Ali, Saifuddin Nasution dan Azmin sendiri di pejabat PKR Tropicana bagi menjelaskan kekusutan berlaku dalam pentadbiran PKR Selangor.

Hah! Nampak gayanya semakin berada dihujung tanduk nasib Khalid Ibrahim selepas ini. Patutlah minggu lepas Azmin Ali berada muka depan akhbar Sinar Harian mengecam Khalid Ibrahim…, rupa-rupanya dah ada “game plan” untuk memberi rakyat Selangor mendapat Menteri Besar yang baru…..

Informer Blogmaster sempat berbisik tadi “ mengikut cerita dalam AMK Pusat yang hadir mensyuarat Biro Politik PKR baru baru ini, Anwar pernah beri AMARAN kepada Khalid Ibrahim supaya berubah ataupun nanti kedudukan Khalid yang akan diubah…”

sumber - medan info kita


2 ulasan:

Shahrul berkata...

ini la pertama kali aku jumpa blog yg agak "half - half" ...

bagus info nih .. selama ini asyik disogokan dengan pelbagai perkara negatif .. sampai nak membacanya pun dah tahu apa isi akhirnya ...

tq bro .. teruskan usaha anda ....

Mohd. Rizal berkata...

Assalam wbt.

Umum mengetahui bahawa MB Khalid itu adalah seorang pentabdir dan bukannya seorang ahli politik. Beliau dipilih sebagai MB Selangorpun gara-gara ketokohan pentadbirannya yang memang dikagumi lawan dan kawan selain menang dalam pilihanraya lalu. Kerjanya berteraskan pentadbiran dan pengurusan semata-mata dan beliau memang tidak pandai bermain dengan permainan politik ( political games ) sebagaimana yang dikehendaki oleh ahli-ahli berfikiran 'politik' dalam PKR. Wallahu'alam.