MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

13 Jul 2009

Khalid Gagap liabiliti kepada PKR ?

Oleh Tomyampoktek, AIDCclub

Menurut laporan akhbar Sinar Harian (9 Julai, m/s 3), Menteri Besar Selangor mengatakan, PKFZ tidak diuruskan dengan baik dan mereka harus bertanggungjawab dengan pelaburan yang dibuat.

Pada masa yang sama, Khalid Ibrahim menyatakan kesediaan kerajaan negeri untuk membantu Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) menarik pelaburan dan berharap salah seorang ahli Exco kerajaan negeri dapat diterima menjadi ahli lembaga pengarah. Paling mengejutkan, Khalid mengatakan bahawa tidak wujud elemen penyelewengan dalam projek PKFZ.


Timbul persoalan kenapa Khalid membuat kesimpulan awal dengan menyatakan bahawa penyelewengan tidak berlaku, memandangkan kes tersebut masih dalam siasatan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Adakah wujud sesuatu yang orang ramai tidak tahu apabila Khalid Ibrahim mengeluarkan kenyataan tersebut, atau wujud desakan atau campurtangan dari DAP negeri yang ingin meletakkan orang mereka dalam PKFZ bagi tujuan mendapat maklumat.

Seperti yang diketahui pihak yang bertanggungjawab dalam hal PKFZ ialah Menteri Pengangkutan. Antara langkah yang diambil oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat pada 10 Jun 2009 lalu bagi menangani kekalutan di PKFZ ialah mewujudkan sebuah panel yang terdiri daripada sekumpulan pakar yang dipertanggungjawabkan untuk menguruskan perkara tersebut.

Kesungguhan dan komitmen ahli-ahli Jawatankuasa Exco dalam panel itu yang terdiri daripada tokoh-tokoh ternama yang berwibawa seperti Presiden Chartered Institute of Marketing Malaysia, Profesor Tan Sri Dr. James Alfred A. David; Pengerusi Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah (REHDA), Datuk Michael Yam dan Ketua Pengarah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA), Datuk Jalilah Baba beserta pengurusan PKFZ telah mula membuahkan hasil.

Ketika ini, sudah ada beberapa pertanyaan daripada syarikat perkapalan ketiga besar dunia, CMA CGM dari Perancis yang berminat untuk melabur dalam PKFZ. Sebuah syarikat dari India pula, Sims Copper India telah pun melaburkan RM100 juta ke dalam PKFZ dengan pilihan untuk melaburkan RM100 juta lagi. Surat-surat akreditasi yang dikeluarkan oleh London Metal Exchange telah diberikan kepada PKFZ dan LPK bukti bahawa PKFZ masih mempunyai nilai pelaburan yang menarik.

Dalam perkara ini dilihat Khalid gagal mengutarakan pandangan lebih baik untuk menyelesaikan permasalahan di PKFZ, beliau lebih terikut gaya politik DAP walhal beliau adalah MB Selangor. Seperti diketahui DAP lebih berminat mencari salah dan membuat gimik dari bertindak memperbetulkan keadaan. Walaupun parti tersebut sudah berada didalam kerajaan negeri Selangor, namun tindakan wakil rakyat mereka dalam menyelesaikan masalah tidak ubah seperti mereka masih berada dalam pembangkang, sama seperti yang dilakukan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam menangani kes Kg. Pala di Pulau Pinang.

Timbul juga tanda tanya mengapa Khalid ingin menggantikan seorang kakitangan awam dalam LPK dengan seorang tokoh politik, tindakan ini dilihat sama seperti yang dilakukannya terhadap pegawai kerajaan di Pejabat Menteri Besar, beliau dilihat lebih suka meletakkan orang politik berbanding memberi kepercayaan kepada pegawai lantikan kerajaan. Tindakan ini sebenarnya dilihat suatu pembaziran kerana peruntukan tambahan kewangan terpaksa ditambah bagi melantik pegawai kontrak sedangkan pegawai sedia ada tidak diguna dan dipindahkan ke jabatan lain, usaha ini juga seolah dilihat cubaan menafikan kepakaran kakitangan awam yang rata-rata terdiri daripada orang Melayu.

Suara-suara dari bangunan SUK Selangor menyebut, MB sekarang ini sebenarnya tidak lebih dari makan gaji buta sahaja, kerana banyak perkara yang tidak dapat beliau selesaikan dengan baik walaupun beliau sering mendakwa mempunyai kepakaran dan pengalaman dalam bidang pentadbiran dan ekonomi.

Sinar Harian bertarikh 12 julai m/s 1, S. Manikavasagam menyatakan Khalid perlu berani membuat pertukaran barisan exco negeri kerana terdapat wujud kelemahan ketara dikalangan ecxo sedia ada, termasuk exco alam sekitar yang dilihat tidak memainkan peranan besar. Malah Ahli Parlimen PKR, Kapar itu secara terbuka menyokong pandangan Azmin Ali pentadbiran Selangor perlu dirombak dan tidak kisah sekiranya MB Selangor turut perlu ditukar.
Dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Exco Kerajaan negeri Selangor, YB. Iskandar A. Samad juga secara terbuka merungut terdapat kelemahan ketara bidangkuasa yang diamanahkan kepadanya, menurut Adun Cempaka itu walaupun terdapat jabatan yang seolah-olah khusus untuk exco namun hakikatnya pentadbiran bukan dibawah exco tersebut.

Menurut Exco yang menjaga portfolio Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan tersebut, walaupun beliau adalah ahli lembaga pengarah, Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor namun beliau tidak mempunyai kemampuan untuk membuat keputusan besar.

Menurut maklumat yang diketahui orang yang memainkan peranan besar dalam menentukan segala keputusan adalah Ronie Liu dan Teresa Kok, iaitu dua orang exco dari DAP yang dikatakan sering digunakan Real Estate and Housing developer's Association Malaysia (REHDA) dalam menyuarakan hal-hal berkaitan perumahan. Sekaligus menafikan peranan adun PAS di dalam Kerajaan Negeri.

Ketidakpuashatian YB Iskandar ini sebenarnya boleh dilihat pada tulisan diblognya yang mempersoalkan amalan kuota perumahan di Singapura, tentu ada sebab yang menyebabkan YB Iskandar menulis artikel tersebut. Adakah beliau ingin menujukan isu tersebut kepada warisan PAP Singapura di Malaysia iaitu parti DAP, di selangor Exco yang mewakili DAP antaranya ialah Teresa Kok dan Ronie Liu.

Oleh itu, tidak mustahil perkara-perkara ini antara yang mungkin dilihat Azmin Ali sebagai kelemahan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar, mungkin pada fikiran adun Bukit Antarabangsa tersebut sekiranya isu ini tidak diselesaikan akan menyebabakan sokongan undi orang Melayu akan semakin berkurangan kepada kerajaan Selangor selepas ini.

Melihat kekalutan di Selangor ini, dapat kita katakan di saat ini kemungkinan terdapat 1001 masalah yang dialami oleh Khalid Ibrahim dan beliau gagal untuk menangani sebahagian besar masalah tersebut. Kesannya kita dapat melihat prestasi kerajaan negeri Selangor semakin hari semakin merudum tidak seperti yang digambarkan oleh Anwar Ibrahim.

Jesteru itu desas desus yang mengatakan Khalid Ibrahim akan dijatuhkan oleh Azmin Ali ada asasnya sekiranya dilihat kepada kelemahan pentadbiran Adun Ijok tersebut. Dengan lilitan isu pembelian Lembu dan kereta peribadinya yang masih belum selesai. Di saat ini dapat kita katakan ia adalah beban kepada parti PKR untuk ditanggung.

artikel ini diolah semula berdasarkan mstar dan Direck free Kick

sumber - tomyampoktek

Tiada ulasan: