MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

13 Jul 2009

Azmin Ali terus desak rombak Exco

SHAH ALAM: Anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa (ADUN) Mohamed Azmin Ali hari ini terus mendesak supaya kerajaan negeri Selangor mengadakan rombakan terhadap barisan EXCO Selangor.

Beliau berkata cadangannya pada Khamis lepas, agar Exco dirombak tidak semestinya memecat mana-mana individu, sebaliknya ia boleh dilakukan dengan menukar portfolio anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

"Terserahkan kepada Menteri Besar untuk berbuat demikian," katanya kepada para wartawan sewaktu rehat sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Sungguhpun, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata tidak akan membuat sebarang rombakan dalam masa terdekat, beliau perlu menekankan peranan excoexco supaya lebih berkesan dalam menjalankan tanggungjawab mereka untuk membangunkan Selangor, katanya.

Azmin yang juga Anggota Parlimen Gombak itu telah meminta supaya barisan Exco kerajaan negeri dirombak kerana tidak berpuas hati dengan prestasi Excoexco tertentu yang didakwa gagal memajukan negeri itu.

Beliau membuat kenyataan itu semasa sidang DUN itu, yang turut tidak senang dengan cara pelantikan anggota majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) Selangor yang diumumkan Isnin lepas.

Beliau mendakwa, pelantikan anggota majlis berkenaan dibuat tidak selaras dengan prinsip serta semangat kerjasama di antara Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan PAS.

Dalam perkembangan lain, Azmin turut meminta Anggota Parlimen Wangsa Maju daripada PKR, Wee Choo Keong memberi penjelasan berhubung dakwaan bahawa wujudnya penglibatan seorang Exco kerajaan negeri dalam aktiviti 'gelap' di Selangor.

Katanya, dakwaan yang dibuat oleh Wee menerusi laman blognya, http://weechookeong.blogspot.com/ itu perlu perlu disahkan daripada segi kesahihannya. "Dia baru buat kenyataan semalam dan saya belum mendapat penjelasan maksud disebalik kenyataan itu. Saya tidak tahu, tapi saya perlu dengar penjelasan dan Wee perlu beri penjelasaan kepada parti," tambah Azmin.

sumber - mstar


Tiada ulasan: