MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

22 Jul 2009

Pegang lilin boleh, tetapi menunduk-nunduk tidak boleh - Husam Musa



Kota Bharu, 21 Julai, Tindakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin menyertai majlis menyalakan lilin bagi memperingati kematian seorang setiausaha politik exco Selangor, Teoh Beng Hock tidak menyalahi ajaran Islam.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Husam Musa ketika mempertahankan tindakan bekas Menteri Besar Perak itu berkata, penyertaan itu hanya sebagai tanda bantahan terhadap kejadian yang menimpa Beng Hock.

Katanya, dalam Islam memegang lilin dibolehkan tetapi jika ia bertujuan untuk turut serta dalam upacara keagamaan adalah haram.

"Kenapa jika perbuatan dilakukan pembangkang semua tidak boleh ? Pakai baju hitam tidak boleh, pakai hijau tidak boleh, pegang lilin tidak boleh ? Semua tidak boleh.

"Pegang lilin untuk mengikuti upacara keagamaan seperti memegang lilin dan menunjuk-nunjukkan itu tidak boleh. tetai jika pegang lilin sebagai tanda protes boleh", katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Mohamad Nizar yang memegang lilin ketika menyertai majlis memperingati kematian Beng Hock.

Ekoran daripada itu, Menteri Besar erak, datuk Seri Zambry Abdul Kadir meminta ulama dalam PAS supaya mengeluarkan fatwa berhubung tindakan tersebut.

Sebagai parti yang mempunyai ramai ulama besar yang arif tentang hukum agama, maka adalah wajar untuk golongan ulama PAS memberi penjelasan mengenai tindakan yang dilakukan oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak itu.

Sebelum ini, Pensyarah Jabatan Fiqh dan Usul Fiqh, Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Profesor Datuk Dr Mahmood Zuhdi pernah mengeluarkan kenyataan bahawa tindakan memegang lilin seperti itu adalah bertentangan dengan ajaran Islam.

Sumber - Utusan Malaysia, 22 Julai 2009




Pegang lilin sebagai tanda protes boleh : Husam


KOTA BHARU – Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan, Datuk Husam Musa berpendapat tindakan memegang lilin oleh masyarakat Islam sebagai tanda protes boleh dilakukan, sebaliknya jika bertujuan turut serta upacara keagamaan memang tidak boleh.

“Kenapa jika perbuatan dilakukan pembangkang semua tidak boleh....pakai baju hitam tidak boleh, baju hijau tidak boleh, pegang lilin tidak boleh ......semua tidak boleh.

“Pegang lilin untuk mengikuti upacara keagamaan seperti memegang lilin (colok) dan menunduk-nunduk (menyembah) itu tidak boleh, tetapi jika pegang lilin sebagai tanda protes boleh, “katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang memegang lilin ketika menyertai majlis berkabung memperingati kematian Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock, Jumaat lalu.

Berikutan tindakannya itu, Pensyarah Jabatan Fiqh dan Usul Fiqh, Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Prof Datuk Dr Mahmood Zuhdi berkata, tindakan Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak itu bukan budaya Islam.

Sementara itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr. Mashitah Ibrahim pula berpendapat Mohamad Nizar tidak seharusnya berbuat demikian kerana boleh melanggar akidah.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir ketika mengulas perkara itu pula meminta Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengeluarkan satu fatwa mengenai perlakuan seumpama itu sebagai penjelasan kepada umat Islam.

Sementara itu, Ketua Dewan Ulama Pas Kelantan, Datuk Mohamed Daud Iraqi ketika ditemui enggan mengulas dan menyerahkan kepada mufti menjelaskannya.

Sumber : Sinar Harian, 22 Julai 2009



2 ulasan:

ruang bicara faisal berkata...

KARPAL SINGH TAK TUNDUK PUN

ANWAR YG LEBIH2 TUNDUK

YANG PALIN KELAKAR ADALAH BILA SAMSUL PENDEK (KETUA AMK YG KENCING DLM SELUAR) TUNDUK. BETUL-BETUL MCM LEMBU PENDEK

Faisal Tehrani berkata...

terkedu bercampur lucu.