Oleh Medan Info Kita
Esok, Isnin 13 Julai 2009, jam 11.30 pagi dijadualkan rombongan Angkatan Muda Keadilan [AMK] PKR Selangor akan menyerahkan Memorandum Bantahan di SUK Shah Alam.
KECOH!! Apa dah jadi dengan PKR Selangor? Bantahan apa..?
AMK Selangor membantah perlantikan Ahli Majlis dibeberapa daerah dimana beberapa calon calon dari kepimpinan AMK Selangor TIDAK terpilih.
Sebagai contoh , bantahan dikemukakan apabila seorang calon yang terpilih sebagai Ahli Majlis MBSA, Azhar Mauludin telah dikategorikan kuota AMK Shah Alam sedangkan beliau TIDAK langsung memegang sebarang jawatan rasmi, dan lebih pelik lagi usia beliau sudahpun melebihi HAD USIA 40 tahun. Oleh karana calon ini pilihan salah seorang EXCO kerajaan Selangor, maka keputusan ini diteruskan juga.
Dalang kepada pemilihan Azhar Maulidin adalah Yb ADUN Batu 3. Sehubungan dengan itu satu gerakan yang menamakan kumpulan mereka sebagai GASAK – Gerakan Suara Anak Muda Keadilan dijangka akan membongkar beberapa kepincangan pentadbiran Yb tersebut, diantaranya adalah pembelian sebuah rumah baru di Shah Alam yang akan dijadikan TASKA peribadi beliau.
Satu lagi protes adalah keatas seorang calon yang terpilih sebagai Ahli Majlis MDKS, Thirumoorthy bekas pemimpin MIC yang baru menyertai PKR Kuala Selangor pada tahun 2009. PKR Kuala Selangor dipimpin oleh Khalid Ibrahim sebagai Ketua Bahagian.
Beberapa hari yang lalu, AMK Ampang membuat kejutan sewaktu Anwar Ibrahim berceramah apabila mereka membuat demo membantah lantikan beberapa individu sebagai Ahli Majlis yang tidak mendapat “endorsement” PKR Bahagian Ampang tetapi menjadi pilihan Yb Zuraidah Ahli Parlimen kawasan tersebut.
Beginilah hura-haranya dalam PKR Selangor. Dalam membuat keputusan sebegini pun TIDAK dapat diselesaikan dengan baik. Terlalu banyak rasa tak puas hati, berebut-rebut mengejar pangkat dan jawatan. Tidak ada sefahaman langsung diantara pimpinan Bahagian dengan Yb Yb mereka….. Bagaimana mungkin mereka mampu menyelesaikan masalah rakyat sekiranya rumahtangga sendiri tunggang langgang…, maklumlah Boss mereka suka tonggeng menonggeng..!
Salinan surat bantahan yang pernah dikemukakan oleh AMK Shah Alam
Senarai calon calon yang terplilih – final short listing
sumber - medan info kita
2 ulasan:
Kesian ek PKR...macam-macam masalah...ape la nasib PKR di masa depan....uhuhuhuhuhu
kener kencing lahhh. lagi badutbadut PKR
Catat Ulasan