MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

14 Jul 2009

Ada apa dengan protes AMK Ampang..



Oleh Kumbang, AIDCclub

Kumbang telah mendengar perkara mengenai protes amk ini sejak februari lalu. Seperti apa yang Kumbang dengar, Azmin dan Shamsul Iskandar Ketua Amk terpaksa menahan telinga mendengar rungutan daripada AMK. Rungutan mereka adalah berkisar mengenai pengabaian mereka di dalam pentadbiran negeri Selangor.


Bahasa mudah seperti begini. Ramai daripada ahli PKR dan AMK telah terlibat di dalam perjuangan lebih daripada 10 tahun. Di kala Khalid Ibrahim masih bersenang lenang di luar parti. Mereka ini telah bersusah payah berkerja dan berjuang untuk parti. Ada yang menggadaikan tanah, bercerai dan sebagainya untuk parti. Mereka hidup dalam keadaan tertekan sepanjang 10 tahun demi perjuangan.

Ada di kalangan mereka, menyedari mereka tidak layak bertanding dalam pilihanraya dan membenarkan ahli-ahli baru yang lebih layak dan berpendidikan untuk masuk bertanding di dalam pilihanraya. Ada banyak calon yang sekadar tangkap muat dan tidak pernah nampak berkerja untuk parti telah dicalonkan.

Itu bukan pertikaian buat mereka dan mereka terus berkerja dan berkempen untuk PKR serta memenangkan calon tersebut. Hasilnya tsunami berlaku di Selangor. Ramai calon tangkap muat dan ahli baru telah menang.Sebagai contoh Yaakob Sapari exco kerajaan negeri Selangor, ramai ahli dalam PKR sendiri terkejut di atas kehadiran beliau dalam exco kerajaan negeri kerana jarang dilihat berkerja untuk parti.

Mereka yang terlibat lama di dalam perjuangan parti ini pun berasa gembira di atas kemenangan PKR di dalam pilihanraya. Harapan mereka, mereka akan dihargai dan diberi tempat sewajarnya di dalam kerajaan negeri. Malangnya apa yang berlaku sebaliknya. Golongan-golongan ini dianaktirikan.

Mereka yang sudah berada di atas tidak menghiraukan mereka dan memberikan jawatan dan projek kepada kroni mereka sahaja dan bukan pejuang lama parti. Alasan kerajaan negeri adalah ketelusan. Tetapi sebenarnya mereka ini tidak menyedari jerih payah orang bawahan mereka yang lebih senior di dalam perjuangan.

Azmin dan Shamsul Iskandar menyedari hal ini kerana mereka lebih lama di dalam perjuangan. Malangnya mereka tidak dapat berbuat apa-apa kerana mereka yang berada di dalam kerajaan negeri masih degil untuk menerima kenyataan. Azmin dan Shamsul hanya mampu untuk menggesa mereka yang tidak dihargai ini supaya bersabar.

Kemuncak protes mereka ini adalah perhimpunan KEJAM membantah kes liwat Anwar 8hb Julai lalu tidak mendapat sambutan daripada mereka ini. Hanya 150 orang yang hadir dan dikatakan diimport serta bukan daripada Selangor.

Azmin menyedari perkara ini dan menyatakan cadangan agar exco kerajaan negeri Selangor dirombak sebagai satu amaran kepada mereka-mereka ini yang semakin lupa diri dan mengetepikan suara akar umbi pada 10 Julai lalu. Ada yang menyatakan serangan ini ditujukan khas kepada khalid Ibrahim yang tidak menghargai perjuangan akar umbi. Hal ini diteruskan dengan perhimpunan AMK pada Isnin 13 Julai 2009 iaitu hari ini untuk menyerahkan Memorandum Bantahan di SUK Shah Alam. Hal itu boleh rujuk di link ini.

Kumbang juga mendapat maklumat daripada PKR sendiri. Zaid Ibrahim akan bertanding di Bandar Tun Razak menggantikan Khalid Ibrahim sebagai ahli parlimen.

Samada benar maklumat ini benar atau tidak tak dapat dipastikan. Tetapi apa yang pasti jika benar, hal ini merupakan satu manifestasi besar penolakkan kepimpinan Khalid yang memualkan anggota bawahan dan akar umbi PKR.

Video di atas menjadi bukti. Golongan pejuang lama dan bawahan PKR marah dengan kepimpinan atasan yang melupai jerih payah golongan bawahan. Bagi Kumbang mereka-mereka ini perlu dihargai.
Mana keadilannya yang diperjuangkan PKR jika "Kera di hutan disusukan,anak di rumah dilupakan"?

Video di atas adalah protes Aman Shah dan Farizman Shah. Dua individu ini tak dapat dinafikan pejuang lama parti. Sebut di mana sahaja peringkat bahagian negeri Selangor. Ramai mengenali mereka kerana sudah berjuang lama dalam PKR tidak seperti Yaakob Sapari dan Khalid Ibrahim. Malangnya kini selepas menang pilihanraya mereka dilupakan kerana Zuraida kamaruddin calon yang dimenangkan mereka di Ampang pada PRU yang lepas amat segan menghargai mereka. Sebarang tuntutan yang dilakukan mereka dibalas dengan kata-kata "gilakan projek" dan sebagainya.
Adakah ini balasan setelah berjuang lama di dalam parti?

Cerita seperti ini amat banyak di sekitar negeri Selangor. Daripada pengunduran Ezam kerana meluat dengan kepimpinan Parti. Hal ini terus berlaku sepanjang 2 tahun ini.
Adakah mereka golongan atasan PKR ini tidak mengerti kepentingan sokongan dan peranan akar umbi?

Malang bagi mereka yang tidak dihargai. "Nak masuk UMNO dah geli, masuk PKR macam nak mati".
Konklusinya, jika perubahan tidak berlaku dengan cepat. Pakatan Rakyat akan ditimpa tsunami besar pada PRU ke-13 kerana tiada siapa yang akan berkerja untuk PKR kerana hasilnya nanti adalah mendapat gelaran "gilakan projek".

Pendapat anda bagaimana tentang isu ini?

P/S : Kasihan tengok rakan-rakan yang tidak dihargai.Semoga perjuangan mereka berjaya.

sumber - analisisringan

Tiada ulasan: